Berita

Umur Bukan Penghalang, Pemuda 18 Tahun Dilantik Jadi Datuk Bandar Di Amerika Syarikat
Umur Bukan Penghalang, Pemuda 18 Tahun Dilantik Jadi Datuk Bandar Di Amerika Syarikat Umur bukan penghalang untuk seseorang individu berjaya dalam kehidupan dan mencapai sesuatu yang diimpikan. Itulah yang telah dicapai oleh seorang permuda di Arkansas, Amerika Syarikat yang terpilih menjadi Datuk Bandar pada usia 18 tahun. Jaylen Smith, 18 telah terpilih menjadi Datuk Bandar […]

Tular Warga Emas Hilang 9 Hari Ketika Tunai Umrah Berjaya Ditemui
Tular Warga Emas Hilang 9 Hari Ketika Tunai Umrah Berjaya Ditemui Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selama sembilan hari ketika menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah berjaya ditemui. Warga emas yang bernama Ibrahim Omar itu telah ditemui pada sekitar pukul 3 petang oleh pihak mutawwif yang terlibat dalam misi pencarian warga emas […]

Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang Dewan Rakyat – Takiyuddin
Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang Dewan Rakyat – Takiyuddin KOTA BHARU, 10 Dis (Bernama) — Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang […]

Selepas 65 Tahun, Polis Akhirnya Berjaya Rungkai Identiti Mayat Misteri Dikenali Sebagai “Boy In The Box”
Selepas 65 Tahun, Polis Akhirnya Berjaya Rungkai Identiti Mayat Misteri Dikenali Sebagai “Boy In The Box” Identiti Mayat budak lelaki yang dikenali sebagai “Boy in the Box” yang ditemui mati dalam sebuah kotak di Philadelphia, Amerika Syarikat 65 tahun lalu telah berjaya dikenal pasti oleh pihak polis Khamis lepas, lapor CNN. Pihak Polis mengatakan bahawa ia adalah […]

27 Timbalan Menteri Angkat Sumpah Jawatan Timbalan Menteri Persekutuan
27 Timbalan Menteri angkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Persekutuan KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Seramai 27 timbalan menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Kesemua timbalan menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi […]

Aliran Trafik Di Lebuhraya PLUS Mulai Perlahan
Aliran Trafik Di Lebuhraya PLUS Mulai Perlahan Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), beberapa laluan Lebuhraya Utara Selatan dicatatkan memiliki aliran trafik perlahan bagi kedua-dua belah arah sejak pukul 1.46 petang tadi. Orang ramai yang dipercayai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman serta bercuti telah menyebabkan pertambahan kenderaan di jalan raya. Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui […]

Tite Sah Undur Diri Selepas Brazil Tersingkir Piala Dunia
Tite Sah Undur Diri Selepas Brazil Tersingkir Piala Dunia DOHA, 10 Dis (Bernama) — Pengurus Brazil, Tite mengesahkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas pasukannya tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti, saingan suku akhir Piala Dunia di Qatar pada Jumaat, lapor Xinhua. Tite, yang mengendalikan pasukan Brazil sejak Julai 2016 telah mengumumkan hasratnya untuk berundur […]

Berang Isteri Kerja Di Pusat Hiburan, Lelaki Tergamak Bunuh & Bakar Mayat Isteri
Berang Isteri Kerja Di Pusat Hiburan, Lelaki Tergamak Bunuh & Bakar Mayat Isteri Kes penemuan mayat wanita terbakar dalam sebuah kereta Daihatsu Ayla berwarna merah di Subang, Jawa Barat, Indonesia akhirnya terbongkar, lapor Tribunnews. Suspek berjaya diberkas tidak sampai 24 jam selepas penemuan mayat wanita yang dibakar dalam sebuah kereta di Subang itu. Ternyata pelaku […]

Cinta Atasi Segalanya, Wanita Nekad Kahwini Kekasih Dalam Penjara
Cinta Atasi Segalanya, Wanita Nekad Kahwini Kekasih Dalam Penjara sepasang kekasih di Aceh selamat melangsungkan perkahwinan mereka di tiari besi Pusat Tahanan, Ibu Pejabat Polis Aceh Tamiang, atas sebab pengantin lelaki tersebut sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah atas kes dadah. Menurut Detik Summut, upacara akad nikah bagi pasangan tersebut diadakan di lorong ruangan […]

Projek LCS Diteruskan – Menteri Pertahanan
Projek LCS diteruskan – Menteri Pertahanan PUTRAJAYA, 10 Dis (Bernama) — Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan diteruskan namun memerlukan penelitian semula, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, beliau akan diberikan taklimat berkaitan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat. Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual “Saya akan […]

Kezaliman Dialami Rakyat Palestin Tidak Boleh Berlanjutan – Presiden China
Kezaliman dialami rakyat Palestin tidak boleh berlanjutan – Presiden China RIYADH, 10 Dis (Bernama) — Presiden China Xi Jinping melahirkan rasa tidak puas hati dengan kezaliman yang dialami rakyat Palestin serta mengesahkan sokongan China terhadap negara Palestin yang merdeka. “Tidak mungkin kezaliman yang dialami rakyat Palestin diteruskan,” kata presiden itu semasa merasmikan Sidang Kemuncak Riyadh-Teluk-China […]

Bekas Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi Tamatkan Zaman Duda, Naik Pelamin Malam Ini
Bekas Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi Tamatkan Zaman Duda, Naik Pelamin Malam Ini Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya dan bakal mengadakan majlis bersanding pada malam ini, lapor Astro Awani. Majlis persandingan bersama dengan wanita pilihan hatinya, Datin Seri Fauziah […]

Puting Beliung & Hujan Batu Badai Ibu Negara Qatar Ketika Perlawanan Dunia
Puting Beliung & Hujan Batu Badai Ibu Negara Qatar Ketika Perlawanan Dunia Puting beliung serta hujan batu dilaporkan telah membadai Qatar ketika persiapan perlawanan suku akhir antara pasukan England dan Perancis di pentas Piala Dunia sedang giat dijalankan, lapor Daily Mail. Puting beliung itu membadai bandar Ras Laffan yang terletak kira-kira 50 batu daripada ibu […]

Lengkap Berihram, DJ Khaled Kongsi Video Tunai Ibadah Umrah Dengan Mike Tyson Di Mekah
Lengkap Berihram, DJ Khaled Kongsi Video Tunai Ibadah Umrah Dengan Mike Tyson Di Mekah Selebriti terkenal Hollywood, DJ Khaled bersama dengan lagenda sukan tinju iaitu Mike Tyson dilaporkan kini sedang berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah, lapor Geo News. Perkara tersebut disahkan menerusi perkongsian yang dibuat melalui akaun Instagram rasmi DJ Khaled. […]

Sesi Persekolahan Bagi Negeri Di Kumpulan A Bakal Bermula 19 Mac 2023, Negeri B 2O Mac 2023 – KPM
Sesi Persekolahan Bagi Negeri Di Kumpulan A Bakal Bermula 19 Mac 2023, Negeri B 2O Mac 2023 – KPM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan kalendar akademik bagi sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pada Mac tahun depan. Berdasarkan pengumuman tersebut, sekolah-sekolah yang tergolong dalam Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan sesi […]

Presiden UFC, Dana White Sifatkan Sukan Bola Sepak Sebagai Sukan Paling Tak Berbakat Di Dunia
Presiden UFC, Dana White Sifatkan Sukan Bola Sepak Sebagai Sukan Paling Tak Berbakat Di Dunia Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White mendakwa bahawa dia tidak tahan dan menyampah dengan video bola sepak yang sering muncul dan melabelkan sebagai ‘sukan paling tidak berbakat di dunia’. Lelaki berusia 53 tahun itu membandingkan hoki dengan sukan paling […]

Pemimpin Bersatu Sabah Buat Keputusan Keluar Parti, Kekal Bawah GRS – Hajiji
Pemimpin Bersatu Sabah Buat Keputusan Keluar Parti, Kekal Bawah GRS – Hajiji KOTA KINABALU, 10 Dis (Bernama) — Pemimpin Bersatu Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, berkata keputusan itu dibuat setelah […]

Malaysia Benam Kemboja 4-0 Tanpa Pemain Utama
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Malaysia mudah menumpaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam ini, meskipun skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon beraksi tanpa ramai pemain utama. Kemenangan selesa di hadapan 8,332 penyokong itu, menyaksikan pasukan negara yang diperkuatkan kebanyakan muka baharu, mengekalkan rekod cemerlang […]

KKDW Akronim Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan akronim KKDW, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri bagi kementerian berkenaan berkata nama kementerian tersebut dalam Bahasa Inggeris pula ialah Ministry of Rural and Regional Development. “Bagaimanapun, visi, misi dan […]

“Scalper” Buat Duit, Jual Semula Tiket England vs Perancis Pada Harga Cecah RM 54 Ribu
“Scalper” Buat Duit, Jual Semula Tiket England vs Perancis Pada Harga Cecah RM 54 Ribu Beberapa individu dilapor mengambil kesempatan untuk membuat duit apabila bertindak menjual tiket perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan harga berlipat kali ganda. Menurut laporan media di England, tiket perlawanan yang mempertemukan negara itu dengan Perancis dilapor dijual semula […]