Berita

Seorang Lelaki Ditahan, Disyaki Miliki Dadah
Pada 17 Julai kelmarin, pihak Polis Trafik Shah Alam telah menjalankan tugas sekatan jalan raya yang dikenali sebagai Op Pelbagai Kesalahan Lalu Lintas bertempat di Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26, Shah Alam. Mereka telah menahan seorang penunggang motosikal yang kelihatan sangat mencurigakan. Semakan polis mendapati bahawa penunggang motosikal tersebut telah melakukan satu kesalahan trafik, iaitu […]

NASA Dakwa Temui Objek Seperti Spageti Di Marikh
National Aeronautics and Space Administration (NASA) mendakwa pihaknya temui satu objek pelik seperti spageti di planet Marikh, lapor Daily Star. Penemuan itu merupakan hasil tangkapan gambar oleh seorang penjelajah NASA sewaktu melakukan rondaan di planet merah berkenaan. Sepanjang penyelidikan, gambar berkenaan merupakan yang paling pelik dan sukar untuk dijelaskan dan ia dihantar melalui kaedah “percy”. […]

Selepas Hampir 20 Tahun, Pasangan Jennifer Lopez & Ben Affleck Akhirnya Sah Berkahwin
Selepas hampir 20 tahun lamanya, penyanyi dan selebriti terkenal US, Jennifer Lopez akhirnya sah berkahwin dengan pasangannya, Ben Affleck baru-baru ini, lapor CNN. Menurut sumber rapat Jennifer, pasangan itu telah berkahwin dalam suatu majlis di Las Vegas. Jenifer sendiri turut mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Ahad. Menurut CNN, difahamkan Ben telah melamar penyanyi […]

Bekas Pembaca Berita Stesen TV Dilaporkan Hilang Masih Tidak Dijumpai
SHAH ALAM, 18 Julai (Bernama) — Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, […]

Nelayan Taiwan Tangkap Jerung Spesis Prasejarah, Jarang Dijumpai
Nelayan Taiwan Tangkap Jerung Spesis Prasejarah, Jarang Dijumpai TAIPEI, 18 Julai (Bernama) — Jerung enam insang hidung tumpul (bluntnose sixgill shark) yang jarang ditemui, spesies yang dipercayai telah berada di Bumi sebelum kewujudan dinosaur, ditangkap nelayan Taiwan dari daerah Taitung pada Ahad. Jerung itu adalah spesis yang jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman 200-1,000 […]

Tiada Lesen Memandu, Polis Sahkan “Influencer” Terkenal Disaman
Tiada Lesen Memandu, Polis Sahkan “Influencer” Terkenal Disaman Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa seorang ‘influencer’ terkenal telah disaman dalam Operasi Motosikal dan Pelbagai Kesalahan yang telah dijalankan oleh JSPT KL semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata pempengaruh tersebut telah disaman pada jam 11.30 malam di Jalan Raja Laut. “Tindakan saman […]

Ghana Sahkan Kes Pertama Virus Marburg, Dua Pesakit Dilapor Meninggal Dunia Setakat Ini
Ghana telah merekodkan dua kes pertama virus Marburg iaitu penyakit berjangkit yang boleh membawa maut dan berada dalam kumpulan yang sama dengan virus yang menyebabkan Ebola. Memetik laporan BBC, kedua-dua pesakit meninggal dunia baru-baru ini di hospital di wilayah Ashanti selatan. Sampel mereka dikatakan positif pada awal bulan ini dan kini telah disahkan oleh makmal […]

Dakwa Nak Jimat Kos Minyak, Kisah Kanak-Kanak Tunggang Gajah Tiap Hari Ke Sekolah Tular
Dakwa Nak Jimat Kos Minyak, Kisah Kanak-Kanak Tunggang Gajah Tiap Hari Ke Sekolah Tular Seorang kanak-kanak perempuan di daerah Satuek, Thailand menjadi tular di media sosial selepas menjadikan gajah sebagai ‘kenderaan’ untuknya ke sekolah setiap hari bagi menjimatkan kos minyak. Memetik laporan Bangkok Post, kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu dikenali sebagai Pupae. Bapanya, Wisanchol […]

Empat Orang Dilaporkan Ditembak Dalam Insiden Pergaduhan Di Kelab Malam
Empat Orang Dilaporkan Ditembak Dalam Insiden Pergaduhan Di Kelab Malam SEPANYOL – Empat orang dilaporkan telah ditembak di sebuah kelab malam selepas seorang lelaki bersenjata mengamuk ketika kelab tersebut penuh dan sesak dengan pengunjung. Insiden tembakan itu dilaporkan berlaku pada awal pagi di sebuah kelab yang popular dengan kedatangan pelancong dari Britain yang terletak di […]

Penulis Blog Dedah, Suspek Bunuh Shinzo Abe Kirim ‘Petunjuk’ Sebelum Melakukan Pembunuhan
Penulis Blog Dedah, Suspek Bunuh Shinzo Abe Kirim ‘Petunjuk’ Sebelum Melakukan Pembunuhan TOKYO, JEPUN – Suspek utama pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan pernah mengirim surat kepada penulis blog internet untuk memberi petunjuk bahawa dia akan melakukan satu pembunuhan, lapor Straits Times. Suspek pembunuhan itu pernah mengirim surat di mana dia membayangkan bahawa […]

Persis Adegan Filem Seram, Rakaman Wanita & Anak ‘Diheret’ Bekas Suami Mahu Rujuk Semula Tular
Persis Adegan Filem Seram, Rakaman Wanita & Anak ‘Diheret’ Bekas Suami Mahu Rujuk Semula Tular CHINA – Tular sebuah rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menyerang bekas isteri dan anaknya di luar rumah mereka pada 6 Julai lalu, lapor The Sun. Rakaman yang telah dikongsi di laman sosial Twitter itu memaparkan seorang wanita dan anaknya hendak […]

DUN Kedah Lulus Had Umur Perkahwinan Perempuan Kepada 18 Tahun
ALOR SETAR, 18 Julai (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami. Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat berkata pindaan enakmen itu melibatkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 […]

Polis Kelantan Tahan Pemuda Hina Agama Islam Di Facebook
KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) — Polis Kelantan menahan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi satu hantaran video di media sosial Facebook, hari ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya telah melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang pada […]

Kedah Masuki Status Negeri Menua, 7.9 Peratus Penduduk Berumur 65 Tahun Atau Lebih
ALOR SETAR, 18 Julai (Bernama) — Kedah telah mencapai status negeri menua dengan 7.9 peratus penduduk negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur 65 tahun atau lebih, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Menurut beliau, berdasarkan penemuan utama Banci Malaysia 2020 kesemua daerah kecuali Langkawi (6.9 peratus) telah mencapai tujuh peratus […]

Dewan “Panas” Usul MP Kota Belud Mengenai Tuntutan Kesultanan Sulu Ditolak
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) diarah keluar dan digantung dua hari daripada menghadiri persidangan selepas beliau bertegas mahu usul tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah dibahas di Dewan Rakyat. Usul mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah yang ditolak buat kali ketiga di Dewan […]

Penyokong Indonesia Mahu PSSI Tinggalkan AFF Dan Sertai EAFF
Penyokong Indonesia Mahu PSSI Tinggalkan AFF Dan Sertai EAFF selepas kegagalan skuad bawah 19 tahun Indonesia dalam kejohanan AFF U-19 baru-baru ini. Hari ini suasana bola sepak Asia Tenggara makin panas apabila semua mata tertumpu kepada negara jiran kita, Indonesia yang masih lagi berang dengan kegagalan skuad bawah 19 tahun mereka dalam kejohanan AFF U-19 […]

Wanita, Teman Lelaki Selesai Bayar Jaminan RM40,000 Hasil Sumbangan Orang Ramai – Peguam
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Seorang wanita yang menghadapi pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam dan teman lelakinya masing-masing selesai membayar jaminan RM20,000 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen hasil daripada sumbangan orang ramai. Penjamin kepada tertuduh, 26, dan teman lelakinya, 38, masing-masing membayar wang jaminan itu di kaunter bayaran jamin di […]

Op Kontraban: Enam Lelaki Ditahan, Diesel & Vape Bernilai RM3.6 Juta Dirampas
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Polis menahan enam lelaki dan merampas pebagai barang seludup dan barang bersubsidi dianggarkan bernilai lebih RM3.6 juta menerusi Op Kontraban di Selangor dan Johor, pada Rabu dan Khamis lepas. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata serbuan pertama dilakukan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan […]

Krisis Ekonomi Sri Lanka Adalah Amaran Kepada Negara Asia Lain – IMF
Menurut ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Sri Lanka kini berada dalam ambang krisis ekonomi yang belum pernah berlaku dan telah mencetuskan bantahan besar daripada rakyatnya setelah presiden negara tersebut melarikan diri meninggalkan tanah air. Negara lain juga mungkin berhadapan dengan risiko yang sama. Merujuk laporan BBC baru-baru ini, Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata pada […]

IPD Shah Alam Maklum Hebahan Cari Wanita Hilang
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam memaklumkan tentang kehilangan seorang individu yang tidak dapat dijejaki dalam satu hebahan hari ini. Hebahan orang hilang tersebut dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Polis (IPD) Shah Alam sebentar tadi. Berdasarkan hebahan tersebut, individu hilang itu merupakan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman […]