Berita

Remaja Perempuan Didakwa Tikam Bayinya Yang Baru Lahir Hingga Mati
AMERIKA SYARIKAT – Seorang remaja Texas berusia 18 tahun telah didakwa atas pembunuhan yang dilakukan pada hari Jumaat lalu terhadap bayinya yang baru dilahirkan, lapor The Washington Post. Menurut pendakwa raya, tertuduh telah menikam bayinya sejurus selepas dilahirkan ketika berkunjung ke Colorado bersama keluarganya. Tertuduh memaklumkan kepada penyiasat bahawa bayi itu senyap dan tidak bergerak serta […]

Semua Perkhidmatan RapidKL Diberi Percuma Selama Sebulan Bermula Hari Ini – PM
Sempena pelancaran MRT Lalauan Putrajaya Fasa Satu, PM umum semua perkhidmatan RapidKL diberi percuma selama sebulan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perkhidmatan MRT, LRT, BRT, Monorel dan bas RapidKL akan beroperasi secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia selama sebulan bermula hari ini. Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika menghadiri majlis pelancaran MRT […]

SPM 2021: 9,696 Calon Peroleh Semua A, GPN 4.86
Merupakan kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), seramai 9,696 calon peroleh semua A dalam SPM 2021. PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) — Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid. Dalam sidang media pengumuman […]

Perinci Jenis Kesalahan Hukuman Mati Mandatori Yang Akan Dimansuh – Pakar Undang-Undang
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Kerajaan perlu memperinci jenis kesalahan jenayah yang akan dimansuhkan hukuman mati mandatori. Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata ini kerana butiran mengenai perkara itu belum dinyatakan dengan jelas buat masa ini. “Apa yang dinyatakan dalam sidang akhbar sebelum ini secara umum sahaja iaitu hukuman mati […]

Gadis Reka Kerusi “Double Decker“ Untuk Penerbangan Kelas Ekonomi, Dakwa Lagi Selesa
Dengan menggunakan penerbangan kelas ekonomi ke mana-mana sahaja bagi jangka masa yang lama adalah suatu pengalaman yang biasa dilalui bagi rata-rata pengembara udara. Selalunya, ramai yang memilih kelas ekonomi kerana kos yang lebih rendah, biarpun pengalaman penerbangan yang ditawarkan tidaklah seberapa. Jika kerusi satu baris kelas ekonomi dirasakan sempit dan tidak selesa, bayangkan pula dengan […]

16 Tahun Tak Bertemu Ibu Kandung, JKM Gesa Jejaki Waris
16 tahun tak bertemu ibu kandung, ia pasti menjadi satu tempoh panjang yang amat memeritkan buat anak gadis ini. Setiap kanak-kanak pasti memerlukan tempat untuk mereka bergantung dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ibu bapa merupakan sumber bagi mereka dalam menerima didikan dan curahan kasih sayang. Namun, tidak semua kanak-kanak mendapat hak yang sama. Ada di antara […]

Wanita Penulis Artikel ‘Cara Bunuh Suami Anda’ Dipenjara Seumur Hidup, Bunuh Suami Sendiri
Wanita penulis artikel Cara Bunuh Suami Anda dipenjara seumur hidup, ia tentang kisah pembunuhan yang ‘real’ terjadi selepas diungkapkan di dalam penulisan. Seorang wanita yang pernah menulis artikel ‘Cara Bunuh Suami Anda’ pada 2011 dipenjara seumur hidup atas kesalahan membunuh suaminya sendiri dalam satu kejadian empat tahun lepas, lapor CNN News. Menurut laporan, Emma (bukan […]

Kenal Melalui Aplikasi ‘Dating’, Wanita Terkejut 10 Bulan Kahwin Baru Tahu ‘Suaminya’ Perempuan
Seorang wanita di Jambi, Indonesia nyata terkejut selepas mendapat tahu bahawa ‘suami’ yang dikahwininya selama 10 bulan sebenarnya merupakan seorang perempuan. Mawar (nama samaran), mengetahui hal tersebut apabila dia menjadi saksi mengenai isu pemalsuan sijil ijazah kolej ‘suaminya’ itu. Menurut Detik, Mawar telah tinggal bersama-sama suaminya lebih kurang 10 bulan. Semasa perbicaraan, Mawar berkata bahawa […]

Tentera Laut Colombia Temui Dua Bangkai Kapal Perang Lama Berhampiran Lokasi ‘San Jose’ Karam
Tentera Laut Colombia temui dua bangkai kapal lama di dasar perairan Cartagena, Caribbean baru-baru ini, berhampiran dengan lokasi kapal perang lama Sepanyol, San Jose ditemui. Memetik The Maritime Executive, kedua-dua bangkai kapal bersejarah tersebut ditemui menerusi empat siri ekspedisi yang dijalankan pihak navy menggunakan remotely operated vehicle (ROV). Tinjauan ROV di lokasi bangkai kapal itu […]

Ibu Tujuh Anak Genggam PhD Dengan Sebelah Mata
SHAH ALAM, 15 Jun (Bernama) — Walaupun mengalami masalah penglihatan iaitu mata kanan tidak berfungsi, tidak sesekali melunturkan semangat seorang ibu tujuh anak untuk memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD). Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa selama enam tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau yang merupakan pensyarah […]

Sembilan Tahun Bersama, ‘Oppa-oppa’ BTS Umum Berpisah Seketika
Kumpulan K-pop yang terkenal, BTS atau turut dikenali sebagai BangTan Boys mengumumkan mereka akan ‘berpisah’ sementara bagi membenarkan setiap ahli fokus kepada kerjaya secara individu. Difahamkan, kumpulan yang bergerak bersama selama sembilan tahun itu sudahpun membuat aku janji untuk kembali semula suatu hari nanti sambil menegaskan bahawa BTS tidak akan dibubarkan. Ahli-ahli kumpulan tersebut terdiri […]

E-mel Termasuk Spam Yang Tidak Dipadam Boleh Mencemarkan Bumi, Ini Penjelasannya
Ramai yang masih tidak tahu bahawa berbilion-bilion e-mel termasuk spam yang tidak diingini, tidak dipadam dan disimpan di dalam peti mel masing-masing sebenarnya mencemarkan Bumi dan tindakan kita memadamnya dapat membantu mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida. Memetik kenyataan dari Parth Garg menerusi aplikasi Medium, benar e-mel juga salah satu penyumbang kepada pelepasan gas karbon […]

1MDB Gagal Bayar Pinjaman, Kerajaan Tanggung Hutang US$3 Bilion – Saksi
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa kerajaan masih menanggung hutang US$3 bilion yang dipinjam oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sembilan tahun lepas. Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, yang ketika itu bertugas di Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan Dan Aktuari (BPKA), berkata […]

Kerajaan Beri Kebenaran Khas Eksport Beberapa Komoditi Ayam
PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) — Kerajaan memutuskan bahawa kebenaran khas diberikan untuk pengeksportan beberapa komoditi berasaskan ayam berkuat kuasa serta merta, umum Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) hari ini. MAFI dalam kenyataan hari ini berkata kebenaran khas itu hanyalah untuk ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam; semua produk berasaskan ayam, dan Day Old Chick […]

RON97 Naik 11 Sen
Harga runcit petroleum RON97 naik 11 sen daripada RM4.72 seliter kepada RM4.83 seliter, umum Kementerian Kewangan hari ini. Sementara itu, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. Harga terkini tersebut berkuat kuasa bagi tempoh 16 Jun hari ini sehingga 22 Jun kelak. “Bagi melindungi pengguna daripada […]

Kejayaan Skuad Kebangsaan Layak Ke Piala Asia 2023 Amat Bermakna Buat Johor
JOHOR BAHRU, 15 Jun (Bernama) — Kejayaan skuad bola sepak kebangsaan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 setelah mengalahkan Bangladesh 4-1, pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi, amat bermakna buat negeri Johor. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kejayaan itu membawa 1001 makna kepada […]

Tersilap Set Harga Minyak, Seorang Pengurus Stesen Minyak Dipecat
CALIFORNIA – Seorang pengurus sebuah stesen minyak di Rancho Cordova dipecat selepas tidak sengaja meletakkan harga yang salah. Menurut Daily Mail, pengurus stesen Shell tersebut telah tersilap meletakkan harga yang sepatutnya iaitu RM30 ($6.99) untuk satu gelen minyak premium kepada RM3 ($0.69). “Ia adalah merupakan kesilapan yang telah saya lakukan,” ujarnya. “Ini adalah suatu mimpi […]

Budak Terperangkap Dalam Perigi 80 Kaki Lebih 100 Jam Berjaya Diselamatkan
RAIPUR – Seorang kanak-kanak kurang upaya yang terperangkap dalam perigi sedalam 80 kaki di daerah Janjgir Champa, Chhattisgarh, tengah India selama lebih 100 jam berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat Operasi menyelamat yang melibatkan kira-kira 500 orang dan berlangsung selama lebih 104 jam itu akhirnya berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh dan terperangkap ke dalam […]

Keluarga Arwah Adib Tarik Balik Rayuan Komital Terhadap Tommy Thomas, Tak Mahu Panjang Kes
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas. Bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid telah mengemukakan dua rayuan di Mahkamah Rayuan antaranya terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengetepikan keputusan koroner yang memberinya kebenaran untuk […]

Enggan Ketepikan Kereta Jadi Punca ‘Rider’ Motosikal Bertumbuk Tengah Jalan
Polis Daerah Shah Alam mengesahkan bahawa keengganan pemandu ketepikan keretanya menjadi punca pergaduhan membabitkan penunggang motosikal. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, kejadian pergaduhan itu dilaporkan berlaku di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 Shah Alam. Video yang memaparkan insiden pergaduhan tersebut telah tular sejak beberapa hari yang lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP […]