Berita

Mesyuarat Khas MKT UMNO Bincang Tawaran PH, PN, Bukan Gesaan Ahmad Zahid Hamidi Letak Jawatan
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini akan meneliti tawaran dan syarat yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekiranya sokongan diberikan kepada mereka untuk membentuk kerajaan. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada media, sebelum menghadiri […]

Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Gegar Turki, Mangsa Cedera Dilapor Meningkat
Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Gegar Turki, Mangsa Cedera Dilapor Meningkat Susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah Duzce di barat laut Turki, angka mangsa yang dilaporkan cedera meningkat kepada 50 orang, lapor BBC. Menurut AFAD, seramai 37 orang cedera di daerah Duzce manakala sembilan lagi mangsa cedera di wilayah Istanbul, Sakarya, Bolu dan Zonguldak. Dalam […]

Beri Kepercayaan Kepada Agong Leraikan Segala Permasalahan – Bung Moktar
KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) — Semua pihak perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi meleraikan segala permasalahan yang dihadapi negara ketika ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata justeru, gabungan politik itu perlu kekal komited dengan keputusan menjadi pembangkang seperti yang diputuskan […]

Guardiola Sambung Kontrak Dua Tahun Lagi Bersama Manchester City
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dilaporkan menyambung kontraknya selama dua tahun lagi bersama kelab berkenaan, lapor The Athletic. Memetik Eurosport, kontrak pengurus berusia 51 itu akan tamat pada penghujung musim ini. Susulan kedua-dua belah pihak menunjukkan minat untuk terus kekal, Pep ditawarkan kontrak bersama kelab itu sehingga tahun 2025. “Saya tidak akan mengubah hidup saya […]

Pemimpin BN, PN Kunci Mulut Mengenai Pertemuan Pasca-PRU15
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Pertemuan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di ibu negara dipercayai berkaitan kebuntuan pembentukan kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir kira-kira dua jam. Antara pemimpin BN yang hadir ialah Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Perdana Menteri yang juga Naib […]

Bintang Rock & Pelakon Game of Thrones, Wilko Johnson Meninggal Dunia
Pelakon Game of Thrones dan ahli kumpulan Dr. Feelgood, Wilko Johnson dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat kanser buah pinggang, lapor Daily Mail. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulannya hari ini memaklumkan bahawa bintang rock itu meninggal dunia di rumahnya pada Isnin lalu. “Ini adalah pengumuman yang kami tidak mahu buat & […]

Cuak, Viral Rakaman Aneh Biri-biri Jalan Pusing Selama 12 Hari, Undang Pertanyaan Netizen
Cuak, Viral Rakaman Aneh Biri-biri Jalan Pusing Selama 12 Hari, Undang Pertanyaan Netizen Viral baru-baru ini satu rakaman yang menunjukkan aksi aneh sekumpulan biri-biri berjalan secara berpusing dalam satu bulatan, selama 12 hari, di Monggolia. Difahamkan, aksi aneh itu bermula sejak 4 November lepas. Aksi pelik itu berjaya dirakam menerusi kamera pengawasan yang menunjukkan kumpulan […]

Surat Sokong Anwar Jadi PM Bukan Keputusan Konsensus BN – MCA
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Surat mengenai Barisan Nasional (BN) memberi kepercayaan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 bukan keputusan yang dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam. Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dalam kenyataan hari ini berkata sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan […]

Ramalan Cuaca Signifikan 24 – 30 Nov, Penumpuan Angin Dijangka Berlaku Di Semenanjung – MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui satu hantaran di facebooknya sebentar tadi memaklumkan berkenaan ramalan cuaca signifikan di Malaysia bagi tempoh 24 hingga 30 November ini. Melalui hantaran tersebut, MetMalaysia berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia sehingga 24 November ini. Fenomena ini memiliki potensi untuk menyebabkan pembentukan garis badai yang […]

Agong Titah GPS Pertimbang Penubuhan Kerajaan Perpaduan
KUCHING, 23 Nov (Bernama) — Gabungan Parti Sarawak (GPS) dinasihatkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut politik negara yang berlaku sekarang. Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengetuai wakil GPS untuk menghadap Al-Sultan Abdullah pagi tadi […]

Pemimpin BN, PN Adakan Pertemuan Di Ibu Negara?
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — “Tidak tahu lagi” itu reaksi ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diajukan tujuan kehadirannya di sebuah hotel di sini hari ini. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tiba di hotel berkenaan sebelum 3 petang, dipercayai ada kaitan pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). […]

Kerajaan Minoriti Jalan Terbaik Rungkai Kemelut Parlimen Tergantung – Pemerhati
Kerajaan Minoriti Jalan Terbaik Rungkai Kemelut Parlimen Tergantung – Pemerhati KUALA LUMPUR (Bernama) — Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 Nov lepas mencatatkan pelbagai sejarah dalam pilihan raya negara ini termasuk pertama kali menyaksikan Parlimen tergantung atau hung Parliament. Ia berpunca daripada kegagalan parti-parti bertanding memperoleh majoriti mudah dan keengganan membentuk kerjasama sesama sendiri bagi menubuhkan kerajaan […]

RAM Ratings Unjur Pertumbuhan KDNK Malaysia Perlahan, Namun Kekal Baik 4.3 Peratus Pada 2023
RAM Ratings Unjur Pertumbuhan KDNK Malaysia Perlahan, Namun Kekal Baik 4.3 Peratus Pada 2023 KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal baik pada 2023 walaupun unjuran pertumbuhan yang perlahan sebanyak 4.3 peratus berbanding unjuran pertumbuhan sebanyak 8.2 peratus pada 2022. Pada webinar […]

Wakil Rakyat PH Tandatangan SD Sokong Wan Rosdy Sebagai MB Pahang
KUANTAN, 23 Nov (Bernama) — Lapan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar. Perkara itu disahkan Sim Chon Siang, yang memenangi DUN Teruntum. Beliau […]

Polis Terima 33 Laporan Nama, Kad Pengenalan Diguna Individu Lain
GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) — Polis menerima 33 laporan di negeri ini berhubung nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata daripada jumlah itu, pihaknya membuka 28 kertas siasatan namun tiada sebarang tangkapan setakat ini. […]

Kembar Lahir Daripada Embrio Beku Sejak 30 Tahun Lalu
Sepasang anak kembar di Amerika Syarikat (US) selamat dilahirkan daripada embrio yang telah dibekukan sejak 30 tahun lalu baru-baru ini, memetik laporan CNN. Menurut Pusat Derma Embrio Kebangsaan US, pasangan kembar Lydia dan Timothy Ridgeway yang merupakan zuriat kepada pasangan Rachel dan Philip Ridgeway adalah embrio yang paling lama yang menghasilkan kelahiran. Walaupun Pusat Kawalan […]

PRU15: Dr Mahathir Mahu Parti Bentuk Kerajaan Pulih Masalah Negara
PRU15: DR MAHATHIR MAHU PARTI BENTUK KERAJAAN PULIH MASALAH NEGARA KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Selepas berdiam diri sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas, Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil mengeluarkan kenyataan mahu pihak yang menang mendirikan kerajaan Persekutuan dan memulihkan segala masalah dihadapi negara. Mengakui sedih dengan kekalahan partinya di kesemua […]

WHO Namakan Semula Monkeypox Sebagai ‘MPOX’
WHO namakan semula Monkeypox sebagai ‘MPOX’ Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merancang untuk menamakan semula wabak monkeypox sebagai “MPOX”, lapor Politico. Keputusan itu dibuat berikutan perjanjian awal WHO pada musim panas lalu untuk mempertimbangkan cadangan nama baharu bagi monkeypox. Selain itu, ia juga merupakan sebagai tindak balas kepada tekanan yang semakin meningkat daripada pegawai kanan Biden, […]

Yayasan AmanahRaya Peruntuk Lebih RM100 Ribu Taja Pelajar Cemerlang Universiti Sains Islam Malaysia Menerusi Dermasiswa
Kuala Lumpur, 23 November 2022 – Yayasan AmanahRaya (YAR) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi program Dermasiswa hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan menaja sebanyak lebih RM100,000.00 bagi pembiayaan kos pengajian kepada tiga orang pelajar cemerlang akademik daripada kursus Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan), Fakulti Ekonomi Dan Muamalat. Penajaan ini merangkumi […]

“Pergi Tengok Wayang” – Anwar
“Pergi tengok wayang” – ANWAR KAJANG, 23 Nov (Bernama) — “Pergi tengok wayang”, itu reaksi berseloroh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diajukan soalan destinasi yang ditujunya selepas keluar dari rumahnya di Sungai Long di sini hari ini. Kenderaan yang membawa Presiden PKR itu kemudian meninggalkan kediamannya pada kira-kira 11.22 pagi. Isteri Anwar iaitu Pengerusi […]