Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beri Peluang Nurul Izzah Buktikan Kemampuan – Ahmad Faizal

Nurhanis
ahmad faizal minta semua pihak beri izzah peluang
Kredit: BERNAMA

Beri Peluang Nurul Izzah Buktikan Kemampuan – Ahmad Faizal

IPOH, 5 Feb (Bernama) — Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta semua pihak berlapang dada dan memberi peluang kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar membuktikan kemampuannya dalam memikul tanggungjawab sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata meskipun tanggungjawab itu bukan satu tugas mudah, pengalaman yang ada pada Nurul Izzah mampu memberi nilai tambah dalam menyumbang kepada penyelesaian pelbagai masalah membabitkan rakyat.

“Selain lantikan (Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan) yang dibuat oleh Perdana Menteri, Nurul Izzah juga mempunyai dua ijazah dan pernah menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Tentunya saya fikir kita boleh meletakkan keyakinan kepada beliau (Nurul Izzah) untuk menyelesaikan segala masalah membabitkan hal ekonomi, kewangan, kos sara hidup yang melingkari rakyat buat masa ini,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Kenduri Kesyukuran Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tambun di Dewan Orang Ramai Sungai Tapah, di sini hari ini.

Pada 29 Jan lepas, Nurul Izzah mendedahkan beliau telah dilantik menyandang jawatan berkenaan berkuat kuasa 3 Jan dan matlamat utamanya adalah untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat selain isu kemiskinan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) di negara ini.

BACA: “The Little Boot Is Gone”, Nurul Izzah Kongsi Berita Duka, Keguguran Anak Keempat

Pelantikan Nurul Izzah dibuat berdasarkan kelayakannya

Sebelum ini, pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan kelayakannya.

Nurul Izzah mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, beliau berkata Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun atas pelantikannya itu.

Terdahulu, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Jan lalu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Nurul Izzah Layak Dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan – PM Anwar