Berita

Berita
Wanita Hamil Lima Bulan Trauma Disamun Hampir RM30,000
PASIR PUTEH, 14 Sept (Bernama) — Seorang wanita mengandung lima bulan berdepan detik cemas apabila barangan kemas dan wang tunai miliknya yang keseluruhannya dianggar bernilai RM30,000 disamun oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampung Gong Mengkelih, di sini semalam. Siti Nur Rafeeqa Abdul Hamid, 29, berkata dia berada di dalam bilik tidur bersama anak lelakinya berusia lima tahun […]
Berita
Harga Petrol RON97 Turun Lima Sen, RON95 Dan Diesel Kekal
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Harga runcit petrol RON97 akan turun lima sen daripada RM4.20 kepada RM4.15 seliter manakala RON95 dan diesel tidak berubah bermula esok hingga 21 Sept ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, RON95 dan diesel masing-masing akan kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar […]
Selain Yasmin, Ada Tiga Penghuni Rumah Bonda Nampak Siti Bainun Dera Bella – Saksi
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa tiga penghuni rumah kebajikan itu nampak Siti Bainun Ahd Razali mendera remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium tahun lepas. Pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, 39, berkata mereka ialah “Eyna, Aida […]
Berita
Tular Rakaman Dipercayai Ejen Kosmetik Didakwa Dilarikan Tiga Lelaki
Seorang wanita dipercayai ejen produk kosmetik didakwa telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan pada Selasa, 13 September 2022. Menurut laporan Kosmo, mangsa yang berusia 36 tahun itu didakwa dilarikan oleh tiga individu lelaki yang tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vios semalam. […]
Kecantikan
Produk Kosmetik Murah, Tiada Kelulusan KKM Punca Remaja Alami Masalah Kulit
TUMPAT, 14 Sept (Bernama) — Faktor harga murah dan mudah diperoleh menyebabkan ramai golongan remaja perempuan termasuk pelajar sekolah menggunakan produk kosmetik tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga mengakibatkan kerosakan pada kulit dan struktur muka. Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar berkata […]
Guna ‘Apps’ & Papan Tanda Amaran Aligator Bantu Polis Jejaki Mangsa Rogol
Hasil menggunakan sejenis aplikasi keselamatan serta papan tanda amaran aligator, pihak polis berjaya menjejaki seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol dalam kejadian di Georgia, US baru-baru ini. Menurut jurucakap pihak berkuasa di Coweta County, Toby Nix, pada awalnya mangsa bertemu dengan suspek menerusi platform atas talian sebelum dipelawa dibawa ke rumah suspek di Pennsylvania, […]
Berita
KKM Kesan Produk Kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire Mengandungi Racun Berjadual 
KKM Kesan Produk Kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire Mengandungi Racun Berjadual Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire yang didapati mengandungi racun berjadual. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdul […]
Berita
Penyanyi Terkenal 80an, Aman Shah Meninggal Dunia
Sinonim dengan lagu ‘Kepulangan Yang Dinanti’, penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. Lapor Awani, Allahyarham Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 2 petang di IJN sebentar tadi. Seperti yang dilapor Awani, berita kematian itu […]
Berita
Hancur Harapan, Lelaki Terkedu Duit Tabung RM15k Untuk Pergi Haji Musnah Dimakan Anai-Anai
Hancur Harapan, Lelaki Terkedu Duit Tabung RM15k Untuk Pergi Haji Musnah Dimakan Anai-Anai Musnah harapan apabila wang yang dikumpul untuk menunaikan haji oleh seorang pengawal sekolah di SDN Lodjiwetan, Solo rosak dimakan anai-anai. Menurut Detik.com, simpanan yang dibuat selama 2 tahun setengah itu disimpan di dalam dua tabung plastik. Dua tabung itu juga dikatakan sudah […]
Tragedi
Dua Maut Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan Di Pagoh
MUAR, 14 Sept (Bernama) — Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM134.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di Pagoh, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata mangsa yang maut adalah pemandu lori kontena, K. Gunalan, 45, dan pemandu kereta Proton Wira, Senawi Jelani, 55. Beliau […]
Berita
Kerajaan Muktamadkan Keputusan Dasar Pelaksanaan Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori
Kerajaan muktamadkan keputusan dasar pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori PUTRAJAYA, 13 Sept (Bernama) — Kerajaan telah memuktamadkan keputusan dasar berhubung pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai dalam dua […]
Pembantu Tadbir Pejabat Tanah Antara Tiga Direman, Bantu Siasatan Kes Rasuah RM400,000
IPOH, 14 Sept (Bernama) — Dua lelaki dan seorang wanita direman seminggu bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM400,000 berhubung kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan. Wanita berusia 30 tahun yang merupakan pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian serta dua pengarah syarikat berusia 41 dan 50 tahun tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) […]
Tragedi
Helikopter Black Hawk US Terhempas Semasa Latihan Tentera, 3 Maut
Tiga individu maut manakala lima lagi cedera selepas sebuah helikopter peninggalan Amerika Syarikat (US) yang digunakan untuk latihan ketenteraan Taliban terhempas dalam kejadian di Kabul, Afghanistan baru-baru ini. Jurucakap Kementerian Pertahanan Taliban, Enaytullah Kowrazmi mengesahkan, helikopter itu terhempas ekoran masalah teknikal yang dihadapi. “Masalah teknikal merupakan punca utama helikopter Black Hawk US yang digunakan ketika […]
Tragedi
Kereta Terbabas Jatuh Cerun 40 Kaki
Seorang individu cedera selepas kenderaan dinaikinya dilapor terbabas sebelum jatuh ke dalam cerun dengan ketinggian 40 kaki berdekatan Kampung Stungkor, Sarawak pagi tadi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, pihaknya bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima laporan nahas itu pada jam 6.29 pagi. “Kemalangan kendiri membabitkan sebuah Proton […]
Berita
Lelaki Nyaris Maut Ditembak “Live”, Sergah Konvoi Raja Charles III
Lelaki Nyaris Maut Ditembak “Live”, Sergah Konvoi Raja Charles III Seorang peminat kerabat diraja hampir menempah maut selepas berlari di hadapan Rolls Royce milik Raja Charles III untuk mengambil gambar, menurut seorang veteran pasukan khas. Insiden itu berjaya dirakam dalam siaran langsung Sky News berhampiran persimpangan Savoy Circus, di East Acton, London. Difahamkan bahwa, Raja […]
Berita
Lantai Berkarat, Berlumut & Berdaki, Pusat Sembelih Ayam Jijik Diarah Tutup
Lantai Berkarat, Berlumut & Berdaki, Pusat Sembelih Ayam Jijik Diarah Tutup Sebuah pusat penyembelihan ayam di Desa Tun Razak, Cheras diarah untuk tutup kerana didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan dalam satu operasi yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa lalu. Menurut Sinar Harian, Facebook DBKL telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemeriksaan yang […]
Berita
Sel Bateri Rosak Punca 8 Maut Dalam Kebakaran Di Pameran Skuter Elektrik
Sel Bateri Rosak Punca 8 Maut Dalam Kebakaran Di Pameran Skuter Elektrik Kebakaran yang bermula di bilik pameran skuter elektrik di India telah mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang manakala 11 orang lagi cedera, kata polis pada Selasa, 13 September. Kejadian kebakaran e-skuter pada tahun ini telah membimbangkan kerajaan India yang sedang mempromosikan penggunaan kenderaan dua roda […]
Luar Negara
Dubai Bangunkan ‘Daerah Teknologi Urban’, Janji 4,000 Peluang Kerja
Sebuah industri teknologi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal membangunkan sebuah ‘Daerah Teknologi Urban’ di Al-Jaddaf, Dubai dan menjanjikan sebanyak 4,000 peluang pekerjaan dalam bidang teknologi hijau, pendidikan dan latihan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) URB, Baharash Bagherian berkata, “Dubai imerupakan lokasi yang tepat bagi mendahului transformasi teknologi urban berbanding dengan bandar-banadar lain di seluruh dunia. […]
Luar Negara
Gajah ‘Naik Minyak’, Tanduk & Pijak Sami Hingga Mati
Gajah ‘Naik Minyak’, Tanduk & Pijak Sami Hingga Mati Seekor gajah liar dilaporkan telah memijak seorang sami dalam satu kejadian yang dirakam menerusi rakaman litar tertutup CCTV di Wilayah Chanthanaburi di timur Thailand pada Sabtu lalu, lapor The Thaiger. Pada awalnya kejadian tersebut tidak diketahui, namun salah seorang sami lain yang berjalan di kawasan berkenaan […]
Berita
Ratu Elizabeth II Contoh Raja Berpelembagaan Yang Baik – Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir berkata kemangkatan baginda bukan sahaja satu kehilangan kepada Britain, malah kepada mereka yang percaya kepada kedaulatan undang-undang. “Saya berasa sedih dengan kemangkatan baginda. Baru dua hari sebelum itu baginda berkenan menerima […]