Berita

Ahli Kumpulan Fleetwood Mac, Christine McVie Dilapor Meninggal Dunia
Ahli Kumpulan Fleetwood Mac, Christine McVie Dilapor Meninggal Dunia Seorang penyanyi dan juga penulis lagu kumpulan muzik terkenal pada era 70-an Fleetwood Mac, Christine McVie meninggal dunia pada usia 79 tahun hari ini. Christine telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital pada Rabu, sejurus sahaja dimasukkan ke dalam wad, kata keluarganya dalam sebuah kenyataan yang dimuat […]

Pahit Untuk Ditelan, Lelaki Hilang Tiga Anak Dalam Tempoh Lima Tahun Akibat Kanser
Pahit Untuk Ditelan, Lelaki Hilang Tiga Anak Dalam Tempoh Lima Tahun Akibat Kanser BRAZIL — Seorang ahli ekonomi Brazil melalui detik hitam apabila ketiga-tiga anaknya meninggal dunia akibat kanser kurang dari tempoh lima tahun. Memetik Daily Mail, keempat-empat beranak itu termasuk dirinya disahkan mengalami mutasi genetik, sindrom Li-Fraumeni yang mendedahkan mereka kepada serangan kanser dan […]

Pelé Dimasukkan Ke Hospital, Kanser Makin Teruk
Pelé Dimasukkan Ke Hospital, Tubuh Sedang Lawan Kanser Legenda bola sepak Brazil, Pele dimasukkan ke hospital gara-gara tubuhnya sedang melawan kanser, maklum anak perempuannya di media sosial pada Rabu semalam, lapor CTV News. Kemas kini anaknya yang bernama Kely Nascimento dalam akaun Instagram miliknya dibuat selepas ESPN Brazil melaporkan bahawa Pele telah dimasukkan ke Hospital […]

Ngeri, Wanita ‘Hilang’ Separuh Buah Pinggang Selepas Jalani Urutan ‘Buang Lemak’
Gara-gara menjalani sesi urutan kasar untuk menurunkan berat, seorang wanita terpaksa membuang separuh buah pinggangnya menerusi pembedahan kecemasan selepas mengalami sakit di bahagian perut. Lapor Oddity Central, wanita yang berusia 41 tahun itu dilaporkan ingin menurunkan berat badan dengan bantuan urutan. Oleh itu, dia telah mengunjungi sebuah spa yang terletak di Hangzhou di wilayah Zhejiang, […]

Mahkamah Perancis Putuskan Pekerja Berhak Tak Perlu Ikut Aktiviti Syarikat
Mahkamah Perancis Putuskan Pekerja Berhak Tak Perlu Ikut Aktiviti Syarikat Seorang lelaki warga Perancis telah diberikan hak untuk bersikap boring apabila hakim di mahkamah di Paris memutuskan untuk berpihak kepadanya selepas dipecat kerana tidak menyertai aktiviti mingguan syarikat pada setiap hujung minggu. Mahkamah juga telah memutuskan bahawa tindakan bekas majikan yang memecat lelaki tersebut adalah […]

MCMC, PDRM Panggil Pengurusan TikTok Berhubung Video Berbaur Provokasi
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pihak pengurusan TikTok untuk memberikan penjelasan berhubung penularan tiga klip video berbaur provokasi mengenai amaran rusuhan 13 Mei 1969. MCMC dalam kenyataan memaklumkan penyebaran kandungan berbaur provokasi itu dengan niat mencetuskan ketidakharmonian, kebencian, prejudis dan perasaan […]

Penyanyi, Jake Flint Meninggal Dunia Beberapa Jam Selepas Kahwin
Seorang penyanyi disahkan meninggal dunia hanya beberapa jam selepas melangsungkan perkahwinannya di US pada Sabtu baru-baru ini, lapor New York Post. Menurut laporan daripada Oklahoman, penyanyi berkenaan, Jake Flint berusia 37 tahun dikatakan telah meninggal dunia semasa dalam tidurnya. Bagaimanapun berita tentang kematian Jake Flint ini turut dikongsikan oleh pengurusanya, Brenda Cline di laman sosial […]

H&M Buang 1,500 Pekerja Sebagai Langkah Untuk Menjimatkan Kos
H&M Buang 1,500 Pekerja Sebagai Langkah Untuk Menjimatkan Kos Syarikat fesyen nombor dua dunia H&M berkata pihaknya akan membuang kira-kira 1,500 pekerja sebagai satu langkah untuk penjimatan kos. Difahamkan ia disebabkan oleh permintaan yang semakin lemah ketika rata-rata pengguna kini menghadapi lonjakan kos sara hidup yang semakin mencabar. H&M yang mempunyai kira-kira 155,000 orang pekerja […]

Padah Ubah Suai Toyota MR Coupé Jadi Ferrari F430, Lelaki Bakal Dipenjara
Baru-baru ini, seorang lelaki warga Itali berusia 26 tahun didakwa atas tuduhan pemalsuan dan tanda dagangan selepas didapati bahawa Ferrari F430 merah miliknya sebenarnya adalah Toyota MR Coupé yang diubah suai. Pasukan penguatkuasa Itali, Guardia di Finanza merampas kenderaan tersebut semasa membuat pemeriksaan rutin di bandar Asti, Itali, lapor Oddity Central. Meskipun Ferrari merah itu […]

Guru Maut, Tercampak Keluar Dari Kereta Di Kota Kinabalu
Seorang guru disahkan meninggal dunia selepas tercampak keluar dari kereta berikutan kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di KM14, Jalan Lama Papar, Kota Kinabalu pada Ahad baru-baru ini. Mangsa, 56 tahun merupakan penumpang bersama dua orang lagi masing-masing berumur 42 tahun (pemandu) dan seorang lagi penumpang berumur 31 tahun. Menurut Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin […]

Tiga Lelaki Ditahan Curi Talian Internet Untuk Judi Piala Dunia
Tiga lelaki ditahan kerana curi talian internet untuk jalankan judi Piala Dunia Dua lelaki Thailand dan seorang lelaki Kemboja ditahan selepas disyaki menggunakan sambungan Internet negara Thailand bagi menyiarkan Piala Dunia Qatar 2022 sambil menjalankan sindiket pertaruhan bola sepak, lapor The Thaiger. Di bawah latihan Polis Diraja Thai (RTP) untuk menghalang operasi sindiket perjudian bola […]

Harta Benda Rosak Teruk Susulan Ribut, Hujan Lebat Di Johor Bahru, Iskandar Puteri
Harta benda rosak teruk susulan ribut, hujan lebat di Johor Bahru, Iskandar Puteri JOHOR BAHRU, 30 Nov (Bernama) — Sejumlah rumah, kedai serta harta benda seperti kereta dilaporkan rosak teruk susulan ribut dan hujan lebat yang melanda Johor Bahru dan Iskandar Puteri, petang tadi Tinjauan Bernama mendapati antara yang terjejas ialah beberapa rumah penduduk di Kampung Pasir, […]

Bekas Presiden China, Jiang Zemin Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun
Bekas Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia pada Usia 96 tahun Bekas pemimpin China Jiang Zemin yang memerintah negara itu pada era transformasi yang bermula akhir 80-an meninggal dunia pada hari ini ketika berusia 96 tahun, lapor agensi berita Xinhua. “Jiang Zemin meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan pelbagai kegagalan organ di Shanghai pada 12.13 […]

Banjir Kilat Landa Semenyih, Penduduk Dakwa Perumahan Eco Majestic Dinaiki Air
Banjir Kilat Landa Semenyih, Penduduk Dakwa Perumahan Eco Majestic Dinaiki Air Banjir kilat dilapor melanda beberapa kawasan di sekitar Kajang ekoran hujan lebat yang berterusan pada petang ini hingga beberapa kawasan perumahan ditenggalami air. Kebiasannya fenomena banjir akan berlaku di kawasan-kawasan tertentu yang mungkin pernah mengalaminya sebelum ini, namun kali ini ia dikatakan berlaku di […]

Ronaldo Setuju Kontrak Dengan Kelab Arab Saudi, Dibayar RM923 Juta Setahun
Bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan bersetuju dengan kontrak perjanjian selama dua tahun setengah untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr. Sebelum ini, Ronaldo secara rasminya memutuskan akan meninggalkan United selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk penamatan kontrak dengan lebih awal. Hal tersebut salah satunya berpunca disebabkan temu bualnya dengan Piers Morgan yang ‘meletup’ di mana […]

PH Sedia Bincang Dengan BN Hadapi PRN Selangor Tahun Depan – Amirudin
PH sedia bincang dengan BN hadapi PRN Selangor tahun depan – Amirudin SHAH ALAM, 30 Nov (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata pihaknya kini ke arah perbincangan dengan BN untuk mendapatkan […]

‘Musim Sejuk’ Di Malaysia Hingga Februari
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — ‘Bahang’ Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 Nov lepas beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius. Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari […]

Anwar Dijangka Umum Barisan Kabinet Awal Disember – Laporan
Barisan kabinet kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal diperkenalkan pada awal Disember, lapor Sinar Harian. Menurut sumber seperti yang dilapor Sinar Harian, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijangka akan membuat pengumuman khas berkaitan perkara tersebut dalam masa terdekat. “Kalau ikutkan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini, memang beliau akan umumkan sendiri. […]

Guru Bahasa Inggeris Bebas Tuduhan Menipu
Guru Bahasa Inggeris bebas tuduhan menipu PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) — Seorang guru Bahasa Inggeris dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Wilayah Persekutuan Labuan atas pertuduhan menipu tiga individu berhubung pembelian sebidang tanah. Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad melepas dan membebaskan tertuduh, 45, semalam tanpa dipanggil membela diri. Menurut peguam tertuduh, Datuk Seri K. Rakhbir Singh, majistret memutuskan bahawa […]

PDRM Buka Kaunter Saman Diskaun 50 Peratus Hingga 5 Petang Esok Di Sini
Pembukaan kaunter saman diskaun 50% sepanjang Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kaunter pembayaran saman dengan pengurangan sehingga 50 peratus bersempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang dengan Malaysia bermula hari ini hingga esok. Menurut perkongsian yang dibuat oleh Jabatan Penerangan WPKL di Twitter, acara itu akan diadakan di Malaysia Grand […]