Berita

Ajaib, Lelaki Tertusuk Bar Keluli Beberapa Inci Dari Otak Dilapor Selamat
Seorang pekerja binaan secara ajaib terselamat selepas mukanya tertusuk keluli bar yang terhenti beberapa inci dari otaknya semasa terjatuh di tapak pembinaan di Giresun, timur laut Turkiye, lapor Daily Star. Lelaki yang berusia 39 tahun itu, diibarat seperti diberi peluang untuk hidup berikutan pengalaman pahit yang mengerikan didedah pada imej X-ray. Di mana besi itu menembusi […]

Selamatkan Adik Dalam Kebakaran, Muhammad Danish Rayqal Dianugerah Pingat Hang Tuah
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah. Anugerah itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun […]

Undi Percaya PM Anwar Wajar, Muktamadkan Keabsahan – Amiruddin
BANGI, 27 Nov (Bernama) — Pembentangan usul undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Parlimen ke-15, 19 Dis ini, adalah wajar bagi memastikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakkan daripada pertikaian berterusan pihak tertentu seperti yang pernah dihadapi di dalam pentadbiran […]

Kepimpinan Anwar Tepat Pada Masanya – Wartawan Veteran Thailand
BANGKOK, 27 Nov (Bernama) — Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik tepat pada masanya kerana negara memerlukan pemimpin yang intelek dan berwibawa, kata wartawan veteran Thailand yang mengulas mengenai hal ehwal serantau. Kavi Chongkittavorn berkata bermula sekarang Malaysia bakal dilihat dan diperkatakan secara lebih positif. “Tetapi laluan berliku berada di hadapan Anwar…Buat kali pertama, […]

Mangsa Sempat Minta Tolong, Terkapai-Kapai Sebelum Lemas
SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) — Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan lemas di sungai berhampiran Pandamaran Jaya, Klang, tengah hari tadi. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.34 pagi daripada seorang individu yang memberitahu ternampak seorang lelaki terkapai-kapai meminta tolong sebelum tenggelam di sungai berkenaan. Beliau […]

Warga Asing Pasang, Biarkan Bendera Malaysia Terbalik Ditahan Polis
Gara-gara enggan membetulkan semula bendera Malaysia yang dipasang secara terbalik di luar kediamannya, seorang lelaki warga Banglasdesh di Klang ditahan polis. Tidak cukup dipasang secara terbalik, difahamkan suspek terbabit turut bertindak tidak mengendahkan nasihat penduduk yang memintanya untuk membetulkan semula posisi bendera berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, perkara itu dilaporkan […]

Pemangku Raja Pahang Perkenan Pembentukan Kerajaan Negeri Daripada BN & PH
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pembentukan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Pengelola Bijaya Diraja Dato’ Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata Pemangku Raja Pahang turut berkenan melantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar (MB) di negeri itu. “Majlis pengurniaan surat cara pelantikan […]

5 Maut Helikopter Terhempas Di Korea Selatan
SEOUL, 27 Nov (Bernama) — Lima maut selepas sebuah helikopter terhempas lalu terbakar di daerah Yangyang, wilayah Gangwon, Korea Selatan pada Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap. Pihak berkuasa bomba menemukan lima mayat selepas memadamkan api. Kejadian berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan. Helikopter yang disewa bersama oleh kerajaan tempatan Sokcho, Goseong dan Yangyang itu terhempas ketika […]

Seorang Terbunuh, Lima Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Atlanta
Seorang Terbunuh, Lima Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Atlanta ATLANTA – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di Market Street berhampiran stesen Atlantik di barat laut Atlanta pada malam Sabtu. Menurut laporan CNN, sekumpulan remaja telah dibawa keluar dari stesen Atlantik oleh pegawai polis Atlanta kira-kira jam 8 malam […]

BN Akan Sokong Usul Undi Percaya Agar Keabsahan PM Dimuktamad – Zahid
BN Akan Sokong Usul Undi Percaya Agar Keabsahan PM Dimuktamad – Zahid Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa parti itu akan menyokong undi percaya agar keabsahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuktamadkan selepas mendapat pelbagai pertikaian. Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook rasmi bahawa […]

Tiada Cuti Khas Pada Hari Pengundian Parlimen Padang Serai – MB Kedah
ALOR SETAR, 27 Nov (Bernama) — Kerajaan Kedah tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Padang Serai, 7 Dis ini. Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini kerana pilihan raya itu hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri ini. “Tak dapat dipertimbangkan sebab satu Parlimen […]

Anwar Hasrat Henti Amalan Lantikan Kabinet Sebagai Bentuk Ganjaran
PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) — Di samping mengecilkan saiz Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau juga akan menghentikan amalan melampau yang menjadikan pelantikan ke jawatan menteri sebagai satu bentuk ganjaran. “Saya mahu mereka (anggota Kabinet) menyokong saya berdasarkan dasar-dasar saya, dan komitmen saya terhadap tadbir urus yang baik, komitmen saya terhadap usaha […]

Tak Puas Hati Dasar “Lockdown”, Ratusan Orang Awam Di China Lakukan Protes Terhadap Kerajaan
Tak Puas Hati Dasar “Lockdown”, Ratusan Orang Awam Di China Lakukan Protes Terhadap Kerajaan XINJIANG — Ratusan orang awam termasuk sekitar 100 pelajar melakukan protes terhadap dasar lockdown COVID-19 yang dilakukan oleh pemimpin negara itu, Xi Jinping. Ia juga susulan daripada insiden yang mencetuskan kebakaran di sebuah pangsapuri di Urumqi, China, lapor BBC News. Difahamkan, kumpulan […]

Virus Purba Berusia 48,500 Tahun Dilapor Dihidupkan Semula
Virus Purba Berusia 48,500 Tahun Dilapor Dihidupkan Semula Virus purba yang telah membeku di permafrost (tanah yang kekal beku walaupun semasa musim panas) Siberia selama 48,500 tahun dilapor telah dihidupkan semula di Rusia. Memetik laporan Daily Mail, para saintis menyatakan bahawa ia merupakan antara tujuh jenis virus dalam permafrost yang telah dihidupkan semula selepas beribu-ribu tahun. […]

Kenyataan Media BN Cadang Lantik Lima Ahli Parlimennya Sebagai Menteri Adalah Palsu
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Satu kenyataan media yang tular di media sosial berhubung cadangan supaya lima ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai menteri dalam kerajaan perpaduan, disahkan palsu. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat penafian barhubung kenyataan media itu menerusi facebook rasminya, turut berkongsi pautan daripada ‘page‘ Barisan Nasional mengenai […]

Helikopter Terhempas Di Korea Selatan, Dua Dikhuatiri Maut
SEOUL, 27 Nov (Bernama) — Sebuah helikopter terhempas berhampiran kuil Buddha di daerah Yangyang di wilayah Gangwon, Korea Selatan, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap. Dua dikhuatiri maut dalam nahas yang berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan (01:50 GMT) pada Ahad, memetik pegawai bomba. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Sumber: Bernama

PM Beri Dua Minggu Untuk Kementerian Cerakin Seluruh Implikasi Subsidi
PM Beri Dua Minggu Untuk Kementerian Cerakin Seluruh Implikasi Subsidi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media sebentar tadi berkata subsidi kerajaan perlu lebih diperincikan dalam membendung isu kos sara hidup dalam negara. Tambah Anwar, beliau memberikan tempoh dua minggu bagi kementerian berkaitan untuk cerakinkan, menilai implikasi dan membuat perbincangan dengan sektor […]

Menteri Luar Belarus Meninggal Dunia Pada Usia 64 Tahun
MINSK, 27 Nov (Bernama) — Menteri Luar Belarus Vladimir Makei meninggal dunia pada usia 64 tahun, umum Kementerian Luar pada Sabtu, lapor Xinhua. Jurucakap Anatoly Glaz mengumumkan perkara itu tanpa memberikan butiran lanjut. Makei memegang jawatan menteri luar sejak 2012. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai pembantu kepada Presiden Alexander Lukashenko dan ketua kakitangan presiden. Lukashenko mengucapkan takziah […]

Kelantan Peruntuk RM141.2 Juta Ganti Paip Di Empat Jajahan
KOTA BHARU, 27 Nov (Bernama) — Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM141.2 juta bagi kerja penggantian paip lama sepanjang 226 kilometer (km) di empat jajahan sejak 2019 yang dijangka siap pada 2024. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor berkata penggantian paip itu membabitkan jajahan Tanah Merah, Kuala Krai, Kota Bharu dan Machang. […]

Dipercayai Rempuh Belakang Lori Tunda, Penunggang Motosikal Dilapor Maut
Dipercayai Rempuh Belakang Lori Tunda, Penunggang Motosikal Dilapor Maut Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori tunda (Tow Truck) dalam satu kejadian di kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur menuju ke Karak sekitar jam 4.50 petang semalam di Bentong, Pahang. Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan berkata […]