Berita

Seperti Orc Dalam ‘Lord Of The Ring’, Makhluk Aneh Ditemui Terdampar Di Tepi Pantai
Seorang pengunjung di sebuah pantai terkejut apabila melihat seekor makhluk aneh yang ditemui terdampar di tepi pantai tanpa mata kelihatan seperti watak Orc dalam filem ‘Lord of The Rings’. Andrea Jud, 39, terjumpa bangkai makhluk aneh tersebut ketika sedang bersiar-siar di tepi pantai Gabr el-Bint di Semenanjung Sinai di Mesir. Makhluk dengan rahang menganga luas […]

Tebal & Aneh, Fenomena Awan ‘Pelik’ Muncul Di Langit Gemparkan Warga Kota Kinabalu
Penduduk Kota Kinabalu digemparkan dengan fenomena awan berbentuk aneh dan pelik yang menyelubungi langit pagi tadi. Kejadian awan tebal berkenaan dipercayai adalah formasi awan arcus. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku sekitar 6.40 pagi tadi. Melalu foto-foto yang tular di media sosial, jelas kelihatan bentuk awan berkenaan yang seakan-akan berlapis dan membentuk satu garis panjang yang membentang […]

“Kita La Sedih Bagi Anak Makan Macam Tu”, Wanita Sebak Bagi Anak Makan Telur Setiap Hari Selepas Suami Kemalangan
Hidup dan ujian, memang tak boleh dipisahkan. Ibarat adik-beradik, baik atau buruk ia sentiasa ‘ada’ untuk kita. Ada kalanya, jika terlalu berat, ujian itu mampu meruntuhkan kehidupan seseorang. Tetapi, berbekalkan kecekalan yang kuat dan keyakinan Tuhan selalu ada dengan hamba-hambanya, ada juga yang berjaya bangkit dan menjadi versi diri yang lebih baik berbanding kehidupan sebelum […]

Tular Foto Minyak Masak Hari Ini, Harga Minyak 5kg Didakwa Naik Jadi Lebih RM 40 Sebotol
Hari ini, tular beberapa keping foto harga minyak masak botol 5kg yang didakwa mendadak naik harga susulan kerajaan tidak lagi memberikan subsidi bagi minyak masak saiz berkenaan bermula hari ini. Difahamkan, pengguna media sosial mendakwa harga minyak masak berkenaan mencecah hingga lebih RM45 setiap bermula hari ini, 1 Julai 2022. Berdasarkan perkongsian yang menjadi tular […]

Suami Isteri, Rakan Ditahan Bersama Ganja Bernilai RM33,813
KEPALA BATAS, 1 Julai (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga individu tempatan termasuk sepasang suami isteri dan merampas 13.5 kilogram (kg) ganja bernilai RM33,813 dalam dua serbuan di Sungai Dua dan Perai, dekat sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Radzi Ahmad berkata bertindak hasil maklumat […]

Selepas Jokowi Jumpa Putin, Rusia Dilapor Sedia Buka Laluan Eksport Gandum Ukraine
Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo dilaporkan bertemu dengan Presiden Russia, Vladmir Putin di Moscow pada Khamis, 30 Jun 2022 dan berkata bahawa Russia bersetuju untuk membuka laluan eksport gandum Ukraine. “Saya sangat menghargai Presiden Putin kerana beliau bersetuju menyediakan jaminan keselamatan untuk bekalan makanan dan baja dari kedua-dua buah negara Ukraine dan juga Russia,” kata […]

Tapak Masjid Dipercayai Antara Yang Tertua Di Dunia Dilapor Ditemui Di Bandar Rahat
Sekumpulan ahli arkeologi Israel dipaor berjaya menemui sebuah tapak masjid dipercayai antara yang tertua di dunia, di Negev Bedouin, Banda Rahat. Tapak masjid berkenaan dipercayai berasal dari kurun ke-7 ditemui ketika pemaju sedang membersihkan kawasan tersebut untuk tujuan pembangunan semula. Kawasan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer daripada sebuah lagi tapak masjid dari kurun ke-9 yang […]

McDonald’s Malaysia Gesa Kakitangannya dan Orang Ramai Menderma Darah
Aktiviti menderma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara berulang untuk kali ke-6, bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan pendermaan darah PETALING JAYA, 1 Julai 2022 – McDonald’s Malaysia terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. Restoran khidmat segera tersebut telah menganjurkan Hari Derma Darah tahunannya pada 30 Jun 2022, […]

Tayangan Thor Love And Thunder Ditunda, Duit Akan Dipulangkan Jika Sudah Beli Tiket – GSC
Tayangan Marvel Thor: Love and Thunder di Malaysia yang sepatutnya dijadualkan pada 7 Julai 2022 ditangguh kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022. Perkara ini disahkan oleh Golden Screen Cinema (GSC) dalam laman Facebook mereka sebentar tadi. Menurut GSC, pada sesiapa yang telah membeli tiket awal secara atas talian, wang anda akan dikembalikan dalam […]

Gempa Bumi Kuat Gegar Wilayah Utara Filipina
MANILA, 1 Julai (Bernama) — Satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Wilayah Cagayan yang terletak di utara Filipina. Gempa dengan kekuatan 6.0 magnitud itu berlaku pada awal pagi Jumaat. Menurut laporan Xinhua, Philippine Institute of Volcanology and Seismology berkata gempa itu berlaku sekitar jam 2.40 pagi waktu tempatan, gegaran berkedalam sehingga 27km dan turut […]

Ini 3 Cara Penjawat Awam Nak ‘Renew’ Insurans Kereta, Boleh Bayar Ansuran Hingga 10 Bulan
Penjawat Awam Boleh ‘Renew’ Insurans Kereta Di Sini, Bayar Ansuran Hingga 10 Bulan PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) — Pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com, yang berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba, dilancarkan hari ini untuk penjawat awam bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan. Dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri […]

Kejohanan Dunia: Pandelela-Dhabitah Raih Gangsa 10m Platform Seirama
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Gandingan penerjun wanita Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah koleksi pingat kem terjun negara apabila meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia 2022, lewat malam tadi. Gandingan Pandelela-Dhabitah di Arena Duna di Budapest, Hungary berjaya mengumpul 298.68 mata selepas melakukan lima terjunan […]

Polis Tahan Lelaki Langgar Kenderaan JPJ Guna Pengorek Kaut Di Keningau
Polis Tahan Lelaki Langgar Kenderaan JPJ Guna Pengorek Kaut Di Keningau KENINGAU, 30 Jun (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 60an bagi membantu siasatan kes menghalang dan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam iaitu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan kewajipannya, dalam kejadian di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah […]

Kedah & Kuala Lumpur Cipta Sejarah, Berjaya Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala AFC
Kedah & Kuala Lumpur Cipta Sejarah, Berjaya Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala AFC Dua kelab Liga Super Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA) dan Kuala Lumpur City (KLC) berjaya mencipta sejarah apabila berjaya melangkah ke pusingan kalah mati Piala AFC. Menurut catatan tweet AFC, KDA mara selaku juara Kumpulan G selepas berjaya menumbangkan kelab dari […]

Miliki Hobi Unik, Kesan Barang Berharga Tertanam Di Pantai & Cari Pemilik Asal
Seorang lelaki memiliki hobi unik ketika masa lapang iaitu mengesan barangan berharga yang tertanam di tepi pantai serta tekad mahu mencari pemilik asalnya. Memetik laporan Bernama, lelaki tersebut, Suhaimi Razali, 35, melakukan hobi itu di sekitar persisiran Pantai Batu Lapan di Teluk Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan. Difahamkan, dia mengesan objek-objek atau barangan besi […]

Pemandu 4×4 Dipercayai Potong Di Garisan Berkembar Akan Dipanggil Polis
Pemandu pacuan empat roda (4×4) yang dipercayai potong garisan berkembar dalam satu kejadian di Jalan Janda Baik, Bentong di Pahang yang tular baru-baru ini akan dipanggil polis. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mana-mana saksi kejadian juga turut diminta tampil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan. “Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) […]
Covid-19: Dos Penggalak Tunggal Cansino Diluluskan
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Kementerian Kesihatan (MOH) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia. Solution Group Bhd rakan pengeluar CanSino Biologics Inc di ASEAN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa vaksin itu telah diluluskan untuk dewasa berusia 18 […]

Bekas Pelari Olimpik 1956, Harichandra Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Bekas atlet olahraga negara di Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia, M. Harichandra, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamanannya di Singapura, semalam. Beliau berusia 92 tahun. Mendiang merupakan abang kepada legenda pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan. Jegathesan, yang dikenali sebagai ‘The Flying Doctor’, berkata abangnya itu […]

136,448 Warga Asing Lakukan Kesalahan Jalan Raya Sejak 2019
SHAH ALAM, 30 Jun (Bernama) — Kira-kira 136,448 warga asing di seluruh negara direkod melakukan pelbagai kesalahan jalan raya bermula 2019 hingga Mei tahun ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli. Aedy Fadly berkata daripada jumlah itu, kesalahan tiada lesen memandu atau tamat tempoh serta tiada lesen kenderaan motor […]

Negara Perlu Pelan Mitigasi Dan Adaptasi Terhadap Perubahan Iklim – Greenpeace Malaysia
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Kesan perubahan iklim menyebabkan kerugian ekonomi yang ketara bagi Malaysia, menjejaskan infrastruktur dan usaha pembangunan serta memberi kesan kepada mata pencarian rakyat, menurut Greenpeace Malaysia. Badan bukan kerajaan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu jelas apabila banjir melanda beberapa negeri pada Disember 2021 yang meragut 55 nyawa, menjejaskan […]