Berita

airasia Super App Tawar Pekerjaan Sepenuh Masa Untuk Penunggang Gig – Pertama Di Rantau Asia
KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2022 – Platform pelancongan & gaya hidup paling pesat berkembang di rantau ini, airasia Super App, telah menjadi yang pertama di Asia untuk menawarkan pekerjaan sepenuh masa untuk para rakan penghantar gig, sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam memberikan mereka persekitaran kerja yang lebih baik dan kestabilan pekerjaan, di samping meningkatkan peluang […]

Kadar Tambang Feri Ke Langkawi Pada Harga Baharu Berkuat Kuasa Esok
ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) — Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd gabungan daripada tujuh syarikat feri penumpang terbesar di negara ini mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi laluan feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa esok. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi konsortium itu Kapten Dr Baharin Baharom berkata kadar tambang baharu […]

Pindaan Akta Jadikan Menghendap Sebagai Jenayah Dibentang Di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Kepada penghendap, anda perlu berhati-hati selepas ini kerana pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi […]

Pelajar OKU Penglihatan Teruja Dapat ‘Tonton’ Filem Mat Kilau
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Meskipun tidak dapat melihat seperti orang lain namun perkara itu bukan penghalang bagi 108 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak untuk ‘menonton’ filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Nik Muhammad Ahmad Fuji, 17, meluahkan rasa terujanya apabila pertama kali merasai pengalaman menonton di pawagam apatah lagi filem pecah panggung […]

Tular Rakaman Wanita Maut, Dilanggar & Digilis Berkali-kali Kereta Dipercayai Dipandu Teman Lelaki
Seorang wanita dilaporkan maut dilanggar dan digilis dipercayai oleh teman lelakinya secara berulang kali. Semalam di Tangshan di wilayah Hebei, utara China, seorang wanita dilaporkan telah terjatuh dari sebuah kereta kemudian digilis berulang kali oleh sebuah kereta yang didakwa dipandu oleh teman lelakinya. Memetik SCMP, rakaman tersebut tular di media sosial China kelihatan orang awam […]

Sindiket Penipuan Tawaran Kerja Di Cyberjaya Tumpas
SEPANG, 4 Ogos (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket penipuan tawaran kerja membabitkan kerugian RM843,996 yang beroperasi di premis kediaman di Cyberjaya dalam satu serbuan pada 2 Ogos (Selasa). Dalam serbuan di Cyberjaya itu, lima individu berumur 17 hingga 32 tahun termasuk seorang warga asing ditahan selain lima komputer riba dan lima telefon bimbit turut dirampas. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan […]

Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah, Pecahkan Cermin Kereta & Ugut Wanita
Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah, Pecahkan Cermin Kereta & Ugut Wanita Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan memecahkan kereta dan mengugut seorang wanita di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar hari ini dalam kejadian yang berlaku pada minggu lalu. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah didakwa atas pertuduhan mengetuk cermin kereta milik mangsa hingga […]

Seakan ‘Roda Gergasi’ Di Angkasa, James Webb NASA Dedah Imej Terkini Galaksi ‘Cartwheel’
National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengeluarkan imej baharu galaksi Cartwheel yang kelihatan seperti roda gergasi dan seakan ‘dikelilingi’ habuk, lapor The Mirror. Gambar kosmos itu didedahkan buat pertama kali menerusi teleskop James Webb milik agensi itu baru-baru ini sebelum dikeluarkan dalam kadar resolusi tinggi. “Galaksi Cartwheel terletak kira-kira 500 juta tahun cahaya jauhnya dalam […]

Nilai Dolar Singapura Capai Paras Tertinggi Berbanding RM, Kini S$1 Bersamaan RM3.23
Singapura telah mencapai rekod tertinggi sepanjang masa dalam nilai pertukaran Dolar Singapura kepada Ringgit Malaysia (RM). Kadar pertukaran pada 3 Ogos 2022 yang dicatatkan ialah S$1 bersamaan RM3.23. Ia merupakan paras tertinggi yang pernah dilaporkan berbanding rekod sebelum ini dengan kadar pertukaran RM3.19 setiap S1$ pada 23 Mei 2022. Difahamkan, kenaikkan kadar itu bukanlah disebabkan […]

Sekatan Eksport Ayam Hanya Langkah Sementara – Ronald
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup yang masih berkuat kuasa adalah bersifat sementara, iaitu sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Beliau berkata kerajaan juga sedar peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan kos makanan ternakan dan pemberhentian eksport memberi […]

Tiga Terbunuh, Enam Tercedera Dalam Serangan Pisau Di Tadika
Tiga Terbunuh, Enam Tercedera Dalam Serangan Pisau Di Tadika Beijing tiga orang terbunuh dan enam lagi cedera dalam satu serangan pada hari Rabu di sebuah tadika di Wilayah Jiangxi, tenggara China, kata polis. Seorang “samseng memakai bertopeng dan memakai topi” menyerang tadika swasta di daerah Anfu kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatana, kata polis dalam […]

Tiga Tahun Rogol Anak Tiri Hingga Rahim Kena Buang, Lelaki Dikenakan Hukuman ‘Kasi’
Tiga Tahun Rogol Anak Tiri Hingga Rahim Kena Buang, Lelaki Dikenakan Hukuman Kasi Seorang lelaki telah dikembiri secara kimia atau dikasi selepas merogol anak tirinya yang berusia lapan tahun dan menyebabkan kecederaan fizikalnya sehingga doktor terpaksa mengeluarkan rahimnya. Perogol yang telah berkahwin empat kali itu didakwa melakukan penderaan seksual selama tiga tahun bermula dari usia […]

JPA Nafi Dakwaan, Syor Imigresen Lakukan Siasatan
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyangkal dakwaan kononnya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam (3 Ogos). Memandang serius dakwaan berkaitan, JPA mengesyorkan supaya perkara itu disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang […]

“Haiqal, Ibu Dah Balik…”, Anak ‘Pergi’ Lepas Dua Hari Hantar Tunai Haji, Air Mata Iringi Kepulangan Ibu
“Haiqal, Ibu Dah Balik…”, Anak ‘Pergi’ Lepas Dua Hari Hantar Tunai Haji, Air Mata Iringi Kepulangan Ibu Kehilangan ahli keluarga adalah satu kenyataan yang memeritkan bagi setiap insan yang bergelar manusia. Namun, kenyataan itu tetap perlu ‘ditelan’ dan reda dengan apa yang telah tertulis. Ia hakikat kehidupan yang tiada sesiapa pun mampu tepis. Namun, kata […]

Dipercayai Tak Dibayar Gaji, Lelaki Tergamak Bunuh Anak Majikan
Dipercayai Tak Dibayar Gaji, Lelaki Tergamak Bunuh Anak Majikan ENGLAND – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dipercayai telah dibunuh di sebuah ladang di Boston, England oleh pekerja ibunya yang juga merupakan seorang pemetik buah pada Khamis lalu, lapor Daily Star. Saksi melaporkan bahawa mangsa dan adik perempuannya berusia lima tahun sedang bermain dengan gelung […]

Tiada Petunjuk Baharu Kehilangan Zalina, Rumah Diperiksa Tiga Kali – Polis
Tiada Petunjuk Baharu Kehilangan Zalina, Rumah Diperiksa Tiga Kali – Polis SHAH ALAM, 3 Ogos (Bernama) — Polis belum menemukan sebarang petunjuk baharu berhubung kes kehilangan bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata sehingga kini pihaknya telah melakukan tiga kali pemeriksaan ke atas […]

Projek Ladang Musang King Bukan Punca Tragedi Banjir Di Baling – MB Kedah
BALING, 3 Ogos (Bernama) — Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas di sini bukanlah punca tercetusnya tragedi banjir aliran puing yang berlaku pada 4 Julai lepas di daerah ini sehingga mengorbankan tiga nyawa. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada kolam takungan air projek ladang durian itu yang dikesan pecah seperti dakwaan pihak tertentu. […]

“Saiznya Makin Membesar,” Penduduk Gempar Temui Lubang Benam Misteri Sedalam 200 Meter
“Saiznya makin membesar,” penduduk gempar temui lubang benam misteri sedalam 200 Meter di sebuah lombong di Chile CHILE – Saintis kini sedang menyiasat penemuan sebuah lubang benam gergasi yang didakwa semakin membesar oleh penduduk tempatan utara negara itu, lapor Unilad. Lubang misteri bersaiz gergasi itu ditemui di wilayah Atacama, berhampiran lombong tembaga Alcaparrosa dan kini […]

Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi
Selepas ditangguhkan selama 4 tahun atas beberapa faktor termasuklah pandemik yang melanda dunia sebelum ini, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) bakal kembali tahun ini. Kali terakhir diadakan pada 2018, MAHA 2022 menjanjikan penganjuran yang lebih meriah berbanding sebelumnya dengan lebih 1,500 booth pameran dan jualan menanti para pengunjung. Bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa […]

Remaja 17 Tahun Ditahan, Disyaki Cuba Seludup 25 Orang PATI Dalam Sebuah Kereta
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditahan selepas disyaki cuba seludup 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Jalan Selinsing Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata remaja tersebut telah ditangkap selepas kereta yang dipandunya dalam keadaan mencurigakan. “Kejadian berlaku ketika pihak polis sedang membuat rondaan di sekitar Jalan […]