Berita

“Scalper” Buat Duit, Jual Semula Tiket England vs Perancis Pada Harga Cecah RM 54 Ribu
“Scalper” Buat Duit, Jual Semula Tiket England vs Perancis Pada Harga Cecah RM 54 Ribu Beberapa individu dilapor mengambil kesempatan untuk membuat duit apabila bertindak menjual tiket perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan harga berlipat kali ganda. Menurut laporan media di England, tiket perlawanan yang mempertemukan negara itu dengan Perancis dilapor dijual semula […]

Azeez Rahim Dibebaskan Kerana Tiada Keterangan, Fakta Memihak Pendakwaan – Idrus
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak meneruskan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana tiada keterangan serta fakta yang memihak kepada pendakwaan. Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menerusi kenyataan hari ini memaklumkan semenjak pemfailan pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, Abdul Azeez melalui […]

“Mohon Tunjuk Ajar, Bimbingan & Doa Semua”, Nama Adam Adli Trending, Timb. Menteri Paling Muda
Setelah pengumuman senarai timbalan menteri dibuat oleh Perdana Menteri sebentar tadi, nama YB Adam Adli menjadi trending di laman Twitter berikutan reaksi warganet selepas beliau diumum sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan. Rata-rata, para warganet mengucapkan tahniah kepada beliau di atas perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Ada yang menzahirkan rasa terharu […]

“Saya Akan Berikan Khidmat Terbaik, Gigih Bekerja Demi Rakyat & Negara” – Ahmad Maslan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan senarai penuh nama Timbalan Menteri di 27 Kementerian Kerajaan Perpaduan pimpinannya. Antara yang dilantik mengisi salah satu jawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan yang ditugaskan sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Selepas pengumuman itu dibuat, beliau melalui satu ciapan yang dimuat naik […]

Hanya Guna Grinder, Bakat Luar Biasa Pemuda Buat Khat Atas Cermin Bikin Netizen Terpukau
Hanya Guna Grinder, Bakat Luar Biasa Pemuda Buat Khat Atas Cermin Bikin Netizen Terpukau Setiap individu mempunyai bakat yang tersendiri dan jika dipupuk lebih awal ia akan berkembang seterusnya boleh dimanfaatkan untuk menambah pendapatan. Misalnya bakat menjadi pemain bola sepak dan juga penyanyi. Salah satu bakat yang tidak semua orang miliki ialah seni tulisan khat. […]

Menyamar Sebagai Peguam Dan Curi Rantai, Bekas Banduan Dipenjara 18 Bulan Dengan Dua Sebatan
TAIPING, 9 Dis (Bernama) — Seorang bekas banduan dihukum penjara 18 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai peguam serta mencuri dua utas rantai. Majistret Nur Atiqah Sapari memerintahkan tertuduh, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 23 […]

Ini Senarai Nama Timbalan Menteri Di 28 Kementerian Kerajaan Perpaduan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan timbalan-timbalan Menteri bagi kabinet Kerajaan Perpaduan pada pukul 8.15 malam tadi. Kali ini, kerajaan Malaysia bakal menyaksikan dua orang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dan Steven Sim Chee Keong. Selain itu, beberapa individu lain yang dilantik sebagai Timbalan Menteri seperti […]

Harta Lebih RM 800 Bilion Merosot Sedikit, Elon Hilang Takhta Manusia Terkaya Dunia Beberapa Jam
Elon Musk Kehilangan Seketika Gelaran Lelaki Terkaya Di Dunia Pemilik Tesla, Elon Musk kehilangan takhta sebagai manusia terkaya dunia buat seketika pada Rabu selepas kedudukannya dalam senarai Forbes dipintas Bernard Arnault, iaitu keluarga elit yang menjadi pemilik kepada kumpulan jenama mewah terkemuka, LVMH. Perubahan itu berlaku selepas saham-saham berkaitan teknologi di Amerika Syarikat dilapor merosot […]

Anak Najib Razak Minta PM Benarkan Siaran Langsung Perbicaraan Kes Ayahnya
Anak bekas Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak, Yana Najib meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan sesi perbicaraan kes bapanya diadakan secara siaran langsung. Melalui satu hantaran facebook sebentar tadi, Yana Najib mendakwa bahawa bapanya pernah meminta kes perbicaraannya disiarkan secara langsung sejak dari awal lagi. Katanya lagi, ia membolehkan orang awam […]

Pemandu Wanita Terbunuh, Kenderaan Terbabit Kemalangan Dengan Lori Pasir
Seorang pemandu wanita dilapor terbunuh selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori pasir di Jalan Labu di Nilai, Negeri Sembilan hari ini. Memetik tweet ringkas BERNAMA, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ja’afar untuk bedah siasat. Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Seorang pemandu wanita terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori […]

Diusahakan Oleh Geely, DRB-Hicom Perkenal Kereta Elektrik “Polestar 2”
Diusahakan Oleh Geely, DRB-Hicom Perkenal Kereta Elektrik “Polestar 2” Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi laman Twitter rasmi milik bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, DRB-Hicom pada hari ini telah memperkenalkan sebuah kereta elektrik pertama mereka ‘Polestar 2’. Kenderaan itu merupakan sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely sebuah syarikat, rakan usahasama PROTON. “Saya difahamkan […]

Siti Bainun Gagal Dapatkan Rakaman Percakapan Saksi, Bicara Bermula Januari
Siti Bainun gagal dapatkan rakaman percakapan saksi, bicara bermula Januari KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Siti Bainun Ahd Razali bagi mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pembelaan dalam prosiding bela diri pengasas Rumah Bonda itu. Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian setelah mendapati rakaman […]

Jackie Chan Sahkan, Filem “Rush Hour 4” Sedang Dalam Pembikinan
Jackie Chan Sahkan, Filem “Rush Hour 4” Sedang Dalam Pembikinan Pelakon aksi terkenal Hong Kong, Jackie Chan mengesahkan bahawa filem Rush Hour 4 sedang dalam pembikinan, lapor IGN. Tampil di Festival Filem Antarabangsa Laut Merah di Arab Saudi, bintang seni mempertahankan diri yang berusia 68 tahun itu mengesahkan bahawa proses penggambaran filem Rush Hour 4 sedang […]

Eksklusif Pengguna Boost, Peluang Menangi Tiket Blackpink World Tour KL Bila Tebus Ganjaran RM2
KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2022 – Para peminat BLACKPINK di seluruh negara tidak sabar untuk menyambut ketibaan artis-artis terkemuka global mereka di Malaysia pada tahun depan! Untuk menambah lagi keseronokan, Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau dan penaja utama bagi konsert BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR, memberi peluang eksklusif kepada para […]

Celine Dion Dedah Hidapi Penyakit “Rare”, Terpaksa Tunda Semua Konsert
Celine Dion Dedah Hidapi Penyakit “Rare”, Terpaksa Tunda Semua Konsert Celine Dion dilaporkan terpaksa menunda beberapa tarikh konsert jelajah Eropahnya selepas dia diagnosis sedang mengalami gangguan neurologi pada baru-baru ini, lapor CNN. Gangguan neurologi yang rare itu difahamkan menyebabkan dia tidak boleh untuk “menyanyi seperti biasa”. “Ianya hanya berlaku satu dalam sejuta orang. Sementara kami masih […]

Huawei Raikan Musim Perayaan Dengan Kaca Kunlun Untuk Semua HUAWEI Mate50 Pro
Tahun dengan produk HUAWEI dengan diskaun sehingga RM1,500 dan hadiah percuma bernilai lebih daripada RM1,200 semasa Promosi Perfect Moments Together HUAWEI KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER 2022 – Tahun 2022 sudah mula melabuhkan tirai dan HUAWEI Consumer Business Group (CBG) kini memperkenalkan promosi yang sempurna untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Promosi HUAWEI Perfect Moments Together […]

“Mission Failed”, Pencuri Gagal Bawa Lari iPhone Terpaksa Tunduk Malu Pulangkan Pada Tuan Kedai
“Mission Failed”, Pencuri Gagal Bawa Lari iPhone Terpaksa Tunduk Malu Pulangkan Pada Tuan Kedai Rancangan seorang lelaki untuk cuba mencuri dua buah iPhone dari sebuah kedai gagal membuahkan hasil selepas pintu keluar premis itu terkunci dan tidak dapat melarikan diri di West Yorkshire, lapor Metro UK. Rakaman CCTV yang menunjukkan pencuri tersebut cuba untuk mencuri […]

Ingatkan Nak Susu, Bapa Tak Sangka Bayi Menangis Tengah Malam Cedera Terkena Peluru Sesat
Ingatkan Nak Susu, Bapa Tak Sangka Bayi Menangis Tengah Malam Cedera Terkena Peluru Sesat Seorang bayi cedera selepas dilaporkan terkena sebutir peluru sesat ketika sedang tidur di rumahnya. Bayi yang berusia satu tahun sembilan bulan itu masih menjalani rawatan di Hospital Urip Sumoharjo, Bandar Lampung, lapor Sinar Lampung. Mangsa yang cedera terkena tembakan di buku […]

Nama-Nama Timbalan Menteri Bakal Diumum Malam Ini – PM
Nama-Nama Timbalan Menteri Bakal Diumum Malam Ini – PM Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan senarai nama Timbalan Menteri pada jam 8.15 malam ini. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau sewaktu ditanya oleh wartawan selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek bersama Ahli Parlimen Titiwangsa […]

Annuar Musa Antara Tiga Yang Dilucutkan Keahlian UMNO – Ahmad Maslan
Annuar Musa antara tiga yang dilucutkan keahlian UMNO – Ahmad Maslan PONTIAN, 9 Dis (Bernama) — Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengesahkan Tan Sri Annuar Musa adalah antara tiga yang dilucutkan keahlian hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, semalam. Selain Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, Ahmad berkata turut dilucutkan keahlian […]