Berita

Berita
Rasmi, Nafuzi Zain Terajui Kedah FC
Jurulatih Nafuzi Zain bakal menerajui pasukan Kedah Darul Aman FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Perkara itu disahkan oleh skuad Sang Kenari di laman Facebook rasmi Kedah Darul Aman FC dengan memberikan sambutan hangat berserta poster Nafuzi. “Nafuzi kini Hijau Kuning! Selamat pulang, era baru bermula. “Berjuanglah sejiwa murni!” kata kapsyen […]
Berita
Itali Tutup Beberapa Sekolah Di Sicily Susulan Gunung berapi Stromboli Meletus
Itali Tutup Beberapa Sekolah Di Sicily Susulan Gunung berapi Stromboli Meletus Beberapa sekolah di Itali terpaksa ditutup pada semalam berikutan gunung berapi di Pulau Stromboli di Sicily meletus, lapor WXYZ Detroit. Letusan yang berlaku pada Ahad telah menyebabkan letupan dan siren penggera di pulau itu berbunyi. Letupan ganas itu, yang dirakamkan oleh kamera dari Institut […]
Luar Negara
Padah Buat Pembedahan Plastik Sampai Cacat, Lelaki Nekad Ceraikan Isteri
Padah Buat Pembedahan Plastik Sampai Cacat, Lelaki Nekad Ceraikan Isteri Seorang lelaki Jordan nekad menceraikan isterinya selepas pembedahan plastik yang dilakukan isterinya itu gagal sehingga membawa kepada kecacatan, lapor Gulf News. Pembedahan tersebut dikatakan telah dijalankan oleh doktor yang tidak bertauliah, menurut Omar Al Shobaki, ketua Persatuan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Jordan. Baca: “Asalkan Ada Kerja,” […]
Berita
PM Anwar Mula Tugas Menteri Kewangan
PM Anwar mula tugas Menteri Kewangan PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan. Beliau yang mengenakan sut serba biru tiba di perkarangan Kementerian Kewangan (MOF) pukul 7.58 pagi dan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican. Baca: “Asalkan Ada Kerja,” […]
Berita
PAS Kesal Dituduh Terima Dana Dari Syarikat Judi, Tuntut PM Tunjuk Bukti
Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Takiyuddin Hassan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti berkenaan dakwaan dana Perikatan Nasional (PN) semasa pilihan raya datang daripada syarikat perjudian. Kata beliau dalam satu kenyataan, PAS amat kesal dengan tuduhan disyaki berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Anwar mengenai perkara itu. “Tuduhan tersebut langsung […]
Berita
Legenda “Sesame Street”, Bob McGrath Meninggal Dunia
Legenda “Sesame Street”, Bob McGrath meninggal dunia Pemegang watak manusia dalam siri rancangan kanak-kanak terkenal “Sesame Street” iaitu Bob McGrath, telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, lapor Mothership. Bob membawa watak sebagai seorang jiran yang peramah dan menggunakan nama Bob Johnson dalam rancangan kanak-kanak kegemaran ramai itu. Pemergiannya telah disahkan melalui keluarganya di halaman […]
Berita
Kes Bella: Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri
KUALA LUMPUR (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, untuk menggantung prosiding perbicaraan bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian, selepas peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon penggantungan […]
Berita
PAU 2022 Ditangguhkan Ke 11 Hingga 14 Jan – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR (Bernama) — Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis ini, ditangguhkan ke 11 hingga 14 Jan depan, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Menerusi perkongsian di laman Twitternya, Ahmad berkata penangguhan itu disebabkan tarikh asal PAU 2022 dalam tempoh cuti sekolah. “Oleh kerana 21 hingga 24 […]
Berita
Anwar Saman Pesuruhjaya PAS Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta menyokong ideologi komunis. Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memfailkan saman itu menerusi Tetuan S N Nair & […]
Berita
Itali: Gempa Bumi, Tsunami Dan Letusan Gunung Berapi Landa Stromboli Island
ROM, 5 Dis (Bernama) — Gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi melanda pulau ikonik Stromboli Itali pada Ahad. Gegaran berukuran 4.6 pada skala Richter itu mencetuskan gelombang tsunami di pulau Aeolian pada ketinggian kira-kira satu setengah meter, namun tidak sampai ke pantai, menurut Agensi Berita Itali (ANSA). Gelombang ombak besar itu dilaporkan berpunca daripada […]
Berita
Diam-Diam Jadi Penumpang, Anthony Loke Turun Padang Tinjau Keadaan LRT Laluan Kelana Jaya
Diam-Diam Jadi Penumpang, Anthony Loke Turun Padang Tinjau Keadaan LRT Laluan Kelana Jaya Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke hari ini telah meninjau LRT di laluan Kelana Jaya bagi melihat keadaan sebenar yang berlaku di kawasan berkenaan. Tinjauan selama dua jam itu dilakukan sekitar jam 5 hingga 7 petang, di mana ia merupakan waktu yang agak […]
Berita
STAR hasrat keluar PN, Pengumuman Rasmi Dibuat Kemudian – Jeffrey Kitingan
KOTA KINABALU, 5 Dis (Bernama) — Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) hari ini menyatakan hasrat untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN) namun pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat kemudian, kata Presidennya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata tindakan itu dibuat kerana melihat STAR, yang menyokong Kerajaan Perpaduan masa ini, sudah tidak […]
Berita
Kes Bella: Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, untuk menggantung prosiding perbicaraan bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian, selepas peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili […]
Berita
Perjanjian Gabungan Parti Dalam Kerajaan Ditandatangani Dalam Masa Terdekat – Zambry
PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) – Satu perjanjian gabungan membabitkan parti-parti dalam kerajaan akan ditandatangani dalam masa terdekat, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Tanpa mendedahkan kandungan perjanjian itu, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Luar dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa siri perbincangan mengenai […]
Berita
Fahmi Akan Bertemu Penyedia Perkhidmatan Media Sosial Bincang Isu Penyebaran Maklumat Palsu
PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan media sosial bagi membincangkan isu berkaitan penyebaran maklumat palsu serta kandungan bersifat agresif. Beliau yang baru memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Komunikasi Digital di sini hari ini berkata pertemuan itu akan turut memberi ruang kepadanya untuk memahami kerangka kawal […]
Berita
KPDNKSH Ambil Sampel Telur Yang Didakwa Premium Untuk Diuji
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) bertindak mengambil beberapa sampel telur premium di beberapa premis terpilih susulan laporan yang mendakwa berlakunya penipuan label telur kategori berkenaan. Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKSH Azman Adam dalam kenyataan hari ini berkata sample telur itu akan dihantar untuk dilakukan ujian bagi […]
Berita
Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib Meninggal Dunia
Pengasas Produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan meninggal dunia pada usia 78 tahun. Memetik laporan Astro Gempak, Allahyarhamah dipercayai meninggal dunia dalam tidur kira-kira jam 8.00 malam, semalam. Anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, SM Gadaffi Syed Ali mengesahkan mengenai berita tersebut. “Dia dah sampai masa sebenarnya, sebelum itu […]
Berita
Amaran Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Bermula 7 Disember
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Dis. MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh […]
Berita
Kritikan Terhadap PM Atau Kerajaan Diizinkan, Saya Akan Menjawab – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengizinkan rakyat untuk melontarkan segala kritikan terhadap dirinya atau kerajaan di bawah pimpinannya. Anwar berkata demikian semasa mengulas tentang keabsahan keputusan pelantikannya menjadi Perdana Menteri yang dikatakan menjadi pertikaian sebelum ini. “Jadi saya rasa sudah sampai ketikanya untuk menerima kenyataan ini dan jangan mempertikaikan kuasa dan kebijaksanaan KDYMM Yang […]
Berita
Kembali Sebagai MOT, Anthony Gembira Jumpa Semula Pemandu Lama
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu semula dengan pemandu lamanya semasa beliau menjawat jawatan tersebut semasa era kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Beliau berkongsi coretan ringkas mengenainya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya pagi tadi. “Selamat pagi Malaysia! Saya gembira dapat bekerja semula dengan ‘pilot’ saya, saudara Hazril! Saya […]