Berita

Tiga Beranak Lemas: Air Mata Anak Sulung Mangsa ‘Tumpah’ Di Pusara
Air mata anak sulung kepada mangsa kemalangan tiga beranak yang lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke sungai baru-baru ini ‘tumpah’ ketika diziarahi pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew. Menerusi laman Facebook rasmi Ebit Lew, beliau menziarahi pusara tiga beranak tersebut bersama anak arwah selepas jenazah masing-masing sudah dikebumikan semalam. “Sebak sayu rasanya pagi ni ke Alor […]

Pelajar Tingkatan Empat Disyaki Ditekup Bantal Hingga Mati Oleh Kekasih
KLANG, 27 Jun (Bernama) — Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mati dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di rumah lelaki itu di Kampung Idaman, Pandamaran, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 3.40 pagi yang memaklumkan terdapat seorang remaja perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri […]

Gempar, Fosil Anak ‘Mammoth’ Ditemui Di Kanada
KANADA – Seorang pelombong dilaporkan telah menemui fosil hampir lengkap anak gajah purba atau mammoth di bahagian utara Kanada di ladang emas Klondike pada 21 Jun 2022 lalu. Difahamkan bahawa bayi mammoth itu ditemui dengan kulit dan rambutnya yang masih utuh. Ahli Paleontologi, Dr. Grant Zazula menyifatkan bahawa haiwan ini ‘cantik dan merupakan salah satu mumia […]

Lembu Korban Terlepas Masuk ‘Highway’, Warga Emas Retak Tulang Belakang Ditanduk Depan Rumah
Lembu untuk ibadah korban terlepas masuk highway Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 81 tahun mengalami retak tulang belakang dan sakit pada bahagian belakang bahu selepas ditanduk seekor lembu di hadapan rumahnya di Bandar Manjalara, Kepong pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata dalam kejadian yang berlaku pada 10.15 pagi […]

Bayaran BKM Fasa 2 Akan Dilakukan Secara Berperingkat Mulai Hari Ini – Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa pembayaran bagi individu yang layak mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dilakukan secara berperingkat mulai 27 Jun (hari ini). Menurutnya, semakan status pembayaran juga boleh dibuat mulai hari ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. “Seperti mana diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, BKM Fasa […]

Detik Cemas Pentas ‘Roboh’ Tular, Empat Dilapor Maut Puluhan Lagi Cedera Parah Akibat Tertimbus
Sekurang-kurangnya empat orang termasuk kanak-kanak dilaporkan maut manakala puluhan lagi mengalami kecederaan parah selepas pentas utama di gelanggang laga lembu di Colombia runtuh semalam, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku di pusat bandar El Espinal itu, pentas tiga tingkat yang diperbuat daripada kayu dilihat dipenuhi dengan penonton sebelum runtuh dan menghempas ke tanah. Detik-detik […]

Mirip Makhluk Asing, Wanita Gempar Temui Hidupan Pelik Di Pantai Britain
LONDON – Seorang wanita dilaporkan telah menjumpai satu makhluk aneh yang kelihatan seperti makhluk asing di pesisir pantai di Britain. Menurut portal Metro UK, makhluk tersebut telah ditemui di pantai Bennar, berhampiran di Gwynedd, Wales Utara. Shell Longmore, wanita yang menemui makhluk tersebut telah bertindak berkongsikan gambar penemuannya itu di Facebook bagi mencari jawapan Tidak […]

Jepun Umum Warga Asing Boleh Jemput Rakan, Keluarga Guna Visa Pelawat Selama 3 Bulan
Baru-baru ini, kerajaan Jepun mengumumkan visa pelawat baharu yang membenarkan warga asing untuk membawa pasangan, rakan, keluarga atau orang penting ke negara itu, lapor Japan Moments. Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook, pelancaran visa itu membolehkan mereka yang memasuki negara itu tinggal selama 90 hari bermula Jun 2022 ini. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan visa […]

Johnny Depp Taknak Marah-Marah Amber Heard Dah, Nak ‘Move On’
Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp tidak mahu berdendam lagi dengan bekas isterinya, Amber Heard walaupun selepas hampir sebulan kemenangan kes mahkamah berpihak padanya. Malah menurut sumber rapatnya menerusi Hollywood Life, difahamkan Depp kini mahu ‘move on’ meneruskan hidup baharu dan mendoakan bekas isterinya itu agar tidak lagi mempunyai ‘toksik’ dalam hidupnya. “Dia hanya mahu meneruskan […]

Semakin ‘Laku Keras’, Kutipan Filem Mat Kilau Cecah RM11 Juta Setakat 9 PM Tadi
Filem inspirasi sejarah pahlawan Melayu, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan terus ‘laku keras’ mendapat sambutan apabila kutipan tiket terkininya mencecah RM 11 juta setakat 9 malam tadi. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinema (GSC) yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, GSC. Sudah tidak dinafikan lagi Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah menarik perhatian […]

Ingin Larikan Diri Selepas Dicekup Berkhalwat, Duda Terjatuh Dari Tingkat Empat & Meninggal Dunia
Seorang duda ditemui maut terjatuh dari tingkat empat gara-gara ingin melarikan diri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Jasin, Melaka hari ini. Menurut laporan Utusan, mangsa yang berumur 46 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden […]

Ibu & Anak Rentung Dalam Kebakaran Banglo Empat Tingkat – Bomba
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Seorang ibu dan anak perempuannya ditemukan rentung manakala dua lagi lelaki, cedera dalam kebakaran di sebuah rumah banglo empat tingkat di Taman Gembira, Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi hari ini. Komander Operasi Bomba Kuala Lumpur Musa Abdullah berkata kedua-dua mangsa yang rentung itu masing-masing berusia 60-an dan […]

Jokowi Nak Jumpa Zelenskyy & Putin, Damaikan Konflik Ukraine-Rusia
Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berhasrat ingin damaikan konflik tegang yang sedang berlaku antara Ukraine dan Rusia. Menerusi laman Twitter miliknya, beliau bersedia untuk berjumpa dengan presiden kedua-dua negara tersebut, Volodymyr Zelenskyy dan Vladimir Putin bagi mencapai hasrat itu. “Dari Jerman, saya memulakan misi perdamaian ke Ukraine dan Rusia. Saya akan mengunjungi Ukraine, bertemu […]

Bayi Sebulan Maut Selepas Diculik Sekumpulan Monyet Ketika Menyusu
Seorang bayi berusia sebulan dilapor maut selepas diculik oleh sekumpulan monyet ketika menyusu di luar rumah dalam kejadian di Tanzania baru-baru ini, lapor Metro UK. Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan monyet menceroboh sebuah rumah di Kampung Mwamgongo di Kigoma yang bersempadan dengan Taman Negara Gombe pada Sabtu. Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, […]

Kereta Terjunam Dalam Sungai: Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumikan
ALOR SETAR, 26 Jun (Bernama) — Jenazah tiga beranak yang lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling (sempadan Baling-Sungai Petani) semalam, selamat dikebumikan petang ini. Terdahulu, jenazah Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5 yang […]

Kelab MAFI Anjur Squid Game Fitness Hunt Challenge, Perkukuh Pasukan MAFI
KUALA TERENGGANU, 26 JUN 2022- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) dan Kelab MAFI hari ini, menganjurkan MAFI Squid Game Fitness Hunt Challenge selama 3 hari di Pulau Bidong, Terengganu bermula 24-26 Jun 2022. Program rekreasi yang julung kali diadakan ini disertai oleh 50 orang terdiri daripada Exco dan […]

Filem Mat Kilau Raih RM7 Juta Dalam Masa 3 Hari
Selepas ditayangkan pada 23 Jun lalu, filem inspirasi sejarah Mat Kilau karya Syamsul Yusof berjaya raih RM 7 juta dalam masa tiga hari sahaja, lapor TGV Cinemas. Menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik oleh Tanjong Golden Village (TGV) Cinemas di laman Facebook menyatakan filem itu mendapatkan sambutan yang amat memberangsangkan. “Takbir! #FilemMatKilau berjaya meraih RM7 JUTA […]

Gara-Gara Mabuk, Lelaki Jepun Dilaporkan Hilangkan USB Mengandungi Data Peribadi Penduduk Bandar
TOKYO – Gara-gara mabuk, seorang pekerja dilaporkan telah menghilangkan pemacu USB yang mempunyai kira-kira setengah juta maklumat peribadi penduduk sebuah bandar di Jepun. Menurut media tempatan, pekerja lelaki yang tidak dinamakan itu telah meletakkan pemacu USB tersebut di dalam begnya sebelum keluar minum bersama rakan sekerja di bandar Amagasaki, barat laut Osaka. Dia dilaporkan telah menghabiskan […]

Kereta Terjunam Dalam Sungai: Mayat Wanita, Dua Anak Ditemukan
ALOR SETAR, 26 Jun (Bernama) — Mayat tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling (sempadan Baling-Sungai Petani), semalam ditemukan awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata mayat Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, […]

Wanita Bersama Dua Anak Dikhuatiri Lemas Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai
ALOR SETAR, 25 Jun (Bernama) — Tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat Baling, hari ini. Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Mashitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya Mohd Ziyad Zikri […]