Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
pengurangan peruntukan belanjawan
Kredit: BERNAMA

Pengurangan Peruntukan Belanjawan 2023 Tidak Akan Bebankan Program Pembangunan – PM

Nurhanis

Pengurangan Peruntukan Belanjawan 2023 Tidak Akan Bebankan Program Pembangunan – PM

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan jumlah peruntukan Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada 24 Feb ini ‘dikurangkan’ namun ia tidak akan membebankan program pembangunan negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beberapa strategi belanjawan dan angka awal untuk Belanjawan 2023 telah dibentang kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Saya bentangkan strategi belanjawan dan angka awal kerana negara tidak boleh bertahan dengan defisit tinggi.

“Sejauh mana mampu kita kurangkan dan pengurangan yang tidak bebankan program pembangunan kita,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 Feb ini dan Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb.

BACA: Sidang Pembentangan Belanjawan Ghana ‘Pecah’, Ahli Parlimen Sindir Naib Presiden Guna Maguire

Sementara itu, beliau berkata negara perlu melakukan perubahan dari aspek teknologi dan digital bagi memastikan pekerja tempatan mendapat peluang pekerjaan.

Mengambil contoh mekanisme yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad, Anwar berkata tiada sebarang masalah timbul bagi pengambilan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang.

Menyentuh isu pekerja asing, beliau mahu pemantauan dilaksana oleh Kementerian Dalam Negeri supaya pendaftaran golongan itu dapat dilakukan tanpa menggunakan ejen yang akan melibatkan kos tinggi.

“Contohnya bagi Nepal, kos hanya RM3,700 tetapi Bangladesh dan Indonesia masing-masing melibatkan kos antara RM20,000 hingga RM25,000,” katanya.

Perdana Menteri berkata perhatian akan diberikan kepada perkara itu dan kenaikan upah tidak menjadi masalah namun kenaikan bayaran untuk ejen merupakan satu perhambaan moden.

Ditanya mengenai calon pengganti Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun yang bakal tamat tempoh perkhidmatan pada Mac ini, Anwar berkata perkara itu masih belum dibincangkan.

Media sebelum ini melaporkan tiga nama hakim telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menggantikan Idrus, yang dilantik secara kontrak selama setahun bermula 6 Mac 2020.

Sumber: BERNAMA

BACA: PM Anwar Bertemu Pengurusan Tertinggi Perbendaharaan, Bincang Belanjawan 2023