Berita

Jangan Terburu-buru Tanam Ketum, Tunggu Keputusan Kerajaan – Mahdzir
KUALA NERANG, 14 Mei – Penduduk luar bandar di negeri ini dinasihatkan tidak terburu-buru mengusahakan penanaman pokok ketum di kawasan tanah milik mereka walaupun ada cadangan agar daun ketum dibenarkan dieksport ke luar negara bagi tujuan perubatan. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penduduk sebaiknya perlu menunggu keputusan rasmi kerajaan persekutuan berkaitan […]

Negara Catat 28,957 Kes HFMD Bagi Tempoh Januari Hingga Semalam – Khairy
REMBAU, 14 Mei (Bernama) — Terdapat peningkatan ketara kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara dengan 28,957 kes dilaporkan bagi tempoh Januari lepas hingga semalam berbanding hanya 4,239 kes bagi keseluruhan tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjangkakan peningkatan itu berikutan pembukaan semula semua […]

Atlet Baling Tukul Besi Negara Rampas Kembali Emas
HANOI, 14 Mei (Bernama) — Atlet baling tukul besi lelaki dan wanita negara menyumbang emas ke-12 dan 13 negara menerusi sukan itu pada temasya Sukan SEA ke-31 hari ini. Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong Xiu Mei merampas kembali kejuaraan mereka dalam sukan itu daripada pesaing tradisi dari Thailand, di Stadium Kebangsaan My Dinh […]

Kemangkatan Presiden UAE: Bendera Peribadi Agong Dikibar Separuh Tiang Lima Hari
KUALA LUMPUR, 14 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya bendera peribadi Baginda dikibarkan secara separuh tiang di Istana Negara selama lima hari berturut-turut bermula hari ini. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamduddin, ia sebagai tanda berkabung Seri Paduka atas kemangkatan Presiden Emiriah Arab […]

Jenazah Tiga Penuntut USAS Selamat Dikebumikan
KUALA LUMPUR, 14 Mei- Jenazah tiga lagi penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada tengah malam Rabu, masing-masing selamat dikebumikan di Negeri Sembilan, Selangor dan Johor, hari ini. Jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Iqbal Hasnun Halimi, 23; dan Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, […]

Kelulusan Penyembelihan Syarikat Di Australia Digantung Serta-Merta – JAKIM
PUTRAJAYA, 14 Mei – Kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperoleh. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jakim dengan pihak […]
Kemalangan Babitkan Lima Rentung: Pemandu Treler Dijangka Didakwa Selasa
IPOH, 14 Mei – Kertas siasatan terhadap pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan sehingga mengorbankan lima nyawa di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Rabu lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Selasa ini. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan yang […]

Pemimpin Seluruh Asia Barat Berkabung Atas Pemergian Presiden UAE
KAHERAH, 14 Mei – Pemimpin di seluruh Asia Barat pada Jumaat menzahirkan kesedihan atas pemergian Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang meninggal dunia pada usia 73 tahun selepas bertahun-tahun menderita sakit, lapor Xinhua. “Saya amat berdukacita atas kehilangan Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan,” kata Setiausaha Agung […]

Serangan Peluru Berpandu Israel Di Syria, 5 Terbunuh
DAMSYIK, 14 Mei – Lima maut dan tujuh lagi cedera selepas Israel menyerang kem tentera di tengah Syria pada Jumaat, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita SANA. Beberapa peluru berpandu yang dibedil Israel mengenai sasaran berhampiran kawasan Masyaf wilayah Hama, lapor SANA, memetik kenyataan tentera. Serangan itu turut merosakkan harta benda dan menyebabkan kebakaran di hutan […]

Lima Rentung: Pemandu Treler MIliki Sembilan Rekod Kesalahan JPJ
KUALA KANGSAR, 14 Mei – Pemandu treler membawa muatan besi yang ditahan berhubung kemalangan melibatkan lima pelajar rentung di Lebuhraya Utara Selatan Rabu lepas, mempunyai sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ibu Pejabat JPJ dalam kenyataan berkata hasil semakan dalam sistem mySIKAP JPJ mendapati rekod kesalahan itu, dengan 12 mata demerit di bawah Sistem […]

Pemandu Myvi Cetus Provokasi Ditahan Semula Berhubung Kes Curi Kenderaan
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan kerana melakukan provokasi serta menghalang pemandu lain di jalan raya Isnin lepas ditahan semula berhubung kes mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang dan Johor. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan semalam pada 4.05 petang […]

Identiti Tiga Jenazah Pelajar USAS Sudah Dikenal Pasti Melalui Rekod Pergigian
KUALA KANGSAR, 13 Mei (Bernama) — Identiti tiga lagi jenazah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam Rabu, telah dikenal pasti menerusi rekod pergigian. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata identiti ketiga-tiga mayat telah disahkan berdasarkan perbandingan […]

Polis Buru Warga Emas Bantu Siasatan Kes Hina Institusi Diraja Pahang
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia sedang menjejaki seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan kes penyiaran artikel mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap institusi Diraja Pahang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata lelaki yang dikenali sebagai Hussein Abd Hamid, 75, dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah […]

Proses Pengecaman Tiga Lagi Mayat Rentung Guna Rekod Pergigian
TAIPING 13 Mei (Bernama) — Pasukan forensik sedang menggunakan rekod pergigian, bagi mengesahkan identiti tiga lagi mayat pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung, dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam Rabu. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata rekod pergigian itu digunakan pihak […]
Hampir Seluruh Negara Bakal Dilanda Ribut Petir Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan sehingga jam 8.00 malam ini. Antara negeri yang terlibat adalah Kedah di Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, […]

Digelar ‘Ratu Everest’, Wanita Cipta Rekod Tawan Gunung Everest 10 Kali
Wanita berusia 48 tahun dikenali sebagai Lhakpa Sherpa baru sahaja selesai mendaki Gunung Everest kali ke-10 sepanjang hidupnya. Kejayaan wanita ini dikongsikan oleh abang kandungnya dan disahkan oleh pegawai Nepal, sekaligus menjadi wanita pertama yang berjaya menawan Gunung Everest sebanyak 10 kali. Jelasnya, kali terakhir dia melakukan pendakian ke atas gunung dengan ketinggian 8,848.86 meter […]

Polis Tahan Remaja Lari Dari Pemeriksaan Jalan Raya, Langgar Anggota
SEREMBAN, 13 Mei – Seorang remaja ditahan selepas melanggar seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri dari pemeriksaan jalan raya di Jalan Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, remaja berusia 19 tahun yang […]

Mufti Negeri Sembilan Saran Import Daging Dari Rumah Sembelihan Langgar SOP Ditangguh Sementara
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pengimportan daging dari rumah sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal, wajar ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut. Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata dalam tempoh siasatan itu juga, umat Islam disaran supaya menghentikan pembelian daging yang […]

Geram Orang Tuanya Dihina, Remaja Didakwa Bunuh Rakan Baik Sendiri
Seorang remaja lelaki bertindak membunuh rakan sekerjanya di sebuah asrama pekerja di wilayah Kecamatan Silimakuta, Kabupaten pada Ahad lalu. Mangsa bunuh itu ditemui meninggal dunia dengan kesan cedera diperut dan leher. Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai bertindak menghina kedua-dua orang tuanya. Polis yang memeriksa tempat kejadian kemudiannya menemui […]

Peka Dengan Hebahan MetMalaysia, Ini 4 Kesan Cuaca Semasa Monsun Barat Daya
Monsun Barat Daya dijangka bermula pada Sabtu, 14 Mei 2022 dan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini. Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa semasa tempoh ini, angin bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil. Justeru itu, dalam tempoh ini juga, bilangan hari tanpa hujan lebih […]