Berita

Harga Baharu Telur Akan Diumumkan Esok, Mungkin Lebih Murah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sukacita memaklumkan harga baharu telur akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu pada esok. “Dengan pengumuman itu, ia akan mengurangkan kebergantungan kepada kartel, jadi kita harap jumlah pengeluaran telur cukup di pasaran dan harganya itu akan dikurangkan,” demikian kata beliau dalam sidang media pada Isnin. Difahamkan, […]

Cabutan Khas Perjudian Diturunkan Daripada 22 Kali Ke 8 Kali Setahun – PM
Mulai 1 Jan 2023, cabutan khas perjudian diturunkan kepada lapan kali setahun, demikian kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media yang berlangsung pada hari ini. Beliau berkata cabutan khas perjudian telah dikurangkan berbanding 22 kali semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN). Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun memaklumkan dirinya […]

Hadi Awang Hadir Di IPD Sentul Beri Keterangan
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hadir di Ibu Pejabat Daerah Sentul bagi memberi keterangan berhubung dakwaan ucapan berbaur hasutan sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor Bernama. Sebelum ini media melaporkan, wujud dakwaan DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa serta menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu “tidak bermoral”. Berita […]

Jemaah Menteri Setuju Potong Gaji 20 Peratus
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan barisan jemaah menteri bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 20 peratus pada setiap bulan. Dalam pada itu, timbalannya Ahmad Zahid diminta untuk mempengerusikan jawatankuasa pengurusan bencana, siap siaga hadapi banjir. Selain itu, cabutan khas perjudian pula bakal diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari depan. Beliau berkata demikian dalam […]

Rafizi Dedah ‘A To Z’ Macam Mana Kerjasama PH-BN Terbentuk Jadi Kerajaan, PRU15 Ada Hikmah
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli mendedahkan mengenai kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) setelah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada 19 November lalu. Dalam satu perkongsian di platform TikTok, Rafizi menerangkan mengenai rentetan peristiwa dari A sampai Z sehingga tertubuhnya Kerajaan Perpaduan. Rafizi yang juga merupakan […]

Iran Kaji Semula Undang-undang Wajib Pemakaian Hijab
Iran Kaji Semula Undang-Undang Wajib Pemakaian Hijab Undang-undang mewajibkan wanita memakai hijab di Iran sejak berpuluh tahun lalu dilapor akan dikaji semula ketika negara itu bergelut dengan tunjuk perasaan yang dikaitkan dengan kod berpakaian, kata pihak berkuasa Iran. Peguam Negara Iran Mohammad Jafar Montazeri memaklumkan perkara itu sedang dilihat kembali, sama ada memerlukan sebarang perubahan […]

Kes Saman Selesai, DAP Mohon Maaf Kepada Rahim Thamby Chik
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Khoo Poay Tiong dan DAP selesai, apabila Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan parti itu hari ini memohon maaf kepada bekas Ketua Menteri Melaka berhubung penerbitan beberapa artikel mengaitkannya dengan pelbagai skandal. Khoo yang turut mewakili DAP membacakan kenyataan permohonan maaf di hadapan […]

Fokus Keseluruhan Bawa Malaysia Ke Negara Berpendapatan Tinggi – Rafizi
PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Mohd Raflzi Ramli menjelaskan fokus keseluruhan beliau adalah untuk membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. Beliau berkata ini memandangkan terdapat tumpuan berterusan yang baik terhadap industri dan kegiatan ekonomi yang boleh melonjakkan status Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi. Terdapat banyak fokus untuk negeri-negeri yang […]

Letusan Gunung Semeru Di Jawa Timur: Jepun Sedia Amaran Ancaman Tsunami
Badan Meteorologi Jepun terus memantau ancaman gelombang tsunami yang semakin meningkat di kawasan pesisir negara itu selepas Gunung Semeru di Jawa Timur kembali meletus pada Ahad, semalam, lapor CNN Indonesia. Jurucakap Japan Broadcasting Corporation (NHK) melaporkan bahawa gelombang tsunami itu boleh sampai ke pantai wilayah Okinawa sejurus 5:30 GMT atau sekitar 12:30 Waktu Indonesia Barat […]

Tambang Feri Penduduk Tioman RM20 Sehala Mulai Januari – Wan Rosdy
ROMPIN, (Bernama) — Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengurangan 60 peratus itu bakal ditanggung kerajaan negeri membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM500,000 dan akan memberi manfaat kepada […]

Belanjawan Emolumen Dibentang Pada Sidang Dewan Rakyat Akan Datang
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) belanjawan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan khususnya gaji penjawat awam pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, kata Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli. Lapor Bernama, Rafizi turut memaklumkan kerajaan dijangka membentangkan belanjawan yang menyeluruh dalam tempoh sebulan atau dua bulan dari sekarang. Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri […]

Raheem Sterling Tinggalkan Piala Dunia Selepas Rumahnya Diceroboh
Bintang England, Raheem Sterling dilaporkan akan pulang ke England selepas rumahnya di Surrey menjadi sasaran rompakan bersenjata, lapor ESPN. Football Association (FA) mengesahkan, kepulangannya sekali gus telah menyebabkan dia terlepas perlawanan England menentang Senegal pada pusingan 16 FIFA Piala Dunia Qatar malam tadi. Pemain berusia 27 tahun itu telah mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan, Gareth […]

Dr Zaliha Sedia Terima Pandangan, Cadangan Bekas Menteri KKM
PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau terbuka untuk menerima segala nasihat, cadangan serta pertolongan daripada bekas menteri-menteri kesihatan untuk dijadikan rujukan dalam menerajui Kementerian Kesihatan (KKM). Menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Dr Zaliha mengakui cabaran terbesarnya ialah meneruskan kecemerlangan KKM, di samping berusaha untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan negara secara […]

Jawatan Menteri Kewangan Sesuai Dipegang PM Pada Masa Ini, Ia Keputusan Sukar – Rafizi
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berpendapat Perdana Menteri (PM) dilihat sesuai menjawat jawatan menteri kewangan dengan kerajaan gabungan yang dibentuk pada ketika ini. Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata keputusan sukar tersebut dibuat sejurus melihat situasi kerajaan buat masa ini. “Kalau ikut pandangan saya secara idealnya kita pisahkan jawatan menteri kewangan […]

Seorang Maut, Lori Muatan Diesel Jatuh Gaung Di Lebuhraya Plus
IPOH, 5 Dis (Bernama) — Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru […]

Rafizi Tak ‘Clock In’ Macam Menteri Lain, Dakwa Dah Mula Bertugas Semalam – Laporan
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan tidak membuat sesi ‘clock-in’ ketika lapor diri di pejabatnya pada pagi ini sebagaimana barisan menteri lain. Memetik sumber laporan ringkas pemberita SCMP Asia Hadi Azmi di Twitter, Rafizi sebaliknya sudah pun memulakan tugasnya sejak semalam lagi. “Kini berada di Unit Perancangan Ekonomi di Putrajaya untuk sidang media Rafizi Ramli kali […]

TPM Zahid & Barisan Menteri Mula Bertugas Hari Ini
Kabinet Kerajaan Perpaduan akan memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas pengumuman jemaah menteri dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu. Bernama melaporkan, beberapa jemaah menteri mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di kementerian masing-masing, sebagai simbolik permulaan tugas rasmi mereka. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri […]

Sivaraj Akan Dipertimbang Peranan Dalam Kerajaan Perpaduan – Saifuddin Nasution
KULIM, (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Padang Serai Datuk C. Sivaraj akan dipertimbang untuk diberikan peranan yang sesuai dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH untuk […]

ESA Umum Atlet Paralimpik UK Sebagai Calon Angkasawan OKU Pertama Di Dunia
Seorang pelari pecut paralimpik British telah dipilih oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) untuk menjalani latihan angkasawan baharu yang pertama dalam tempoh 13 tahun. Memetik laporan BBC, John McFall yang berumur 41 tahun itu kehilangan kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika dia berumur 19 tahun. Setelah itu, dia mula menceburi bidang sukan dan menjadi atlet […]

Jangkitan Bakteria Salah Satu Punca Utama Penyebab Kematian Di Seluruh Dunia – Kajian
PARIS – Satu kajian mendapati bahawa jangkitan bakteria merupakan punca utama yang kedua tertinggi kepada penyebab kematian di seluruh dunia, malah ia turut menyumbang satu daripada lapan kematian secara keseluruhan pada tahun 2019. Memetik laporan CNA, kajian baharu yang dikeluarkan dalam jurnal Lancet itu menunjukkan bahawa terdapat kematian yang berpunca daripada 33 jangkitan bakteria biasa […]