Berita

Masih Ada Ruang Untuk Kerjasama UMNO, PAS – Annuar
KOTA BHARU, 14 Okt (Bernama) — Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata masih ada ruang untuk kerjasama politik antara parti itu dengan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau berkata pucuk pimpinan kedua-dua parti itu perlulah mengambil pendekatan yang bijaksana kerana pada peringkat bawahan pemuafakatan kedua-dua parti masih boleh diterima. “Saya nampak sebenarnya UMNO […]

Lelaki Ditahan Cederakan Adik
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Seorang lelaki ditahan kerana mencederakan adik perempuannya dalam satu kejadian di Taman Rakan, Kajang, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan hari ini berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira 1.30 pagi hari ini selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 24 tahun. Beliau berkata sebelum itu, […]

Remaja 19 Tahun Ditemui Lemas Selepas Mandi Di Air Terjun Serendah, Hulu Selangor
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Seorang remaja lelaki maut selepas berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas ketika mandi di Air Terjun Serendah dekat sini, hari ini. Mangsa, K. Rajeshwaran, 19, ditemukan anggota bomba dan penyelamat menggunakan kaedah selaman dasar pada 2.55 petang tadi selepas dipercayai tenggelam di dasar air terjun itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor […]

Patutnya Ada RM500 Ja, Sekali Check Hujung Bulan Dalam Akaun Ada RM25,000
Ada kata-kata yang menyebut bahawa ‘wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang’. Hati kita cepat tenang bila tengok dalam akaun bank, tertera jumlah baki yang melegakan. Tetapi bagaimana kalau satu hari, tiba-tiba anda mendapat notifikasi daripada bank yang memberitahu sejumlah besar wang didepositkan ke dalam akaun simpanan anda? Terkejut, sudah tentu. Tertanya-tanya pasti ada, entah […]

Dua Remaja Dilapor Hilang, Polis Mohon Bantuan Kesan Akilashini & Ain Roshariza
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang pada 2 dan 7 Okt lepas selepas keluar dari rumah masing-masing di Petaling Jaya dekat sini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata N. Akilashini dilaporkan hilang selepas keluar dari […]

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Hingga 7 Malam Ini – MET Malaysia
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini. MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di keseluruhan Negeri Sembilan dan Terengganu. Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir […]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Naik Taraf Sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Shah Alam – Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang telah dinaik taraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) bermula hari ini. Dengan naik taraf ini membuktikan UIS adalah sebuah institusi yang […]

Penduduk Gempar, Temui Buaya Bersaiz 10 Kaki Sesat Dalam Parit
Penduduk Gempar, Temui Buaya Bersaiz 10 Kaki Sesat Dalam Parit Seekor buaya jantan bersaiz 10 kaki yang ditemui di sebuah parit taman permainan telah menggemparkan para penduduk di Taman Serambi, Kuching, Sarawak pagi tadi. Memetik laporan Kosmo, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bernama Rahman Abg Deni berkata bahawa pihaknya […]

Jokowi Bimbang Keadaan Ekonomi Dunia, Dedah 28 Negara Sedang ‘Beratur’ Buat Pinjaman Dengan IMF
Jokowi Bimbang Keadaan Ekonomi Dunia, Dedah 28 Negara Sedang ‘Beratur’ Buat Pinjaman Dengan IMF Presiden Indonesia, Joko Widodo mendedahkan bahawa sebanyak 28 negara sudah mula ‘beratur’ untuk membuat pinjaman dana kewangan daripada International Monetary Fund (IMF), lapor Kompas.com. Menurut Jokowi, keadaan ini adalah kesan daripada keadaan ekonomi global yang semakin tidak menentu. “Pagi ini saya […]

Padah Cuba Potong Tapi Tak Lepas, Kereta Honda Terbabas “Parking” Atas Mercedes
Padah Cuba Potong Tapi Tak Lepas, Kereta Honda Terbabas “Parking” Atas Mercedes Sebuah kenderaan jenis Honda Civic dilaporkan tersangkut di atas sebuah kereta Mercedes dalam kejadian di Sydney, Australia. Memetik laporan SupercarBlondie, dalam video yang kini tular, Honda Civic tersebut dilihat tersangkut di atas kereta mewah itu di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah Video […]

PRU15 Tetap Diteruskan, Semua Negeri Berhak Bubar DUN Bila-Bila Masa – Ismail Sabri
PRU15 tetap diteruskan, semua negeri berhak bubar DUN bila-bila masa – Ismail Sabri JASIN, 14 Okt (Bernama) — Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata semua negeri berhak untuk membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila […]

Ekonomi Global “Semakin Hampir” Kepada Kemelesetan – Ketua Bank Dunia
Ekonomi Global “Semakin Hampir” Kepada Kemelesetan – Ketua Bank Dunia WASHINGTON, 14 Okt (Bernama) — Ekonomi global “semakin menjerumus” kepada kemelesetan apabila kadar inflasi kekal tinggi, kadar faedah meningkat dan beban hutang bagi negara-negara membangun semakin meningkat, kata Presiden Bank Dunia David Malpass pada Khamis. “Kami telah menurunkan unjuran pertumbuhan 2023 daripada tiga peratus kepada […]

DUN Perlis Bubar Hari Ini
DUN Perlis Bubar Hari Ini KANGAR, 14 Okt (Bernama) — Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perlis ke-14 berkuat kuasa hari ini. Azlan berkata pembubaran DUN itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 […]

DUN Pahang Bubar Hari Ini – MB
DUN Pahang Bubar Hari Ini – MB KUANTAN, 14 Okt (Bernama) — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 berkuat kuasa hari ini, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Wan Rosdy berkata beliau telah menghadap Pemangku Raja Pahang […]

“Khabar Angin Itu Benar,” Hasbulla Sahkan Dah “Sign” Kontrak & Akan Bertarung Di UFC
“Khabar Angin Itu Benar,” Hasbulla Sahkan Dah “Sign” Kontrak & Akan Bertarung Di UFC Selebriti sensasi internet, Hasbulla Magomedov dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama UFC serta mengesahkan akan turut bertarung bagi tujuan promosi, lapor Sport Bible. Remaja berusia 19 tahun yang menghidapi dwarfism dan berwajah seperti kanak-kanak itu merupakan antara individu yang popular di media […]

Seluar Jean Levi Dari 1880-An Dilelong Pada Harga US$87,400
Seluar Jean Levi dari 1880-an dilelong pada harga US$87,400 WASHINGTON, 14 Okt (Bernama) — Sepasang seluar jeans Levi dari 1880-an yang ditemui di dalam lombong terbiar dilelong pada harga US$87,400. Seluar jeans itu dijumpai di sebuah lombong terbiar di barat Amerika oleh ahli arkeologi denim Michael Harris dan dijual di Durango Vintage Festivus iaitu sambutan denim […]

Budak Empat Tahun Tersangkut Dalam Mesin Basuh Ketika Main Sorok-Sorok Berjaya Diselamatkan
Budak Empat Tahun Tersangkut Dalam Mesin Basuh Ketika Main Sorok-Sorok Berjaya Diselamatkan Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan terperangkap dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Bariang Cubadak, Sumatera Barat semasa bermain sorok-sorok, lapor Suara.com. Kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain sorok-sorok bersama adik beradiknya dan secara tiba-tiba dia tersangkut di dalam mesin basuh tersebut. […]

Lelaki Mabuk Nekad Jadikan Anak Sebagai Tebusan, Nak Suruh Isteri Pulang Ke Rumah Semula
Lelaki Mabuk Nekad Jadikan Anak Sebagai Tebusan, Nak Suruh Isteri Pulang Ke Rumah Semula Seorang lelaki mabuk dilaporkan nekad menjadikan bayinya yang berusia lapan bulan sebagai tebusan bagi mendapatkan isterinya semula, lapor The Thaiger. Dilaporkan bahawa isteri lelaki itu meninggalkannya buat seketika untuk tinggal di wilayah lain. Lelaki itu pada awalnya melawat ibu bapanya sebelum […]

Pembedahan Buang Tumor Sambil Ahli Muzik Bermain Seksofon
Pembedahan buang tumor sambil ahli muzik bermain Seksofon ROM, 13 Okt (Bernama) — Seorang pemain muzik Itali berusia 35 tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya sambil meniup seksofon, di sebuah klinik di Rom pada Khamis, lapor agensi berita Itali (ANSA) pada Khamis. Pembedahan di Paideia International Hospital itu diketuai pakar bedah otak, Christian Brogna, pakar dalam bidang pembedahan […]

Bakal Dilelong, Harga Bola Ikonik “Hand Of God” Diego Maradona Dianggar Cecah Hingga RM15 Juta
Bakal Dilelong, Harga Bola Ikonik “Hand Of God” Diego Maradona Dianggar Cecah Hingga RM15 Juta Bola yang digunakan legenda bola sepak Argentina, mendiang Diego Maradona untuk menjaringkan gol popularnya, ‘Hand of God‘ ketika menentang England pada Piala Dunia 1986 bakal dilelong bulan depan dengan anggaran harga RM13.28 juta hingga RM15.9 juta. Memetik The Guardian, bola […]