Berita

Tragedi
Seorang Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Dua Treler Pagi Tadi
Satu kemalangan libatkan treler berlaku di kilometer 408.4 arah selatan mengakibatkan seorang individu maut, empat parah dan dua lagi cedera ringan. Menurut laporan ringkas BERNAMA di Twitter, kejadian itu berlaku pada awal pagi tadi di satu lokasi di Tanjung Malim menghala ke Lembah Beringin. “Satu maut, empat parah dan dua cedera ringan dalam kemalangan babitkan […]
Berita
Gempa Bumi Landa Utara Sumatera Pagi Tadi
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di utara Sumatera pada pukul 8:10 pagi tadi, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia). Menurut Met Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak di kedudukan 4.7 darjah utara dan 96.2 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer. Dalam pada itu, pusat gempa bumi itu juga terletak sejauh 69 kilometer utara dari […]
22 Individu Termasuk Empat Wanita Ditahan Terbabit Dua Rusuhan Bersenjata Di Petaling Jaya
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Seramai 22 individu termasuk empat wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian rusuhan bersenjata di Sungai Way dan Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata 15 lelaki dan empat wanita ditahan, dalam kes rusuhan bersenjatakan kayu di Ara […]
Berita
Pemain Import Terbaru JDT, Jordi Amat Rupanya Keturunan Raja Siau, Sulawesi Utara
Pemain import baharu pasukan bola Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat rupanya adalah keturunan kepada Raja M.D Kansil, Kesultanan Siau, Sulawesi Utara, merujuk kepada satu perkongsian laman Instagram miliknya semalam. Berdasarkan perkongsian yang dibuat itu, dia mendedahkan bahawa dirinya merupakan generasi ketiga keturuan raja berkenaan. Berikutan itu, dia kini boleh memakai gelaran YM Pengeran Jordi […]
Berita
Dua Beranak Dikhuatiri Lemas Jatuh Kolam Takungan
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Dua beranak dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik di sebuah kolam takungan di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.15 petang. “Maklumat awal yang diterima mendapati bot tersebut dinaiki tiga lelaki iaitu seorang ayah dan […]
Agama
Boleh Jadikan Matawang Kripto Mas Kahwin & Hukumnya Sah – Pejabat Mufti WP
Kini, mas kahwin atau mahar diberikan dalam pelbagai bentuk dan salah satunya mungkin ada yang berhajat menjadikan mata wang kripto sebagai mas kahwin. Namun, kaedah ini menimbulkan persoalan sama ada ia sah atau tidak kerana ia lari dari cara kebiasaan iaitu sama ada menggunakan wang ringgit sama ada tunai atau cek, sebentuk cincin, emas dan […]
Berita
Diisytihar Bangkrap, Kadar Inflasi Sri Lanka Cecah 54.6 %, Salah Satu Punca Kerana Rasuah
Diisytihar Bangkrap, Kadar Inflasi Sri Lanka Cecah 54.6 %, Salah Satu Punca Kerana Rasuah Kadar inflasi bagi Sri Lanka memecah rekod sembilan kali berturut-turut dengan paras tertinggi sepanjang masa iaitu 54.6 peratus. Ia juga merupakan kali pertama bacaan Indeks Harga Pengguna Colombo (CCPI) melepasi paras 50 peratus. Angka terbaru itu muncul selepas Tabung Kewangan Antarabangsa […]
Berita
Berang Ayah-ayah Jadi Rajin Hantar Ambil Anak, Ibu-ibu Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini
Seorang guru tadika di China terpaksa menerima hakikat bahawa ada pihak mahukan dirinya dipecat daripada pekerjaan tersebut, bukan kerana tingkah laku atau prestasi tidak cemerlang, tetapi gara-gara memiliki wajah cantik. Wajahnya dikatakan mirip dengan Anglebaby, iaitu seorang penyanyi terkenal berasal daripada Hong Kong. Rupa-rupanya, gesaan meminta pihak tadika memecatnya itu dibuat selepas mendapat banyak permintaan […]
Berita
Seorang Lagi Warga Malaysia Bakal Jalani Hukuman Gantung Di Singapura 7 Julai Ini
Seorang lagi warga Malaysia dilapor akan menjalani hukuman gantung di Singapura pada minggu hadapan. Individu berkenaan dijatuhkan hukuman tersebut selepas didapati bersalah melakukan jenayah penyeludupan dadah jenis heroin ke Singapura pada 2016. Menurut kumpulan advokasi Rangkaian Anti Hukuman Mati Asia (ADPAN), dia akan menjalani hukuman mati yang dijadualkan pada Khamis, 7 Julai 2022. Difahamkan, Singapura […]
Berita
Remaja Dipercayai Psikopat Dilapor Bunuh Adik Tiri Lima Tahun, Dipenjara Seumur Hidup
Seorang remaja dipercayai psikopat berumur 14 tahun dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana nekad bunuh adik tiri yang berusia lima tahun. Memetik Daily Star, dia bersama ibu tiri dan bapanya bersama-sama terlibat dalam pembunuhan tersebut yang berlaku pada Julai tahun lalu. Ketiga-tiga mereka telah menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak malang itu seperti yang biasa dilihat terjadi […]
Berita
FIFA Perkenal Syarat Baru Pemain Pinjaman, Elak Kelab Besar Himpun Terlalu Ramai Pemain
Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dilapor memperkenal peraturan dan syarat baharu berkenaan sistem pemain pinjaman, yang dilapor berkuat kuasa bermula Julai ini. Memetik kenyataan di laman web FIFA, pengenalan peraturan baharu ini dianggap penting dalam pasaran perpindahan pemain dan usaha ini sudah dijalankan sejak 2017 lagi. Peraturan ini pada awalnya dirancang untuk dikuatkuasakan pada Julai […]
Berita
Tak Perlu “Thailand Pass”, Insurans Kesihatan 10 Ribu Dollar Untuk Masuk Thailand Bermula 1 Julai
Tak Perlu “Thailand Pass”, Insurans Kesihatan 10 Ribu Dollar Untuk Masuk Thailand Bermula 1 Julai Thailand merupakan sebuah negara yang tidak asing lagi bagi negara kita. Pada 2019 sahaja, lebih empat juta pelancong negara kita telah melancong ke negara tersebut. Bukan sahaja dari segi keenakan makanan yang menarik perhatian, tetapi kepelbagaian budaya dan lambakan tempat […]
Berita
Penduduk Gesa Baik Pulih Tebing Runtuh Disegerakan
MELAKA 2 Julai (Bernama) — Penduduk Pangsapuri Bukit Piatu dan Taman Setia Jaya di sini menggesa pihak terbabit agar mempercepat kerja-kerja baik pulih tebing di kawasan itu yang runtuh pada 23 Jun lepas. Pengerusi Penduduk Pangsapuri Bukit Piatu Lim Kong Hock berkata ketika ini cerun runtuh itu hanya ditutupi kanvas sekali gus menimbulkan kerisauan pada lebih […]
Berita
Penunggang Motosikal Tular Disyaki Khayal, Hidu Gam Diburu Polis
Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang tular dipercayai khayal menghidu gam ketika sedang menunggang sebuah motosikal dalam sebuah video yang tersebar di Facebook semalam. Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, ACO Nanda Maarof berkata, rakaman video yang berdurasi 40 saat itu telah tular di Facebook lebih kurang jam 6.30 petang semalam. Dalam rakaman tersebut, […]
Berita
Kontrak Baharu Sehingga 2025, Mo Salah Kini Penerima Gaji Tertinggi Liverpool, RM 1.86 Juta Seminggu
Bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu bersama gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool sehingga 2025. Menerusi kontrak tersebut, Salah dilaporkan akan menerima gaji yang sangat lumayan iaitu 350,000 pound atau kira-kira RM 1.86 juta seminggu. Dengan gaji baharu tersebut, beliau kini merupakan penerima gaji tertinggi […]
Berita
Gempa Bumi Kuat 6.0 Gegar Selatan Iran, 3 Maut & 19 Cedera Dilaporkan Setakat Ini
MOSCOW, 2 Julai (Bernama) — Tiga maut manakala 19 yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Hormozgan, selatan Iran, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Fars. Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania, gempa bumi itu direkodkan pada 21:32 GMT, Jumaat, 61 kilometer timur laut bandar pelabuhan Bandar Lengeh. Iran pernah dilanda gempa bumi […]
Berita
Menteri Indonesia Tjahjo Kumolo Meninggal Dunia
JAKARTA, 1 Julai (Bernama) — Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Abdi Waluyo, Jakarta. Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.10 pagi waktu tempatan selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu. Jenazah dikebumikan di kompleks Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan pada 6 […]
Berita
Korea Selatan Bakal Naikkan Kadar Gaji Minimum Kepada RM 32 Sejam Tahun Depan
Korea Selatan dilapor bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum sebanyak 5% kepada 9,620 won (RM32) sejam pada tahun depan seperti yang diumumkan oleh Presiden Yoon Suk-yeol. Difahamkan, itu adalah langkah pertama yang diambil oleh Presiden tersebut sejak dilantik untuk mentakbir negara pada Mei lalu. Memetik CNA, kenaikan gaji itu akan memberi faedah keuntungan kepada 3.5 […]
Berita
Peniaga Patuh Jual Ayam, Telur Ikut Harga Siling Baharu
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan operasi di seluruh negara bagi memastikan peniaga menjual ayam dan telur pada harga siling baharu yang ditetapkan kerajaan berkuat kuasa hari ini. Kerajaan pada Rabu lepas mengumumkan harga siling baharu ayam di Semenanjung iaitu RM9.40 sekilogram (kg), manakala telur […]
Berita
Penduduk Sambut Hari Jadi Pencuri Sebelum Serah Kepada Polis
Penduduk di salah sebuah blok apartmen di Delhi dilaporkan nekad sambut hari jadi seorang individu dipercayai pencuri yang cuba untuk memecah masuk salah sebuah rumah yang berkunci bersama dua orang lagi rakannya. Saksi yang merupakan penduduk di kawasan tersebut menyedari kehadiran tiga orang lelaki yang sedang cuba untuk menceroboh flat yang masih berkunci, bergegas menangkap […]