Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Elon Musk Akan Letak Jawatan CEO Twitter Selepas Temui Pengganti

Syed Faisal Sayed Muhammad
Elon Musk akan letak jawatan
Kredit BERNAMA

Elon Musk akan letak jawatan CEO Twitter selepas temui pengganti

WASHINGTON, 21 Dis (Bernama) — Elon Musk berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Twitter sebaik menemui pengganti untuk mengambil alih jawatan itu.

“Saya akan meletakkan jawatan sebagai CEO sebaik sahaja saya menemui seseorang yang “foolish enough” untuk mengambil alih tugas itu!.

“Selepas itu, saya hanya akan menerajui pasukan perisian & pelayan,” kata Musk di Twitter pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Pengumuman Musk dibuat berikutan hasil tinjauan dalam talian yang disiarkannya di Twitter, sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform media sosial itu. Beliau mengambil alih Twitter pada awal tahun lalu menerusi perjanjian berprofil tinggi bernilai AS$44 bilion.

“Saya akan mematuhi keputusan tinjauan pendapat ini,” katanya.

Tinjauan itu menerima lebih 17.5 juta undian di seluruh dunia dengan majoriti 57.5 peratus mahu beliau meletakkan jawatan berbanding hanya 42.5 peratus mengatakan tidak.

Sumber: BERNAMA