Berita

Guru Bahasa Inggeris Bebas Tuduhan Menipu
Guru Bahasa Inggeris bebas tuduhan menipu PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) — Seorang guru Bahasa Inggeris dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Wilayah Persekutuan Labuan atas pertuduhan menipu tiga individu berhubung pembelian sebidang tanah. Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad melepas dan membebaskan tertuduh, 45, semalam tanpa dipanggil membela diri. Menurut peguam tertuduh, Datuk Seri K. Rakhbir Singh, majistret memutuskan bahawa […]
Berita
PDRM Buka Kaunter Saman Diskaun 50 Peratus Hingga 5 Petang Esok Di Sini
Pembukaan kaunter saman diskaun 50% sepanjang Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kaunter pembayaran saman dengan pengurangan sehingga 50 peratus bersempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang dengan Malaysia bermula hari ini hingga esok. Menurut perkongsian yang dibuat oleh Jabatan Penerangan WPKL di Twitter, acara itu akan diadakan di Malaysia Grand […]
Berita
RON97 Turun 10 Sen
Harga runcit bagi petrol jenis RON97 turun sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter. Menerusi satu kenyataan, Kementerian Kewangan Malaysia berkata penetapan harga itu berkuatkuasa bagi tempoh 1 Disember 2022 hingga 7 Disember 2022. Manakala bagi harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel juga turut kekal […]
Berita
TNB Ucap Takziah Kepada Keluarga Kanak-Kanak Maut Dipercayai Dihempap Tiang Elektrik
TNB ucap takziah kepada keluarga kanak-kanak maut dipercayai dihempap tiang elektrik ALOR SETAR, 30 Nov (Bernama) — Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar, Changlun di Bukit Kayu Hitam dekat Kubang Pasu petang semalam. TNB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya […]
Berita
Lebih 100 Terlibat Simulasi Kemalangan Di PLUS
Lebih 100 Terlibat Simulasi Kemalangan Di PLUS IPOH, 30 Nov (Bernama) — Suasana di KM267.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (arah selatan) berhampiran Plaza Tol Jelapang cemas apabila tiga individu ‘maut’ manakala sembilan yang lain ‘cedera’ akibat kemalangan membabitkan empat kenderaan hari ini. Kejadian itu hanyalah ‘lakonan’ bagi menjayakan latihan simulasi membabitkan 11 agensi termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), […]
Berita
Aksi Neymar “Copy Ori” Di Piala Dunia Curi Tumpuan, Pengawal Terpedaya Siap Iring Masuk Padang
Aksi Neymar “Copy Ori” Di Piala Dunia Curi Tumpuan, Pengawal Terpedaya Siap Iring Masuk Padang Seorang penyamar Neymar yang pernah memperdaya stesen televisyen Amerika Syarikat sebelum ini telah melakukan perkara yang serupa pada edisi Piala Dunia kali ini. Kali ini, pelanduk dua serupa tersebut didapati sedang berada dalam khalayak ramai sewaktu kemenangan Brazil mewakili mengalahkan […]
Maklumat Tular Mengenai Kenaikan Gaji PDRM Adalah Palsu – JPM
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk ‘PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat’. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, JPM berkata kenyataan itu adalah palsu. Sambil menyertakan tangkap layar poster berkenaan, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebar […]
Sukan
Pan Gon Lihat Sudut Positif Walaupun Ramai Pemain Utama Tarik Diri
PETALING JAYA, 30 Nov (Bernama) — Ketiadaan pemain utama ternyata tugas sukar buat ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon, namun beliau tidak mengalah dalam mempersiapkan skuad terbaik untuk menghadapi saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022. Berdepan dengan penarikan diri beberapa pemain utama daripada skuad yang berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala […]
Berita
Dadah: Farid Kamil Didenda RM5,000, Hukuman Penjara Diketepikan
PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) — Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan […]
Luar Negara
Tak Puas Hati Ketika Main Monopoli, Lelaki Dipercayai Acu Pistol Pada Bapa & Adik Tiri
Tak Puas Hati Ketika Main Monopoli, Lelaki Dipercayai Acu Pistol Pada Bapa & Adik Tiri OKLAHOMA — Seorang lelaki didakwa atas percubaan membunuh selepas mengacukan senjata api ke arah adik tiri dan bapa tirinya sewaktu bermain monopoli di rumah mereka di Tulsa Sabtu lalu. Memetik laporan Daily Mail, keluarga berkenaan pada ketika itu dilaporkan sedang […]
Berita
MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Sembilan Negeri
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga 5 petang hari ini. MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kejadian hujan lebat dan ribut petir di Kedah dijangka […]
Berita
Demi Polisi Sifar Covid, China Potong “Live” Tayang Penonton Bola Sepak Tak Pakai Pelitup Muka Di Piala Dunia
Kerajaan China Tapis Adegan Penonton Bola Sepak Tanpa Pelitup Muka Di Piala Dunia Stesen tv China dilapor telah memotong rakaman siaran langsung yang memaparkan peminat bola sepak Piala Dunia 2022 tidak memakai pelitup muka di dalam stadium. Tindakan itu didakwa bagi mengelakkan warga tempatan marah dan mencetuskan protes berhubung sekatan ketat Sifar Covid-19 yang dilaksanakan […]
Berita
Kutipan Tol Di Lebuh Raya DASH Bermula 1 Dis
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember (Khamis). DASH dalam kenyataan hari ini berkata kadar tol sama dikenakan kepada pengguna yang melalui tiga plaza tol lebuh raya DASH iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol […]
Berita
Sijil Akademik Hilang Atau Rosak, Ini Cara Nak Mohon Salinan Dari Lembaga Peperiksaan
Sijil Akademik Hilang Atau Rosak, Ini Cara Nak Mohon Salinan Dari Lembaga Peperiksaan Sijil akademik adalah sangat penting dan sering kita gunakan sebagai dokumen membuktikan kelayakan diri ketika mencari pekerjaan. Dokumen ini adalah antara dokumen terawal yang sering dipinta oleh majikan selain berupaya menentukan berapa gaji setimpal yang patut dibayar kepada kita. Menerusi perkongsian seorang […]
Luar Negara
New York Dilapor Akan Hantar Gelandangan Alami Gangguan Mental Secara Paksa Ke Hospital
New York Dilapor Akan Hantar Gelandangan Alami Gangguan Mental Secara Paksa Ke Hospital NEW YORK — Datuk Bandar New York, Eric Adams semalam berkata bandar itu akan mula membuat pengerahan secara paksa terhadap pesakit mental yang tinggal di sekitar jalanan dan kereta api bawah tanah bagi membendung kadar jenayah yang semakin meningkat, lapor AFP. “Jika […]
Berita
RM28.5 Juta Tunggakan Bil Air AKSB Masih Belum Dijelaskan
KOTA BHARU, 30 Nov (Bernama) — Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu, Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaporkan sebanyak RM28.5 juta bil air gagal dibayar oleh penduduk negeri itu setakat 30 Sept lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor berkata faktor utama tunggakan adalah daripada pengguna domestik yang masih […]
Berita
PM Perancis Beri Amaran Gelombang Baharu COVID-19
PARIS, 30 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa memberi amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di Perancis, sambil memaklumkan “lebih 40,000 kes baharu” dikesan di negara itu setiap hari. Bercakap ketika Perhimpunan Kebangsaan Perancis, Borne menyuarakan kebimbangan mengenai kadar vaksinasi dos penggalak yang rendah dalam kalangan mereka yang dianggap berisiko tinggi, […]
Berita
Pawagam Thai Promo Beli Tiket Wayang Dapat Popcorn “Free Flow”, Penonton Bawa Pelbagai Bekas Datang Tadah
Pawagam Thai Promo Beli Tiket Wayang Dapat Popcorn “Free Flow”, Penonton Bawa Pelbagai Bekas Datang Tadah Sebuah panggung wayang di Thailand menjadi viral apabila menawarkan bertih jagung percuma tanpa had kepada pelanggangnya yang membeli tiket wayang. Memetik laporan Must Share News, tawaran mirip seperti tindakan yang pernah dibuat oleh sebuah pawagam di Vietnam sebelum ini […]
Berita
N. Sembilan Rekod 8,748 Kes Usik Meter TNB, Rugi Lebih RM93 Juta
SEREMBAN, 30 Nov (Bernama) — Negeri Sembilan merekodkan 8,748 kes usikan pemasangan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) membabitkan kerugian lebih RM93 juta sejak 2018 hingga Okt 2022, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu. Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong berkata daripada jumlah itu, Seremban mencatatkan kes tertinggi iaitu 5,986 kes […]
Berita
Bantuan Khas Kewangan RM1,500 Untuk Penjawat Awam Kelantan
KOTA BHARU, 30 Nov (Bernama) — Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam di negeri itu. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bantuan itu akan diberi Januari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka. “Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM13 juta […]