Berita

FSG Dipercayai Buka “Offer” Nak Jual Liverpool FC
FSG Dipercayai Buka “Offer” Nak Jual Liverpool FC Fenway Sport Group dipercayai membuka penjualan penuh pasukan Liverpool FC ketika ia sedang rancak menarik pelaburan baharu untuk kelab tersebut. Menurut laporan Echo, pemilik syarikat berasal dari Amerika itu telah menjadi pengurus Anfield sejak Oktober 2010 lalu, namun kini mereka giat mencari pihak yang berminat dengan kelab […]

Program Pendigitalan Sektor Peruncitan, Food Bank, Sara Hidup, eBaucar PJM & Program Usahawan Muda Rancakkan Ekonomi Setempat
SONG, 8 November 2022 – Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini telah menyempurnakan Program Pendayaupayaan Pengguna melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), Food Bank, Sara Hidup, eVoucher PJM dan Program Usahawan Muda (PUM) di Song dan Kapit pada 8 dan 9 November 2022. Program […]

Polis Tahan Dua Lelaki Samun Kedai Serbaneka Di Petaling Jaya
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menyamun secara berkumpulan sebuah kedai serbaneka di Taman Maju Jaya, Petaling Jaya, di sini, menggunakan tukul besi, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.28 pagi. Beliau berkata dalam […]

PRU15: Lebih 200 Bendera PH Dicabut, Dibuang Ke Parit
KLUANG, 8 Nov (Bernama) — Lebih 200 bendera Pakatan Harapan (PH) yang dipasang di sepanjang laluan Kampung Parit Kuari dekat Ayer Hitam di sini dicabut dan dibuang ke dalam parit, dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Calon PH bagi Parlimen Ayer Hitam Sheikh Umar Bagharib Ali menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata para petugas yang […]

Kes Positif COVID-19 Meningkat, KKM Seru Orang Ramai Mula Pakai Pelitup Muka Di Tempat Sesak
Kes Positif COVID-19 Meningkat, KKM Seru Orang Ramai Mula Pakai Pelitup Muka Di Tempat Sesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang awam supaya memakai pelitup muka di tempat yang sesak dan ramai orang ekoran peningkatan kes positif COVID-19 sejak kebelakangan ini. Menerusi ciapan yang dimuat naik di akaun rasmi KKM, bilangan kes kemasukan ke wad […]

Lelaki Ditemui Maut, Dihempap Pokok Yang Ditebangnya
Lelaki Ditemui Maut, Dihempap Pokok Yang Ditebangnya Seorang anggota paramedik berusia 57 tahun ditemui meninggal dunia selepas dihempap pokok yang ditebangnya dengan menggunakan gergaji rantai, lapor Daily Mail. Robin Parry Jones, dikatakan sedang menebang sebuah pokok besar di Criccieth, Wales Utara menggunakan gergaji rantai yang sedang diuji pada hari cutinya. Memetik Daily Mail, siasatan mendapati […]

Kilang Terpaksa Ditutup, Apple Umum Penghantaran iPhone Ke Seluruh Dunia Dijangka Mengalami Kelewatan
Kilang Terpaksa Ditutup, Apple Umum Penghantaran iPhone Ke Seluruh Dunia Dijangka Mengalami Kelewatan Syarikat pembuatan teknologi terkemuka, Apple Inc memaklumkan kepada pembeli bahawa penghantaran produknya dijangka mengalami kelewatan ekoran perintah berkurung yang dilaksanakan di China. Menurut BBC, perintah berkurung yang dilaksanakan itu memaksa pengoperasian kilang iPhone terbesar di dunia yang berada di China ditutup. Syarikat […]

Populasi Penduduk Bumi Bakal Cecah 8 Bilion Pada Minggu Depan
Populasi Penduduk Bumi Dijangka Bakal Cecah 8 Bilion Minggu Depan Populasi penduduk dunia dijangka mencecah lapan bilion pada minggu depan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Berdasarkan laporan Daily Mail, Divisyen Populasi Penduduk PBB berkata bahawa populasi penduduk bumi akan terus bertambah dalam dekad yang akan datang. Jangka hayat juga dijangka meningkat kepada purata 77.2 tahun menjelang […]

Lazada Bawakan Kemeriahan Shoppertainment Dengan Jualan Sehari Terbesar 11.11 Khas Untuk Pelanggan Di Malaysia
Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada kini kembali dengan Harga Dijamin Terbaik dan tawaran Mesti Beli Deals untuk beraneka produk serta ciri yang digemari seperti Lazada Bonus, Penghantaran Percuma dan Pulangan Tunai LazCoins Minat boleh menjadi realiti dengan idea dan aktiviti penuh inspirasi menerusi strim secara langsung LazLive+: Ignite Your Passion Boom Festival Hadiah menarik bernilai […]

Pengguna Kereta Api Di Wuhan Nekad Bungkus Diri Semata Nak Makan Pisang, Elak Langgar “SOP”
Pengguna Kereta Api Di Wuhan Nekad Bungkus Diri Semata Nak Makan Pisang, Elak Langgar “SOP” Seorang pengguna kereta api bawah tanah di Wuhan, China nekad ‘membungkus’ dirinya menggunakan beg plastik besar hanya untuk memakan pisang sebagai usaha untuk patuh kepada peraturan Covid di negara itu, lapor Daily Mail. Wanita itu dilihat sedang memakan buah pisang […]

Persidangan Antarabangsa @ COCOTECH 2022 Perkukuh Industri Kelapa
KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2022 : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan kerjasama International Coconut Community (ICC) akan menganjurkan 50th International Cocotech Conference and Exhibition 2022 (COCOTECH 2022) bermula dari 7 hingga 11 November 2022 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Malaysia telah diberi mandat menjadi tuan rumah bagi persidangan kali […]

Umpama Kryptonite, Batu Zamrud Terbesar Di Dunia Ditemui Di Zambia
Umpama Kryptonite, Batu Zamrud Terbesar Di Dunia Ditemui Di Zambia Baru-baru ini, Guinness World Records melaporkan bahawa batu permata zamrud terbesar di dunia seberat 7,525 karat atau 1.505 kilogram telah ditemui di Zambia. Permata itu telah ditemui di lombong Kagem yang terletak di Wilayah Copperbelt, Zambia oleh dua orang ahli geologi iaitu Manas Banerjee dan […]

Jangan Mudah Tertipu, Pastikan Tayar Anda Ada Tanda Ini Sebelum Beli
Jangan Mudah Tertipu, Pastikan Tayar Anda Ada Tanda Ini Sebelum Beli Saban tahun kita pasti akan mendengar kes pelanggan ditipu kedai-kedai tayar yang tak bertanggungjawab menjual kepada pelanggan tayar ‘celup’ dengan harga tayar baru, tayar tiruan berjenama dan macam-macam lagi. Tayar menjadi komponen penting bagi sesebuah kenderaan kerana keadaan tayar menjamin pemanduan yang selamat. Oleh […]

Polis Buru Dua Lelaki Disyaki Samun Klinik Pergigian
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Polis memburu dua lelaki kerana disyaki terlibat menyamun sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, Bangi, dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima satu laporan mengenai kejadian selain satu video tular berkaitan klinik berkenaan yang memaparkan dua lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang telah masuk dan merompak kakitangan […]

Liga Europa: MU Bakal Menentang Barcelona Di Pusingan “Playoff”
Liga Europa: MU Bakal Menentang Barcelona Di Pusingan “Playoff” Dalam undian yang berlangsung hari ini, kelab dari Liga Perdana Inggeris, Manchester United bakal menentang gergasi dari Sepanyol, Barcelona dalam aksi pusingan kalah mati (playoff) Liga Europa. Memetik AFP, selepas gagal menempatkan diri ke 16 pasukan terbaik di Liga Juara-Juara, Barca bakal turun menentang The Red […]

Tundukkan Jepun 4-2, Pasukan Hoki Malaysia Mara Ke Final Piala Sultan Azlan Shah
Pasukan Hoki Malaysia sah akan berentap di final Piala Sultan Azlan Shah 2022 selepas menewaskan Jepun 4-2 dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi. Menerusi perlawanan tersebut, dua gol telah disumbangkan oleh Razie Rahim, diikuti dengan satu gol daripada Nik Aiman dan satu gol daripada Norsyafiq Sumantri. Kelebihan pukulan sudut penalti berjaya disempurnakan oleh Razie Rahim […]

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya Alami Masalah Sistem Pemanduan Automatik
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya Alami Masalah Sistem Pemanduan Automatik KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen LRT KLCC. Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel dalam kenyataan malam ini memaklumkan masalah […]

Gerhana Bulan Penuh: JAWI Saran Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Adakan Solat Sunat & Khutbah Gerhana Esok
Gerhana Bulan Penuh: JAWI Saran Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Adakan Solat Sunat & Khutbah Gerhana Esok Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru agar masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan solat sunat dan khutbah gerhana bersempena Gerhana Bulan Penuh esok. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di […]

PRU15: CUEPACS Cadang Cuti Umum Khas 18 Nov Mudahkan Rakyat Balik Mengundi
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov. Presidennya Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih […]

VAR Mungkin Diguna Dalam Piala FA, Piala Malaysia Musim Depan – FAM
PETALING JAYA, 7 Nov (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah saingan Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan. Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan untuk merealisasikan hasrat tersebut yang […]