Berita

Penumpang Kereta Maut Dalam Nahas Libatkan Lori Dan Treler
Penumpang Kereta Maut Dalam Nahas Libatkan Lori Dan Treler Satu kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 246.7 Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1), Kuantan-Jabor dekat Gebeng telah meragut nyawa seorang penumpang yang menaiki kenderaan MPV jenis Perodua Alza, lapor Sinar Harian. Kemalangan itu dikatakan telah berlaku pada 4.07 petang tadi, di mana seorang lelaki […]

Bangunan Tempatkan Kubur Runtuh, Puluhan Keranda Tergantung Di Udara
Bangunan Tempatkan Kubur Runtuh, Puluhan Keranda Tergantung Di Udara Sebuah bangunan kolumbarium di Naples, Itali dilapor telah runtuh. Menurut Wion, kejadian itu menyebabkan beberapa keranda tergantung di udara. Kolumbarium merupakan salah satu binaan untuk menyimpan mayat di dalam keranda atau abu mayat. Insiden tersebut berlaku di sebuah bangunan kolumbarium setinggi empat tingkat yang dipanggil sebagai […]

Selepas 45 Hari Berkhidmat, Perdana Menteri UK Umum Letak Jawatan
Selepas 45 Hari Berkhidmat, Perdana Menteri UK Umum Letak Jawatan Perdana Menteri UK, Liz Truss telah mengumumkan perletakan jawatannya selepas mendapat tentangan daripada kepimpinan Tory yang akan dimuktamadkan dalam minggu hadapan, lapor The Telegraph. Menurut Mothership, beliau mengumumkan perletakan jawatannya itu selepas hanya 45 hari memegang jawatan tersebut. Jelasnya, beliau menyedari bahawa dirinya tidak dapat […]

Umur Bukan Penghalang, Lelaki Tak Kisah Kahwini Guru Sendiri Walau Jarak Usia 20 Tahun
Umur Bukan Penghalang, Lelaki Tak Kisah Kahwini Guru Sendiri Walau Jarak Usia 20 Tahun Tular di media sosial Indonesia berkenaan seorang lelaki berusia 24 tahun yang selamat melangsungkan perkahwinannya bersama wanita yang jauh lebih berusia, lapor Detik.com. Wanita yang dikahwininya itu dilaporkan berusia 44 tahun dan mereka dikatakan mempunyai perbezaan jarak umur sebanyak 20 tahun. […]

Remaja 18 Tahun Dapat Gelaran al-Hafiz, Berjaya Baca Seluruh Al-Quran Tanpa Silap Selama 7 Jam
Seorang remaja 18 tahun di Gambia, Afrika diberi gelaran al-Hafiz disebabkan berjaya membaca keseluruhan ayat suci al-Quran tanpa sebarang kesilapan. Huffaz In The Gambia menerusi laman Facebook menyatakan Alhusainey Kabba yang berusia 18 tahun ini membaca al-Quran selama tujuh jam empat minit, bermula 8.12 pagi hingga 2.52 petang tanpa melakukan sebarang kesilapan. Remaja itu hanya […]

Kita Tak Pakai Nama Dia Pun – Ameer Mydin
Kita Tak Pakai Nama Dia Pun – Ameer Mydin Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin hari ini mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice susulan tindakannya yang mahu menyaman pasar raya terbabit, lapor Sinar Harian. Menurut Dr Ameer Ali Mydin, pasar raya Mydin tidak pernah menyebut atau menggunakan […]

Remaja Dibaling Pisau: Balingan Terkena Ateri Leher Hingga Pendarahan Jadi Punca Kematian – Polis
Remaja Dibaling Pisau: Balingan Terkena Ateri Leher Hingga Pendarahan Jadi Punca Kematian – Polis Kecederaan di leher merupakan punca kematian remaja lelaki berusia 16 tahun setelah sebilah pisau dibaling kakaknya dalam kejadian di Johor Bahru pada semalam, lapor Sinar Harian. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin yang menyatakan […]

Penumpang Pesawat United Airlines Cemas, Temui Ular ‘Tumpang’ Naik “Business Class”
Penumpang Pesawat United Airlines Cemas, Temui Ular ‘Tumpang’ Naik “Business Class” Kemunculan seekor ular di dalam pesawat United Airlines telah menyebabkan kekecohan dalam kalangan penumpang ‘business class’ sewaktu penerbangan dari Florida ke New Jersey, lapor The Guardian. Menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, reptilia yang dikenal pasti sebagai ular garter yang dikatakan tidak […]

Kerana Terlalu Sanjung, Penduduk Kampung Daftar Tanah 32 Ekar Atas Nama Monyet
Gara-gara terlalu sanjung, penduduk kampung Upla di Maharashtra, India mendaftarkan sebidang tanah seluas 32 ekar atas nama monyet untuk ‘dimiliki’ oleh kawanan haiwan primat itu, lapor Oddity Central. Ketua penduduknya, Bappa Padwal berkata, perkara itu diakui pihaknya dan seramai kira-kira 1,600 orang penduduk ‘hidup’ bersama dengan haiwan tersebut. “Walaupun dokumen (hartanah) dengan jelas menyatakan bahawa […]

Berang Kena Minta Cerai, Lelaki Tergamak Tendang Paha & Pinggang Isteri Hingga Cedera
Berang Kena Minta Cerai, Lelaki Tergamak Tendang Paha & Pinggang Isteri Hingga Cedera Seorang lelaki tergamak menendang isterinya sendiri gara-gara berang selepas mangsa mengajaknya ke mahkamah syariah bagi memfailkan perceraian, lapor Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita yang merupakan seorang guru tadika berusia 30 tahun itu telah […]

Penghuni Penjara Tidak Boleh Keluar Kenyataan Berkaitan Kempen PRU15
Penghuni penjara tidak boleh keluar kenyataan berkaitan kempen PRU15 MELAKA, 20 Okt (Bernama) — Mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim. Beliau berkata larangan itu turut termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib […]

Dipercayai Beli Cincin Emas Guna Kad Kredit Yang Dijumpai, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara
Dipercayai Beli Cincin Emas Guna Kad Kredit Yang Dijumpai, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Singapura: Seorang pegawai yang bekerja di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura dilaporkan telah dijatuhi hukuman penjara selepas bersalah menggunakan kad kredit yang dijumpainya. Memetik laporan CNA, lelaki tersebut telah mengambil cuti separuh hari selepas menemui kad kredit tersebut dan menggunakannya bagi menambah […]

Terpijak Pedal Minyak, Suami Isteri Dilapor Maut Dilanggar Anak Sendiri
Terpijak Pedal Minyak, Suami Isteri Dilapor Maut Dilanggar Anak Sendiri Sepasang suami isteri dilapor maut selepas dilanggar oleh anak sendiri yang berusia 15 tahun di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia pada Isnin lalu. Menurut laman berita Kompas.com, kedua-dua mangsa menaiki motosikal jenis Honda Vario sebelum dilanggar oleh kereta jenis Toyota jenis Innova yang dipandu anak mereka. […]

DASH Catatkan Kemalangan Maut Pertama Libatkan Penghantar Makanan
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka pada Jumaat lepas, mencatat kemalangan maut pertama melibatkan seorang penghantar makanan apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya itu, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Fhakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang […]

Rakyat Malaysia Lebih Suka Menggunakan E-Dompet Untuk Memudahkan Transaksi Digital
KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2022 – Idea untuk menuju ke arah negara tanpa tunai mungkin kelihatan mustahil pada suatu ketika. Namun begitu, dengan penggunaan e-dompet yang makin meluas dalam kehidupan harian kita, perkara yang mustahil kini adalah melalui seharian tanpa menggunakannya. Mengikut kiraan terakhir pada tahun 2022, terdapat lebih 40 operator berlesen e-dompet yang sekali […]

Jadi Mangsa Penipuan Siber? Sila Lapor & Hubungi NSRC, Bantu Sekat Pengeluaran Wang Anda
Anda Kena Scam, Sila Laporkan Ke Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) Pihak kerajaan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menubuhkan National Scam Response Center (NSRC), iaitu pusat panggilan untuk menangani kes penipuan siber yang dilapor berlaku di negara ini. NSRC adalah usaha bersama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank […]

Rumah, Sekolah Rosak Dilanda Ribut Di Besut
JERTIH, 20 Okt (Bernama) – Penghuni lebih 60 rumah di tujuh kampung di sini, berhadapan detik cemas apabila kawasan mereka dilanda ribut sehingga merosakkan kediaman mereka petang semalam. Kampung terlibat dalam kejadian kira-kira 5 petang itu ialah Kampung Pusu Tinggi, Bukit Puteri, Dengir, Tok Has, Lay Out Tok Has, Gong Penaga dan Air Terjun, manakala […]

PRU 15 & PRK Bugaya Dijangka Telan Anggaran Kos RM 1.01 Bilion, Lagi Tinggi Berbanding PRU 14
Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Bugaya Sabah dijangka akan menelan anggaran kos kira-kira RM1.01 bilion, lapor Astro Awani. Perbelanjaan berkenaan dianggarkan meningkat sebanyak RM 400 juta berbanding PRU 14. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, sepanjang proses PRU 15 dan PRK DUN Bugaya, […]

Hanya Tiga Negeri Yang Bubar, Ini Jumlah Kerusi DUN & Parlimen Yang Akan Bertanding PRU 15 Nanti
Hanya Tiga Negeri Yang Bubar, Ini Jumlah Kerusi DUN & Parlimen Yang Akan Bertanding PRU 15 Nanti Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh telah mengumumkan jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk tiga buah negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak berikutan PRU 15. Keputusan tersebut diumumkan semasa sidang media […]

KPM Beri Cuti Tambahan Dua Hari Sempena Sambutan Deepavali, Ikut Kategori
KPM Beri Cuti Tambahan Dua Hari Sempena Sambutan Deepavali, Ikut Kategori Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperuntukkan cuti tambahan selama dua hari kepada sekolah-sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan iaitu Kategori A dan Kategori B. Cuti tambahan ini bersempena cuti perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 24 Oktober ini, Dalam Kalendar Akademik Tahun 2022/2023 yang dikeluarkan […]