Berita

PROTON Lancar X70 2022, Dilengkapi Pengecas Turbo & Ciri-ciri Baharu
PROTON lancar X70 2022, satu lagi langkah kanan syarikat kereta tempatan ini dalam menerajui dunia automotif tanah air. Syarikat pengeluar kereta negara, PROTON telah melancarkan model keluaran terbaru iaitu X70 edisi 2022 dengan pelbagai ciri-ciri baharu. Pelancaran model baharu itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini. “PROTON telah […]

Tiada Dam Untuk Wanita Yang Pakai Pelitup Muka Ketika Ihram
MAKKAH, 9 Jun (Bernama) — Wanita yang memakai pelitup muka ketika berada dalam ihram tidak perlu membayar dam, kata Pengarah Operasi Bimbingan Lembaga Tabung Haji (TH) Tengku Aziz Raja Abdullah. Beliau berkata ia merupakan keputusan yang dicapai menerusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 sempena musim haji tahun ini berikutan timbul beberapa persoalan mengenai pemakaian pelitup muka […]

TMJ Umum Undur Diri Dari JDT
TMJ umum undur diri dari JDT, satu berita yang begitu mengejutkan buat semua peminat bola sepak tanah air hari ini. Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memaklumkan akan mengundurkan diri daripada urusan harian pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Baginda TMJ memaklumkan hal sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat […]

Lelaki Tekad Tikam Teman Wanitanya, Bengang Diri Diabaikan
Seorang lelaki tekad tikam teman wanitanya menggunakan pisau sebelum bertindak menelan asid dalam satu kejadian di Ranhola, barat Delhi baru-baru ini. Menurut polis, suspek dikatakan baru saja berkahwin dengan seorang wanita lain, namun dalam masa sama, teman wanitanya itu tidak mahu melayannya lagi hingga membuatkannya marah. Difahamkan, segalanya bermula apabila mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke […]

Penganggur Sebabkan Kemalangan Lima Kenderaan Didakwa Miliki Ganja
KUALA PILAH, 9 Jun (Bernama) — Seorang penganggur yang ditahan selepas disyaki menyebabkan kemalangan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di daerah Rembau, Ahad lepas, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memiliki ganja. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, 28, didakwa memiliki tumbuhan kering disyaki dadah kanabis dianggar seberat 3.39 gram di dalam kereta jenis Perodua […]

Pan Gon Puji Peminat, Ultras Malaya Atas Kejayaan Malaysia Benam Turkmenistan
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan Gon puji peminat bola sepak Malaysia dan Ultras Malaya atas sokongan sehingga Malaysia berjaya membenam Turkmenistan 3-1 pada perlawanan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. Pan Gon berkata skuad Harimau Malaya mendapat sokongan penuh para […]

Gambar Kahwin Pasangan Suami Isteri Tular Kerana Suami ‘Sebaris’ Budak
Sepasang pasangan suami isteri di Vietnam menjadi perhatian media selepas gambar perkahwinan mereka tular di media sosial baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian adalah si isteri memiliki ketinggian normal orang dewasa, manakala si suami pula hanya ‘sebaris’ sama tinggi dengan kanak-kanak di sebelahnya. Menurut portal media Wolipop, si isteri, Li Thie Die yang memiliki ketinggian […]

Ahli Arkeologi Mesir Temui Ratusan Artifak Purba, Termasuk Buku Ritual Kematian, Keranda & ‘Dewa’
Sekumpulan ahli arkeologi Mesir temui ratusan artifak purba seperti buku ritual kematian, keranda dan patung gangsa di Tanah Perkuburan Nekropolis Saqqara, dekat Kaherah baru-baru ini. Menurut The Washington Post, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri berkata, artifak-artifak itu dijumpai selepas proses penggalian dijalankan di tanah perkuburan tersebut. “Dalam salah satu sarkofagus (keranda) kayu […]

Video Hisap Dadah Tular Di Facebook, Polis Tahan Seorang Lelaki Di Chenderong Balai
TELUK INTAN, 8 Jun (Bernama) — Aksi menagih dan menghisap dadah yang dimuat naik menerusi satu rakaman video di laman Facebook membawa kepada penahanan seorang lelaki di Chenderong Balai di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata berdasarkan rakaman tular hisap dadah itu yang dimuat naik di akaun Facebook […]

Lelaki Maut Terjatuh Dalam Larutan Besi Panas Kerana Tersadung Kaki
PEORIA, ILLINOIS – Seorang pekerja lelaki berusia 39 tahun maut secara tragis selepas tersadung kaki dan terjatuh ke dalam tong besi cair yang bersuhu hampir 1,500C. Mangsa Steven Dierkes, sedang bekerja di Caterpillar Mapleton Foundry di Illinois, Amerika Syarikat ketika kemalangan itu berlaku. Koroner Daerah Peoria, Jamie Harwood berkata, kejadian itu tidak mengandungi sebarang unsur […]

Vietnam Tambah Luka Harimau Muda
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Skuad Harimau Muda kebangsaan menamatkan perjuangan mereka pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 tanpa sebarang keputusan positif selepas mengalami satu lagi kekalahan di tangan Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, hari ini. Skuad Harimau Muda bimbingan Brad Maloney yang tewas 0-2 kepada Vietnam gagal menyerap asakan […]

Penerjun Profesional Maut Terjatuh Dari Ketinggian 800 Meter, Payung Terjun Gagal Terbuka
ROM – Seorang penerjun udara warganegara Britain maut terjatuh dari ketinggian 800 meter apabila payung terjun yang digunakannya gagal terbuka, lapor akhbar Daily Star semalam. Mangsa, Dylan Morris Roberts, 33 yang merupakan seorang pencinta sukan ekstrem telah terbunuh dengan tragis di Gunung Dolomites, Itali. Dylan melakukan aksi terjunan dari cerun gunung itu bersama lima orang […]

KFC Australia Terpaksa Letak Kubis Dalam Burger Ekoran Kekurangan Bekalan Salad
KFC di Australia meletakkan kubis dalam burgernya kerana mengalami kekurangan bekalan salad disebabkan oleh harga yang melambung tinggi, lapor Bloomberg pada 7 Jun lalu. Kebiasaannya, burger yang dihidangkan akan menggunakan salad. Namun, campuran salad dan kubis akan digunakan di dalam menu burger di seluruh restoran KFC di seluruh negara kata syarikat itu kepada para pelanggan. […]

Pegawai Kesihatan Kontrak Jalani Khidmat Wajib Layak Dapat Kemudahan – Khairy
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Kerajaan bersetuju memberi kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib, demikian menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini juga bersetuju, untuk memanjangkan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada […]

Berang Cintanya Ditolak Seorang Janda, Lelaki Nekad Cekik Anak Mangsa Hingga Mati
JAMBI – Lelaki berusia 56 tahun nekad membunuh seorang kanak-kanak 5 tahun gara-gara cintanya ditolak oleh ibu mangsa, lapor Tribun Bogor. Kejadian sadis itu dilaporkan berlaku di Daerah Bungo, Jambi, Indonesia. Menurut Tribun Bogor, mangsa telah mati dibunuh oleh lelaki tersebut di dalam sebuah bilik hotel kerana ibu kepada mangsa yang merupakan seorang janda menolak […]

Pameran LIMA Kembali Mei Depan – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau Langkawi, Kedah selepas penganjurannya pada 2021 terpaksa dibatalkan susulan penularan COVID-19. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata LIMA ‘23 diadakan susulan kejayaan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) […]

Cuaca Tidak Menentu Pengaruhi Pendaratan Serta Harga Ikan
PORT DICKSON, 8 Jun (Bernama) — Cuaca tidak menentu mempengaruhi pendaratan ikan di negeri ini menyebabkan berlakunya pengurangan bekalan sumber protein itu, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe. Beliau berkata secara keseluruhan stok bekalan ikan masih stabil cuma perubahan cuaca di luar jangkaan memberi kesan kepada pengeluarannya dan menyebabkan kenaikan harga ikan […]

Review Siri Viu Original Seribu Nina Dan Menang RM1,000
Rebut peluang menangi wang tunai berjumlah RM1,000 dalam peraduan “Review dan Menang” drama Viu Original Seribu Nina bermula 1 Jun hingga 10 Jun 2022. Anda hanya perlu memuat naik video Review siri Seribu Nina di platform media sosial anda sama ada di Facebook, Instagram atau TikTok dan tag @viumalaysia bersama tanda pagar #SeribuNina #ViuOriginal. Penghantar […]

Harga Minyak Terus Meningkat, RON97 Kini RM4.72 Seliter
Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa harga runcit petrol bagi RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM4.70 kepada RM4.72 seliter. Menerusi satu kenyataan media, kementerian itu juga memaklumkan bahawa harga bagi RON95 dan diesel kekal iaitu masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. Penetapan harga baharu itu berkuat kuasa bagi tempoh 9 Jun 2022 […]

IJM Land Galakkan Rakyat Malaysia Pupuk Tabiat Kitar Semula Yang Lestari & Holistik
SEREMBAN, 8 JUN 2022 – Kitar semula sudah lama berada di dalam senarai kita untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar, namun ramai rakyat Malaysia masih bergelut untuk menjadikan kitar semula sebagai satu tabiat yang konsisten. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, yang disambut pada 5 Jun setiap tahun, pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, IJM Land Berhad […]