Berita

Polis Sukar Kesan Pekerja Ubah Suai Rumah Zalina Azman
SHAH ALAM, 25 Julai (Bernama) — Polis sukar menjejaki pekerja yang membuat kerja pengubahsuaian di rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman ekoran proses tersebut telah lama dijalankan. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata status kewarganegaraan pekerja tersebut juga tidak dapat dipastikan melainkan mereka sendiri tampil ke hadapan untuk […]

Kutipan Mat Kilau Cecah RM90 Juta Selepas 33 Hari Tayangan
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Filem biografi epik, “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang telah mencetuskan fenomena luar biasa, berjaya meraih kutipan tiket berjumlah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei. Pengarahnya Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof berkata filem itu menjadi filem pecah panggung tertinggi […]

Kemalangan Gerik: Polis Rakam Percakapan Pemandu Toyota Hilux Dalam Masa Terdekat
IPOH, 25 Julai (Bernama) — Polis akan merakam percakapan pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima sekeluarga maut di Kilometer 62 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Sabtu lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pemandu wanita berusia 53 tahun itu kini dirawat di Hospital Jeli, Kelantan akibat […]

Dituduh Sering Habiskan Makanan, Remaja Dirantai & Dikurung Kebuluran Ibu Bapa Sendiri
Dituduh Sering Habiskan Makanan, Remaja Dirantai & Dikurung Kebuluran Ibu Bapa Sendiri Seorang remaja berusia 15 tahun disyaki telah menjadi mangsa pengabaian dan penderaan oleh bapa dan ibu tirinya setelah rakaman yang memaparkan keadaannya tular di media sosial. Memetik laporan Kompas.com, video tersebut memaparkan keadaan mangsa yang ketika itu memakai baju berwarna merah dan duduk […]

Kosmetik Kandungi Bahan Bahaya Akan Ditarik Balik 24 Jam Dari Pasaran – Dr Noor Azmi
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Produk kosmetik dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan pengguna akan diarah ditarik balik dari pasaran dalam masa 24 jam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Dr Noor Azmi berkata bagi produk yang mendatangkan risiko kecil atau produk yang tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan, […]

Lelaki Terkejut, Temui Tong ‘Misteri’ Berisi 248 Janin Yang Diawetkan Dalam Hutan
Lelaki Terkejut, Temui Tong ‘Misteri’ Berisi 248 Janin Yang Diawetkan Dalam Hutan RUSIA – Seorang nelayan di Rusia terkejut apabila mendapati empat tong air yang dijumpainya di suatu kawasan hutan terpencil mengandungi 248 janin bayi yang diawet dalam larutan formalin, lapor Daily Star. Penemuan yang memeranjatkan dan misteri itu berlaku terhadap seorang nelayan di kawasan […]

Tokoh Korporat Ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Meninggal Dunia
Tokoh korporat ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 7.45 pagi hari ini. Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit tua. Difahamkan, Allahyarham yang berusia 73 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini. “Buat masa ini jenazah […]

Pasangan Suami Isteri Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM2 Juta Di Ipoh
IPOH, 25 Julai (Bernama) — Polis menahan pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM2 juta pada Khamis lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menahan lelaki tempatan berusia 34 tahun itu di sebuah pusat makanan […]

Ladang Terbakar 8 Hektar, Petani Jadi Hero Bajak Tanah Sekeliling Sepantas Mungkin, Elak Api Merebak Ke Rumah
Seorang petani tekad bajak tanah di sekeliling kawasan ladang barli di Kent, England yang terbakar dengan sepantas mungkin bagi mengelakkan api merebak hingga ke rumah, lapor Metro UK. Difahamkan, kebakaran marak yang berlaku pada sekitar 3:15 petang baru-baru ini di sebuah ladang barli di Lenham – antara Maidstone dan Ashford – itu telah ‘menelan’ sebahagian […]

Wanita 70 Tahun Ditusuk Ikan Layar Pada Pangkal Peha
Seorang wanita telah ditusuk oleh muncung ikan layar (sailfish) yang tajam pada pangkal pehanya dalam satu kejadian di US baru-baru ini, lapor Metro. Uk. Wanita berkenaan, Katherine Perkins yang ditikam oleh ikan berkenaan ketika itu sedang berdiri di atas bot yang terletak kira-kira dua batu dari Persisiran Stuard, Florida di US. Sebelum waktu kejadian, teman-temannya, […]

Tak Dapat Ikan, Pemancing Terkejut Jumpa Potongan Badan Manusia
Seorang pemancing terkejut selepas jumpa potongan badan manusia ketika sedang memancing berhampiran semak samun dalam kejadian di Jawa Tengah baru-baru ini, lapor TribunJabar.id. Menurut pemancing yang dikenali sebagai Dedi itu, dia menjumpai dua potongan tangan manusia di sekitar semak-samun berhampiran jambatan Jalan Nakula, dekat bangunan Al Aqsho di wilayah Semarang. Sementara itu, seorang saksi tempatan, Paryanti, […]

Van Terbabas: Seorang Maut, Sembilan Cedera Termasuk Kanak-kanak
IPOH, 24 Julai (Bernama) — Seorang wanita maut manakala sembilan individu cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki apabila van dinaiki terbabas dalam satu kemalangan di KM 178.7 Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) arah selatan di sini, petang tadi. Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai […]

Gembira Bertukar Tragedi, Lelaki Maut ‘Disedut’ Ke Dalam Lubang Kolam
Seorang lelaki maut selepas ‘disedut’ ke dalam lubang benam (sinkhole) sebuah kolam renang sepanjang 13 meter dalam satu kejadian di Tel Aviv baru-baru ini, lapor The Times of Israel menerusi Daily Star. Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di bandar Karmi Yosef, kira-kira 40 kilometer dari ibu negara, lubang di bawah kolam itu […]

Enam Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Bakar Remaja Lelaki
KUALA TERENGGANU, 24 Julai (Bernama) — Enam lelaki direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes seorang remaja yang melecur dipercayai dibakar beberapa rakannya di Kemaman, Jumaat lepas. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. […]

Jenazah Lima Sekeluarga Maut Kemalangan Selamat Dikebumikan
BUTTERWORTH, 24 Julai (Bernama) — Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di Perak semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua di sini hari ini. Jenazah lima beranak itu tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari dan lebih 200 orang terdiri […]

Ngeri, Wanita Dilapor Maut Dibaham Seekor Buaya Besar Di Kalimantan Utara
Ngeri, Wanita Dilapor Maut Dibaham Seekor Buaya Besar Di Kalimantan Utara INDONESIA – Mayat seorang wanita yang sedang memancing di sungai terpaksa diambil dari perut seekor buaya sepanjang 19 kaki yang telah membunuhnya, lapor Daily Star. Mangsa hanya dikenali sebagai Fatimah sedang memancing pada waktu malam di sungai apabila rakan-rakannya terdengar dia menjerit meminta bantuan […]

Dianggap Bayi ‘Ajaib’, Wanita Dilapor Sempat Lahirkan Anak Ketika ‘Nazak’ Dihempap Lori
Dianggap Bayi ‘Ajaib’, Wanita Dilapor Sempat Lahirkan Anak Ketika ‘Nazak’ Dihempap Lori India – Seorang bayi dilaporkan telah dilahirkan ketika ibunya dihempap hingga mati oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh pada 20 Julai lalu. Memetik laporan Daily Star, kelahiran bayi itu telah dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia ‘terkeluar’ dari rahim ibunya semasa […]

48 Kejadian Jangkitan Salur Pernafasan Dilapor Di Perak
IPOH, 24 Julai (Bernama) — Sebanyak 48 kejadian jangkitan virus pada saluran pernafasan atas (URTI) dilaporkan di Perak sehingga Khamis (21 Julai). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata daripada jumlah itu, 40 wabak jangkitan dilaporkan membabitkan pelajar sekolah menengah. “Ini diikuti masing-masing satu wabak di sekolah rendah, […]

Hanya Kerana Tertumpah Gula, Wanita Tergamak Bunuh & Buang Mayat Anak Dalam Hutan
Hanya Kerana Tertumpah Gula, Wanita Tergamak Bunuh & Buang Mayat Anak Dalam Hutan KUPANG, INDONESIA – Seorang ibu tergamak membunuh anaknya yang berusia dua tahun dengan mencekiknya sehingga mati lalu membuang mayatnya di dalam hutan disebabkan marah dengan tindakan anaknya menumpahkan gula, lapor Kompas.com. Penyiasat Unit Penjenayah dan Siasatan Polis Pusat Peranginan Rote Ndao, Nusa Tenggara […]

Penantian Berakhir, Kehilangan Muhammad Iman Terjawab – Ibu
KUANTAN, 24 Julai (Bernama) — Penantian seorang ibu berakhir apabila kehilangan anak kesayangannya yang dicari hampir 10 bulan terjawab, semalam. Azmawati Ab Kadir, 55, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang 30 Okt tahun lepas berkata beliau bersyukur dan berasa lega apabila doanya selama tempoh pencarian itu telah dimakbulkan. “Saya doa supaya Allah […]