Berita

Pengawal Keselamatan Ditahan Menyamar Pegawai Tentera
SEREMBAN, 1 Jun (Bernama) — Polis menahan seorang pengawal keselamatan kerana menyamar sebagai pegawai tentera selepas menyerbu sebuah rumah di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) […]

Mahkamah Batalkan Keputusan Lepas Tanpa Bebas Long Tiger, Hakim Dapati Berlaku Kekhilafan
Keputusan untuk melepas tanpa membebaskan Long Tiger telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Muar hari ini, lapor Utusan. Sebelum ini lelaki yang berusia 33 tahun itu diberikan perintah pelepasan bukan pembebasan oleh Mahkamah Majistret Tangkak pada 17 Mei lalu bagi kes peras ugut. Memetik laporan Utusan, Hakim Datuk Abu Bakar Katar berkata berlakunya kekhilafan terhadap keputusan […]

Pemuda Dikhuatiri Lemas, Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang
Seorang pemuda yang berusia 22 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi. Memetik laporan Kosmo, sebelum terjatuh mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Peugeot berwarna merah di Kilometer 2.2 Jambatan Pertama Pulau Pinang menghala ke arah pulau. Pihak bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit […]

Mayat Dipercayai Dibunuh Ditemukan Dalam Keadaan Terbakar
IPOH, 1 Jun (Bernama) — Satu mayat dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu pada kira-kira 3.05 petang. “Pihak polis daerah Kuala Kangsar telah hadir ke lokasi kejadian […]

Paras Air Empangan Bukit Merah Surut, Penduduk Gesa Pembenihan Awan Segera
BAGAN SERAI, 31 Mei (Bernama) – Kerajaan Negeri Perak digesa menjalankan pembenihan awan di Empangan Kolam Bukit Merah di sini dengan segera bagi mengatasi masalah paras air yang semakin surut. Kebanyakan penduduk di sini yakin langkah itu mampu mencetuskan hujan bagi membekalkan air ke dalam takungan di empangan tersebut sekali gus memastikan bekalan untuk minuman […]

Malaysia Perlu Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Berkaitan Perubahan Iklim
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) – Terdapat keperluan untuk Malaysia menubuhkan suruhanjaya bebas mengenai perubahan iklim, bagi dipertanggungjawabkan memantau dan melaporkan pencapaian pengurangan pelepasan karbon dioksida tahunan kepada orang ramai ataupun parlimen dalam melihat kemajuan negara dalam mencapai sifar karbon menjelang 2050. Mantan Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Swasta Dr Milton Lum berkata walaupun 2050 masih […]

COVID-19 Di Makkah Terkawal, SOP Dilonggarkan
MAKKAH, 31 Mei (Bernama) — Wabak COVID-19 di Makkah dilaporkan sudah semakin terkawal dan prosedur operasi standard (SOP) turut dilonggarkan tanpa pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, kata Konsul Haji Malaysia, Tabung Haji (TH) di Jeddah, Muhammad Saimi Mat Som. Meskipun terdapat kelonggaran, beliau masih menyarankan jemaah Haji Malaysia untuk terus memakai pelitup muka bagi mengurangkan […]

Bekas Pemain Hoki Kebangsaan Ponnudurai Meninggal Dunia Pada Usia 62 Tahun
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) – Bekas pemain hoki kebangsaan K.Ponnudurai meninggal dunia pada usia 62 tahun, tengah hari semalam. Menurut bekas rakan sepasukannya Kevin Nunis, Ponnudurai meninggal dunia di rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan, dua bulan selepas dibenarkan keluar daripada Hospital Putrajaya. Kevin yang sedang bersedih memberitahu Bernama, Ponnudurai mempunyai sejarah kesihatan melibatkan dua […]

Unik, 22 Pengantin Disatukan Tanpa Kenal Identiti Pasangan, Hanya Tahu Selepas Dipanggil Untuk Akad Nikah
Tular di media sosial tentang majlis perkahwinan beramai-ramai yang diadakan di Pondok Darul Falah Sidoarjo di Jawa Timur. Memetik daripada laporan Tribunnews, seramai 22 orang pengantin dinikahi di sekolah pondok tersebut walaupun setiap bakal pengantin tidak mengenali pasangan mereka. Difahamkan, bakal pengantin itu merupakan pelajar di sekolah pondok berkenaan. Mereka hanya akan berjumpa buat kali […]

Saksi Nampak Bella Baring Di Lantai Tanpa Alas, Kesan Lecur Di Leher
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau nampak remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella baring di lantai bilik dobi di sebuah kondominium di Wangsa Maju tanpa dialas dengan selimut dan tilam selain terdapat kesan lecur pada leher mangsa. Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman […]

Wanita Pecah Rekod Dunia, Hasilkan Kek Gergasi Seberat 80 Kilogram
Pernah tak terlintas di fikiran anda dan membayangkan kek gergasi di dunia dan kalau anda pernah bayangkan, bagaimanakah pula rupa dan bentuk kek tersebut? Jawapannya semestinya ada dan beginilah rupanya. Ms Quinn telah mencipta sebiji kek gergasi seberat 80kg, Kek Jaffa bersempena dengan ulang tahun ke-15 Program Britain’s Got Talent. Sebagai perbandingan, kek gergasi itu […]

Terbitkan Lagu Terakhir “The Last Ride”, Penyanyi Rap Punjabi, Sidhu Moose Wala Maut Dibunuh
Seorang pemuzik rap popular, Shubhdeep Singh Sidhu, 28, atau nama pentasnya Sidhu Moose Wala dikhabarkan terbunuh sehari selepas kawalan perlindungan yang diberikan kepadanya ditarik. Sidhu Moose Wala, maut pada petang Ahad yang lalu ketika memandu keretanya di Mansa, sebuah daerah di Punjab. Mendiang telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Pegawai […]

Polis Tahan Pemain Bola Sepak Bantu Siasatan Kes Rogol Remaja Perempuan
KOTA BHARU, 31 Mei (Bernama) – Polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di sini Ahad lalu. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan suspek berusia 28 tahun itu, dibuat di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini malam Ahad lalu, selepas mangsa […]

Terkorban Dalam Kemalangan, Impian ‘Influencer’ Nak Jelajah Dunia Bersama Anjing Kesayangan Akhirnya ‘Terkubur’
Impian seorang influencer Instagram untuk menjelajah dunia musnah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama anjing kesayangannya hingga meninggal dunia. Jessie Koz yang juga merupakan seorang ‘influencer’ di aplikasi Instagram dilaporkan maut dalam sebuah kemalangan bersama seekor anjing miliknya sebelum sempat menunaikan impiannya untuk menjelajah dunia. Menurut Daily Mail, dia ‘membawa’ impian untuk mengembara dari negara asalnya, Brazil […]

Syahmi Safari Terpaksa Digugurkan Daripada Skuad Kebangsaan Akibat Masalah Kesihatan
Pemain bola sepak negara, Syahmi Safari terpaksa digugurkan dari kem latihan pusat Skuad Harimau Malaya kerana masalah kesihatan, umum ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon. Kenyataan tersebut diumumkan selepas pemain pertahanan itu mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat meneruskan perjuangan bagi menghadapi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 hingga 14 jun nanti. “Keputusan […]

Polis Tahan Pemain Bola Sepak Bantu Siasatan Kes Rogol Remaja Perempuan
KOTA BHARU, 31 Mei (Bernama) — Polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di sini Ahad lalu. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan suspek berusia 28 tahun itu, dibuat di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini malam Ahad lalu, selepas mangsa […]

Hoki Piala Asia: Malaysia Sah Mara Ke Final, Benam Jepun 5-0
Malaysia kini secara sahnya berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 selepas membenam skuad hoki Jepun dengan keputusan 5-0. Dalam perlawanan yang mendebarkan itu, skuad hoki kebangsaan melakukan asakan bertali arus sehingga menyebabkan pemain Jepun banyak ‘hilang bola’. Gol-gol yang dijaringkan pemain Malaysia disumbangkan oleh Shello Silverius pada minit ke-15 di suku […]

Lelaki Alami Masalah Mental Didiagnos Hidap DID, Miliki 10 Identiti Berbeza
Seorang lelaki di Munich, Jerman yang didiagnos mengalami masalah mental didakwa memiliki 10 jenis personaliti dan usia masing-masing yang berbeza, lapor Mirror. Memetik Mirror, Leonard Stöckl mempunyai 1o personaliti yang berbeza iaitu Kovu, 4 tahun , Hektor, 8 tahun, Ana, 16 tahun , Cosmo, 17 tahun, Ash, 18 tahun, Jessy, 19 tahun, Leo, 21 tahun, […]

Pegawai Polis Meninggal Dunia, Kanser Saraf Merebak Ke Hati
Seorang pegawai polis wanita yang bertugas di Kuantan, Pahang dilaporkan telah meninggal dunia pada 31 Mei hari ini sekitar jam 1.40 petang tadi. Difahamkan, menurut laman Facebook rasmi Polis Kuantan, pegawai polis berkenaan meninggal dunia kerana menghidapi komplikasi kanser saraf. “Dimaklumkan bahawa Sarjan RF 106972 Roslina binti Ismail, 52 tahun yang bertugas di Cawangan Stor […]

22 Mayat Penumpang Pesawat Terhempas Di Himalaya Ahad Lalu Berjaya Dibawa Keluar
Pasukan Mencari dan Penyelamat Nepal hari ini berjaya membawa keluar kesemua 22 mayat penumpang termasuk kru di dalam sebuah pesawat yang dilapor terhempas ke lereng gunung Himalaya pada Ahad. Kerajaan Nepal telah membentuk panel untuk menyiasat kejadian berkenaan dan sekali gus mencadangkan langkah untuk mencegah ia berlaku pada masa akan datang. Kesemua mangsa iaitu dua […]