Berita

Berita
Myvi Langgar Tembok, Wanita Cedera Terkena Serpihan Batu – BOMBA
SEREMBAN, 16 Mei (Bernama) — Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok di tingkat empat tempat letak kereta Hentian Bas Terminal One, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok itu menyebabkan serpihan batu tembok tersebut […]
Berita
Polis Kenal Pasti Lima Suspek Kes Bunuh
BUKIT MERTAJAM, 16 Mei (Bernama) — Polis telah mengenal pasti identiti lima individu disyaki terlibat menyerang seorang lelaki yang cedera parah selepas ditetak dan ditikam berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata ketika ini pihaknya giat mengesan empat lelaki dan seorang wanita […]
Berita
Beberapa Sungai Di Lembah Klang Berada Pada Paras Bahaya
Beberapa sungai di kawasan sekitar Lembah Klang dilaporkan sudah melebihi pada paras bahaya buat masa ini, menurut Bernama sebentar tadi. Menurut Bernama, antara sungai-sungai yang terlibat adalah Sungai Klang, Sungai Batang Kali dan Sungai Tengi di Hulu Selangor. Selain itu, Sungai Langat di Kuala Langat juga turut melebihi parasa bahaya. Berita lanjut menyusul. https://www.facebook.com/BernamaTV/posts/5440751222611724 Sumber: […]
Berita
Ribut Petir Dijangka Landa Hampir Seluruh Semenanjung
Amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi dijangka melibatkan hampir seluruh Semenanjung. Dalam masa sama, amaran ribut petir tersebut turut melibatkan beberapa kawasan utama di sekitar Sabah dan juga Sarawak. Antara negeri yang mungkin terjejas adalah Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Kelantan, […]
Berita
Adik Kepada Kanak-Kanak Yang Meninggal Dunia Disyaki Turut Didera
IPOH, 16 Mei (Bernama) — Adik kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia awal pagi semalam disyaki turut didera oleh ibu dan bapa saudaranya, disyaki turut menjadi mangsa penderaan. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana terdapat kesan kecederaan […]
Berita
Bomba Jasin Selamatkan 80 Pengunjung Air Terjun Terperangkap Akibat Kepala Air
MELAKA, 16 Mei (Bernama) — Petugas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin menyelamatkan kira-kira 80 pengunjung Air Terjun Lama Tiga Budaya, Asahan selepas terperangkap akibat fenomena kepala air hari ini berikutan hujan lebat. Komander Operasi Mohd Rizuan Suliman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengunjung pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum tiba ke […]
Berita
Terkesan Dengan Gelombang Haba, Puluhan Burung Dilapor Jatuh Dari Langit Akibat Dehidrasi
India – Puluhan burung dilaporkan telah jatuh dari langit pada setiap hari di negeri Gujerat disebabkan dehidrasi. Memetik laporan Sky News, ia adalah kesan daripada gelombang panas terik yang berlaku di negara itu sehingga mengeringkan sumber air. Sebagai tindak balas, doktor veterinar dan penyelamat haiwan telah memberi makan tablet multi-vitamin dan menyuntik air ke dalam […]
Berita
Anggota Badan Dipercayai Milik Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Suku Ditemukan
IPOH, 16 Mei (Bernama) — Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai di sini semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Muhammad Shahrizal Aris berkata anggota badan itu ditemukan […]
Berita
Tendangan Haram Pesilat Indonesia Pada Bahagian Leher Jadi Punca Khairi Adib Raih Emas
Pesilat negara, Khairi Adib Azhar berjaya sumbang pingat emas buat Malaysia dalam acara final Pencak Silat Lelaki kategori Putra B (50-55kg) di Sukan SEA Hanoi sebentar tadi. Perlawanan berlangsung agak sengit dengan kedua-dua pesilat mempamerkan aksi cemerlang. Turut berlaku detik dramatik pada saat-saat akhir apabila mata yang dikumpul oleh pesilat dari Indonesia dipotong sebanyak 10 […]
Berita
Welson Sim Ungguli Peringkat Saringan, Berjaya Pecah Rekod Sukan SEA
Perenang negara, Welson Sim dilapor memecahkan rekod baharu Sukan Sea apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam tempoh masa 4:01.37s menerusi acara renang 400 meter gaya bebas lelaki sebentar tadi. Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Palace itu, Welson jauh meninggalkan perenang yang lain dan berjaya menamatkan saingan dalam peringkat saringan itu. Terdahulu, pasukan renang […]
Berita
Pandu Kereta Sambil Guna Telefon Bimbit, Anggota Polis Disaman
Pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap pemandu yang memandu kereta sambil menggunakan alat komunikasi dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata bahawa pemandu yang juga seorang anggota polis itu telah dipanggil untuk siasatan. “Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya telah […]
Berita
Pemandu Halang Ambulans Tular Ada Masalah Pendengaran
KAMPAR, 15 Mei (Bernama) — Polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menghalang sebuah ambulans di Kilometer 292 Lebuh Raya Utara – Selatan arah utara, seperti tular di media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata pemandu dan pemilik kenderaan telah hadir ke Ibu […]
Berita
Dua Pendaki Wanita Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh, Kepala Air Di Gunung Suku
IPOH, 15 Mei (Bernama) — Dua wanita dipercayai dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika sedang mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46 tahun. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima maklumat […]
Tragedi
Wanita Parah & Maut, Serpihan Patung Batu Di Kuil Jatuh Dari Atas
Seorang wanita berusia 53 tahun dilapor maut selepas cedera parah gara-gara terkena serpihan patung batu yang terjatuh dalam satu upacara keagamaan di sebuah kuil di Ipoh. Memetik Sinar Harian, nahas tersebut berlaku kira-kira 9:50 pagi semasa mangsa sedang mengikuti upacara keagamaan yang berlangsung di kuil tersebut yang terletak di Buntong. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk […]
Berita
Pelajar Sekolah Maut, Motosikal Bergesel & Dilanggar Dua Kereta
BUTTERWORTH, 15 Mei (Bernama) — Seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11.9 Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Sungai Dua di sini, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata dalam kemalangan pada 2.35 pagi itu mangsa yang berusia 16 meninggal dunia […]
Lelaki Ditikam & Ditetak Meninggal Dunia Di Hospital
BUKIT MERTAJAM, 15 Mei (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas ditetak dan ditikam oleh sekumpulan individu dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata mangsa berusia lingkungan 30-an itu disyaki diserang empat lelaki dan seorang wanita dalam […]
Berita
Ramai Ibu Bapa Risau Anak Asyik Main TikTok, Rupanya Ada ‘Rahsia’ Lain Mereka Belum Tahu
Memang tak boleh disangkal lagi, penggunaan aplikasi TikTok sekarang semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan kebanyakan orang tidak kiralah peringkat umur. Dari muda hingga ke tua, aplikasi ini semakin dekat dengan pengguna telefon pintar. Apa tidaknya, pelbagai perkara dapat dilihat ditambah lagi dengan suntingan muzik di dalamnya yang boleh memberikan daya penarik kepada ramai orang. Pun […]
Berita
Gelandangan Ditemui Maut, Dipercayai Gantung Diri Dalam Surau
Seorang gelandangan ditemui maut selepas dipercayai menggantung diri di sebuah surau di Jalan Ismail, Mersing, awal pagi tadi, lapor Kosmo. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing memetik laporan berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi di surau berkenaan. Jelasnya, mangsa merupakan seorang lelaki gelandangan disyaki warga tempatan ditemui […]
Berita
Harga Durian Dijangka Naik Tahun Ini – MAFI
JASIN, 14 Mei – Peminat durian terutama jenis premium seperti Musang King dan Duri Hitam bakal berdepan kenaikan harga sekali ganda pada musim durian tahun ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata kenaikan itu adalah disebabkan pengeluaran ‘raja buah’ itu yang dijangka berkurangan hampir 50 peratus akibat faktor cuaca. […]
Berita
Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Bakal Membadai Hampir Seluruh Negara Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan sehingga jam 9.00 malam ini. Antara negeri yang terlibat adalah Kedah di Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Kelantan melibatkan daerah Jeli dan Pasir […]