Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Pengarah AADK Didenda RM3,000 Terima Suapan RM400

Nurhanis
pengarah AADK didenda terima suapan
Kredit: Bernama

MELAKA, 28 Sept (Bernama) — Seorang bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana menerima suapan wang tunai, empat tahun lepas.

Hakim Elesabet Paya Wan turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Tertuduh terdahulu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu secara rasuah menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM400 tanpa balasan daripada Budyarif Rahmat yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka pada 22 Jun 2018.

Pertuduhan pilihan itu dibaca mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka Nur Syakila Yaacob manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Sumber: Bernama