Berita

“Sayu..” Angelina Jolie Gambarkan Perasaan Sewaktu Bantu Mangsa Banjir Di Pakistan
Seorang bintang Hollywood, Angelina Jolie mengatakan dia merasa sangat sayu selepas mengunjungi kawasan yang terjejas akibat banjir besar di Pakistan, serta bertemu dengan mangsa-mangsa bencana tersebut. Jolie merupakan insan yang selalu menjadi sukarelawan serta merupakan duta bagi Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR)). Baru-baru ini, Jolie telah […]

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga 9 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang bakal melanda sehingga 9 malam ini. Antara negeri yang terlibat di Semenanjung sehingga 9.00 malam hari ini ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota […]

Air Mata Kegembiraan Sambutan Kepulangan Ejen Produk Kosmetik Yang Diculik
KOTA BHARU, 3 Okt (Bernama) — Ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, dekat sini pada 13 Sept, hari ini diserahkan polis kepada ahli keluarganya di Jalan Kelochor, Kelantan. Kepulangan Rosnazirah, 36, disambut dengan tangisan kegembiraan oleh kedua ibu bapa serta anggota keluarganya yang lain, termasuk anak perempuannya […]

Bayi 8 Bulan Cedera Digigit, Pengasuh Ditahan Polis
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Seorang pengasuh berusia 43 tahun ditahan Sabtu lepas kerana disyaki cuai sehingga menyebabkan seorang bayi jagaannya berusia lapan bulan cedera di muka dan telinga. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita itu ditahan di rumahnya di Taman Putra, Ampang di sini pada 11.45 malam selepas satu laporan polis dibuat oleh […]

Harga Minyak Masak 5kg Turun Kepada RM31.50 Mulai Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Harga minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) turun RM2 kepada RM31.50 berbanding RM33.50 bermula 8 Okt hingga 7 Nov ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang merekodkan penurunan. Selain itu, […]

Jangan Bimbang Amaran Cuaca Buruk Dari AS – Met Malaysia
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihati orang awam agar tidak terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan di laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (AS) kepada rakyat mereka di negara ini. Menurut MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan oleh kedutaan AS itu adalah susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula […]
PERKESO Bakal Beri Bantuan Bulanan Buat Isteri Penghantar Makanan Maut Dirempuh SUV
Keluarga Allahyarham Muhaimin Mohad Sain @ Mohd Said, 34, bakal menerima bantuan bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kata Ketua Cawangan Skuad Perkeso Prihatin, Ismail Abi Hashim. Ujarnya, pihak mereka mendapati mangsa telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sekaligus melayakkan keluarga Allahyarham menerima bantuan tersebut. Muhaimin merupakan salah seorang mangsa yang […]

Bajet 2023: Belia Mahu Teknologi 5G, Ekonomi GIG, Gaji Minimum Ditambah Baik
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Golongan belia mahu kerajaan mempertimbangkan perluasan infrastruktur jaringan telekomunikasi Generasi Kelima atau 5G, memperkembangkan sektor ekonomi gig dan peningkatan gaji minimum dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Okt ini. Presiden Kelab Belia Prihatin Luqman Hakim Md Zim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan penyediaan infrastruktur berkenaan secara menyeluruh terutamanya di […]

Pekerja Kilang Tidak Sedarkan Diri Dipercayai Terhidu Gas Ammonia
ALOR SETAR, 3 Okt (Bernama) — Seorang pekerja sebuah kilang di Batu 6, Jalan Kuala Kedah dekat sini ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah selepas dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan […]

Agong Perkenan 14 Akta Diluluskan Parlimen
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata akta lain ialah Akta Agensi […]

Lelaki Terkejut Disahkan Menghidap Kanser Selepas Tukang Gunting Gesa Periksa Tahi Lalat Pelik Pada Leher
Lelaki Terkejut Disahkan Menghidap Kanser Selepas Tukang Gunting Gesa Periksa Tahi Lalat Pelik Pada Leher Seorang lelaki terkejut selepas disahkan mengalami kanser selepas tukang rambut menggesanya supaya memeriksa tahi lalat di bahagian lehernya yang kelihatan agak ‘pelik’. Memetik Daily Mail, lelaki terbabit, 38, pada awalnya menyangka bahawa tahi lalat di lehernya merupakan perkara biasa selepas […]

Malaysia Perlu Ambil Iktibar Rusuhan Perlawanan Bola Sepak
IPOH, 3 Okt (Bernama) — Malaysia perlu mengambil iktibar tragedi berdarah yang mengorbankan lebih 150 orang dalam rusuhan selepas perlawanan bola sepak di Indonesia pada Sabtu lepas. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kejadian rusuhan hingga mengakibatkan kehilangan nyawa di negara jiran itu amat mendukacitakan. “Kita ucap takziah kepada kerajaan Indonesia dan […]

Lelaki ‘Berputih Mata’, McLaren P1 Baru Seminggu Dibeli Hanyut Dibadai Banjir Ketika Taufan Ian
Lelaki ‘Berputih Mata’, McLaren P1 Baru Seminggu Dibeli Hanyut Dibadai Banjir Ketika Taufan Ian Sebuah kereta sport mewah jenis McLaren P1 yang baru sahaja dibeli oleh seorang lelaki dari Florida seminggu lalu dihanyutkan banjir sewaktu Taufan Ian melanda di wilayah berkenaan. Memetik news18.com, pemililk kenderaan berkenaan memaklumkan bahawa dia meletakkan keretanya di luar garaj sewaktu […]

25 Maut, Bot Dinaiki Dalam Perjalanan Ke Kuil Terbalik
Seramai 25 individu dilapor terbunuh dan lebih sedozen hilang selepas sebuah bot dinaiki mereka dalam perjalanan ke kuil untuk meraikan perayaan Mahalaya terbalik dalam kejadian di Bangladesh baru-baru ini. Lapor Independent, Pentadbir Daerah Panchagarh Utara Jahurul Islam berkata 12 mayat wanita dan lapan kanak-kanak telah ditemui setakat ini. “Operasi menyelamat bagi mereka yang hilang sedang […]

Presiden FIFA Sedih Insiden Di Stadium Bola Sepak Di Indonesia
JAKARTA, 2 Okt (Bernama) — Presiden FIFA Gianni Infantino menyuarakan rasa sedihnya dengan tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, yang meragut 125 nyawa. Infantino turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terkorban dalam insiden tragis itu. “Hari ini…hari suram buat semua yang terlibat dalam arena bola sepak dan satu […]

Rusuhan Stadium: Angka Maut Meningkat 174, Jokowi Rasa Kesal
Insiden rusuhan di Stadium Kanjurahan, Malang malam tadi yang meragut hingga kira-kira 174 nyawa termasuk dua anggota polis mendatangkan rasa kesal kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo. Joko Widodo atau Jokowi dalam satu kenyataan berkata, beliau berharap kematian tragis itu adalah yang kali terakhir berlaku dan tidak berulang lagi pada masa akan datang. “Saya menyesal terjadinya […]

PRU15: UMNO Kembali Runding Dengan PAS Jika Parti Itu Penuhi Tiga Syarat – Zahid
ALOR GAJAH, 2 Okt (Bernama) — UMNO akan kembali ke meja rundingan dengan PAS berhubung kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika parti itu memenuhi tiga syarat ditetapkan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata tiga syarat berkenaan telah dikemukakan kepada PAS ketika beliau bertemu dengan Presiden parti itu Tan Sri Abdul Hadi […]

Kerajaan Perancis Nyatakan Komitmen Selesaikan Projek LCS – Hishamuddin
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa kerajaan Perancis berniat untuk meneruskan komitmen mereka dan menyelesaikan projek kapal tempur pesisir (LCS). Memetik Bernama, pembinaan LCS bakal disambung semula sebaik sahaja semua rundingan selesai pada penghujung Disember ini. Tambah lagi, projek LCS: Boustead Naval Shipyard telah selesai diadakan rundingan dengan 145 vendor tempatan […]

Melingkar Dalam Mesin Basuh Kedai Dobi, Ular Sawa Seberat 20kg Ditangkap
Melingkar Dalam Mesin Basuh Kedai Dobi, Ular Sawa Seberat 20kg Ditangkap JOHOR — Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin di sebuah kedai mencuci pakaian (dobi) di Impian Emas, Larkin semalam. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, anggota bomba dan penyelamat telah menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia […]

Bilangan Dipercayai Bertambah Setiap Hari, 16 Lubang Gergasi Ditemui Di Turki
Sebanyak 16 mendapan lubang gergasi ditemukan selepas beberapa bulan kemarau berlaku di Lembah Konya, Turki. Memetik Daily Mail, gambar yang diambil memaparkan beberapa lubang yang terbentuk di lembah berkenaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Pakar dari Universiti Teknikal Konya (KTUN), Fetullah Arık menjelaskan bahawa kini terdapat lebih 2,600 mendapan lubang di kawasan tersebut. […]