Berita

Tahap Oksigen Kembali Merosot, Nad Zainal Dilapor Kena “Intubate” Semula
Tahap Oksigen Kembali Merosot, Nad Zainal Dilapor Kena “Intubate” Semula Rakan pelakon, Ungku Ismail pada hari ini memaklumkan bahawa Nad Zainal sedang bergantung semula kepada alat bantuan pernafasan setelah paru-paru pelakon itu dilaporkan merosot dan masih belum kuat. Ungku Ismail yang sempat menziarahi Nad pada petang Jumaat lalu telah menjelaskan bahawa tahap oksigen aktres itu […]

Ketepikan Perbezaan Politik, Realisasikan Kerajaan Perpaduan Demi Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid
Ketepikan Perbezaan Politik, Realisasikan Kerajaan Perpaduan Demi Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dan perbezaan politik harus diketepikan bagi merealisasi kerajaan perpaduan yang sebenar demi kepentingan rakyat. “Kita memberikan keutamaan kepada rakyat, untuk mewujudkan kestabilan pada negara bagi menggamit semula pelabur […]

Bayi Perempuan Ditemukan Dalam Kotak Di Kebun Jemaluang
Bayi perempuan ditemukan dalam kotak di kebun Jemaluang MERSING, 3 Dis (Bernama) — Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam […]

“…Kami Memilih Agama Ini,” Enam Sekeluarga Dari Brazil & Lelaki Mexico Peluk Islam Di Piala Dunia
“…Kami Memilih Agama Ini,” Enam Sekeluarga Dari Brazil & Lelaki Mexico Peluk Islam Di Piala Dunia Sebuah keluarga Brazil seramai enam orang dengan rela hati telah memeluk agama Islam di sebuah masjid semasa Piala Dunia 2022 di Qatar berlangsung, lapor Free Press Journal. Keluarga dari Brazil itu termasuk bapa, ibu dan empat orang anaknya dilihat […]

Mohd Na’im Ketua Hakim Syarie Pertama Dilantik Menteri Agama
Mohd Na’im Ketua Hakim Syarie pertama dilantik Menteri Agama KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet, apabila Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 55, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdahulu beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan […]

90 Peratus Populasi Dunia Dianggarkan Miliki Imuniti Covid-19- WHO
90 peratus populasi dunia dianggarkan miliki imuniti Covid-19- WHO Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan bahawa 90% daripada penduduk dunia kini mempunyai ketahanan imuniti terhadap Covid-19, lapor The Guardian. Namun begitu, WHO juga memberi amaran bahawa varian baharu yang membimbangkan mungkin boleh muncul. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata bahawa kealpaan dalam pemantauan akan membuka […]

Mohamad Sabu Kembali Sebagai Menteri Kabinet
Mohamad Sabu kembali sebagai menteri Kabinet SHAH ALAM, 3 Dis (Bernama) — Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kembali semula menyertai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Mohamad, 68, sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan […]

Pelantikan Anthony Loke Terajui MOT Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang
Pelantikan Anthony Loke terajui MOT ibarat sirih pulang ke gagang KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bukanlah nama asing dalam arena politik tanah air menerusi ketokohannya sebagai pemimpin yang berjiwa besar. Ahli Parlimen Seremban itu antara pemimpin yang sering lantang bersuara memperjuangkan hak masyarakat semasa di Dewan Rakyat sepanjang berada di blok pembangkang, sebelum ini. Baca: “Asalkan Ada Kerja,” […]

Kepakaran Rafizi Ditagih Bantu Pulih Ekonomi Negara
Kepakaran Rafizi ditagih bantu pulih ekonomi negara KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — ‘Kepulangan’ Mohd Rafizi Ramli dalam gelanggang politik ternyata berbaloi apabila dilantik dalam Kabinet setelah Pakatan Harapan (PH) menganggotai Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Rafizi, 45, sememangnya antara nama yang disebut-sebut sebelum ini disenaraikan dalam […]

Polis Tahan Sepasang Suami Isteri Bawa Dadah Bernilai Lebih RM9.5 Juta
Polis Tahan Sepasang Suami Isteri Bawa Dadah Bernilai Lebih RM9.5 Juta KUALA KRAI, 3 Dis (Bernama) — Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berusia 26 dan 28 tahun bersama dadah jenis syabu bernilai lebih RM9.5 juta di Kampung Batu Jong, di sini, semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan terbesar tahun ini […]

Jalan Di Sepang Dinaiki Air, Persimpangan Lampu Isyarat Kiwa Dari KLIA Ke Kota Warisan Masih Ditutup
Beberapa Laluan Di Sekitar Sepang Dinaiki Air, Setakat Pukul 3 Petang Ini Berdasarkan laporan, berikut merupakan kemas kini keadaan beberapa jalan di sekitar daerah Sepang yang dinaiki air pada hari ini. Pihak Ibu Pejabat Daerah Sepang (Cawangan Trafik), pihaknya telah melaporkan beberapa laluan di kawasan Sepang yang masih ditenggelami air sehingga ke hari ini. Susulan […]

Dua TPM, 25 Ahli Kabinet Angkat Sumpah Jawatan Menteri
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu […]

Enam Menteri Bakal Lonjak Pelaburan Di Perak – Menteri Besar
Enam Menteri Bakal Lonjak Pelaburan Di Perak – Menteri Besar KUALA KANGSAR, 3 Dis (Bernama) — Pelantikan enam menteri dari negeri ini ke dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan akan meningkatkan kehadiran dan keyakinan pelabur ke negara ini tidak terkecuali Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata pelantikan itu juga secara tidak langsung akan memulihkan ekonomi negeri itu dengan […]

“Terima Kasih YAB PM Anwar Ibrahim Kerana Percaya Abah Kami…” – Nurul Zahid
“Terima Kasih YAB PM Anwar Ibrahim Kerana Percaya Abah Kami…” – Nurul Zahid Anak kepada Timbalan Perdana Menteri 1, Nurulhidayah binti Ahmad Zahid Hamidi berterima kasih kepada PM kerana sudi memberi kepercayaan kepada ayahnya untuk memegang antara portfolio terpenting dalam kabinet Kerajaan Perpaduan. Ucapan terima kasih tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, dengan menampilkan […]

Empat Pelajar Sekolah Ditahan Bergaduh Sebab Campak Duit Beli Minuman
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Perselisihan faham melemparkan duit ketika membeli minuman di kantin semasa waktu rehat membawa kepada pergaduhan menyebabkan dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Kajang cedera, semalam. Susulan itu, empat remaja lelaki berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun ditahan pada 8.50 malam tadi. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid […]

Saifuddin Nasution, Zambry, Tengku Zafrul Dan Mohd Na’im Angkat Sumpah Senator
Saifuddin Nasution, Zambry, Tengku Zafrul Dan Mohd Na’im Angkat Sumpah Senator KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Empat daripada 28 Jemaah Menteri yang akan menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa hari ini. Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr […]

“Amanah Ini Bukanlah Harta Rampasan Perang, Namun…”, Zahid Hamidi Luah Rasa Syukur Dilantik Jadi TPM
Zahid Hamidi Zahirkan Rasa Syukur Atas Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh PM Malam Tadi Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dengan perasaan rendah hati meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Dalam sebuah hantarannya […]

Kereta Elektrik Tenaga Solar Pertama Di Dunia, Mampu Dipandu Berbulan-bulan Tanpa Cas
Kereta Elektrik Tenaga Solar Pertama Di Dunia, Mampu Dipandu Berbulan-bulan Tanpa Cas Sebuah syarikat automatif bertaraf start up Belanda, Lightyear berhasil mencipta sebuah kenderaan elektrik menggunakan tenaga solar sepenuhnya, pertama di dunia. Memetik laporan Bloomberg, model pertama syarikat itu, Lighyear 0 boleh dipandu berbulan-bulan tanpa pengecasan semula dan akan dijual pada harga €250,000 (RM 1.15 juta) […]

PRU15: BN Setuju Beri Laluan Kepada PH Di Parlimen Padang Serai
PRU15: BN setuju beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai KULIM, 2 Dis (Bernama) — Hanya beberapa jam sebelum hari mengundi awal esok, Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai. Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Jamil Khir […]

Ucapan Tahniah Atas Pelantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan
Ucapan tahniah atas pelantikan kabinet Kerajaan Perpaduan KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Beberapa ahli politik menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diumumkan hari ini. Antaranya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli-ahli […]