Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
empat kru hilang bot
Gambar Bernama

Identiti Empat Kru Hilang Bersama Bot Peronda Dikenal Pasti

Iqbal Yasir

Identiti Empat Kru Hilang Bersama Bot Peronda Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Identiti empat kru Jabatan Perikanan (DOF) Johor yang dilaporkan hilang di perairan Johor ketika dalam perjalanan ke Pangkalan Tampoi, telah pun dikenal pasti.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata mereka adalah Fatimah Razak, 36; Zaharin Baharudin, 37; Halim Sanip, 52; dan Marzuki Jusuh, 53.

Beliau berkata dalam kejadian kejadian 12.45 tengah hari, bot peronda perikanan PL 87 yang diketuai oleh Fatimah itu, dilaporkan telah berlepas dari Jeti Jabatan Laut Tanjung Pengelih ke Pangkalan Utama Perlindungan Sumber, Tampoi, untuk menyertai rondaan bersama Pasukan Gerakan Marin.

“Bagaimanapun pada jam lebih kurang 4 petang, bot berkenaan dilaporkan telah terputus hubungan dengan Jabatan Perikanan dan tidak dapat dihubungi serta dikesan sehingga kini,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, Mohamad Sabu berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan sejak semalam dan hari ini kawasan pencarian di laut diperluaskan sehingga 47 batu nautika, manakala pencarian di udara pula seluas 46 batu nautika dengan menggunakan helikopter AW-139, milik pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Maritim Malaysia (APMM).

Operasi SAR hari ini diketuai APMM dengan dibantu pasukan Gerakan Marin (PGM), Pusat Pemerintahan Operasi Polis Singapura (POCC) dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) dari Indonesia.

“Saya sendiri juga telah hubungi dan bercakap dengan kesemua waris mangsa pagi tadi dan saya juga telah telah mengarahkan DOF untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada semua waris mangsa,” katanya.

BACA JUGA: Bot Jabatan Perikanan, Empat Kru Dipercayai Hilang Dalam Perjalanan Ke Pangkalan Tampoi

Beliau berharap kesemua mangsa dapat ditemui segera dalam keadaan selamat dan mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan keselamatan mereka.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada pasukan Coast Guard Singapura, kali terakhir lokasi bot PL 87 itu dikesan di sekitar perairan Tuas, Singapura pada jam 3 petang.

“Bot ini dilihat menghala ke Tanjung Piai ke sebelah barat iaitu lebih kurang dalam lingkungan 5 batu nautika di perairan Tuas, keberangkalian bot ini mengalami kerosakan dan dihanyutkan ke perairan antarabangsa.

“Seperti yang kita sedia maklum pada petang semalam, cuaca di perairan Johor Selatan amat teruk dengan keadaan hujan lebat,” katanya.

Saiful Lizan berkata cuaca di perairan Selatan Johor ketika ini masih lagi hujan dengan kadar penglihatan yang terhad, dan keadaan itu sedikit sebanyak menyukarkan dan memberi kesan kepada operasi pencarian mangsa.

Semalam, sebuah bot Jabatan Perikanan Johor berserta empat kru dipercayai hilang, ketika dalam perjalanan ke Pangkalan Tampoi, di sini, dari Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam.

Bot itu gagal dikesan setelah berlepas dari Tanjung Pengelih, Pengerang kira-kira 12.45 tengah hari semalam dan sepatutnya dijangka tiba di Pangkalan Tampoi, di sini, pada 6.30 petang.

Sumber: Bernama