Berita

Berita
Mayat Kru Kapal Layar Terjatuh Dari Bot Di Langkawi Ditemukan
ALOR SETAR, 13 Mei – Mayat lelaki yang juga kru sebuah kapal layar yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bot di perairan Kuah, Langkawi, Rabu lepas, ditemukan pagi tadi. Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata mayat Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23, dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terapung pada 7.15 pagi. […]
Berita
Remaja Didakwa Bunuh Bayi Sendiri Dibenar Ikat Jamin
PUTRAJAYA, 13 Mei – Remaja perempuan yang didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya dibenar dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rayuan hari ini sementara menunggu perbicaraan kes itu. Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah, membenarkan remaja itu diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan […]
Berita
Atlet Debut Wushu Cipta Kejutan Rangkul Dua Emas, Sebutir Perak Di Hanoi
HANOI, 13 Mei – Kem wushu negara tampil cemerlang apabila mencipta kejutan merangkul dua pingat emas dan sebutir perak menerusi disiplin taolu pada hari pertama sukan itu dipertandingkan di Sukan SEA ke-31 di sini. Lebih menceriakan apabila ketiga-tiga pemenang pingat itu, merupakan atlet yang beraksi buat kali pertama di temasya dwitahunan berkenaan, sekali gus memastikan […]
Berita
Lima Termasuk Tiga Kanak-Kanak Cedera Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Lima individu termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 9.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat Subang di sini malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.55 malam dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang […]
Berita
HFMD: 11 Premis Berkaitan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ditutup Di Melaka
MELAKA, 13 Mei – Sebanyak 11 premis berkaitan pusat jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatkan 977 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr Rusdi Abd Rahman berkata jumlah tersebut adalah daripada 13 kluster dilaporkan membabitkan tadika, taska, pusat jagaan dan rumah setakat minggu ini. “Terdapat peningkatan kes […]
Berita
Tragedi Lima Pelajar Rentung: Pemandu Treler Ada 22 Saman
KUALA KANGSAR, 13 Mei – Pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar tengah malam tadi direman selama empat hari mulai 12 Mei 2022. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata reman ke atas pemandu berumur 28 tahun sehingga Ahad ini […]
Berita
KJ Akan Umum Anggota Pasukan Petugas Bebas Untuk Siasat Budaya Kerja Di Hospital Petang Ini
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melantik pasukan petugas bebas di seluruh hospital susulan kejadian buli di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini. Memetik daripada ciapan Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata pasukan petugas bebas ini akan diberi masa selama dua bulan untuk menyiasat budaya kerja di hospital di bawah KKM. “Saya tidak mahu […]
Berita
Thailand Rancang Agih Sejuta Pokok Ganja Secara Percuma Kepada Rakyatnya
Kerajaan Thailand merancang untuk mengagihkan sejuta pokok ganja secara percuma kepada orang ramai disana Jun ini sebagai tanda bermulanya perintah yang membenarkan orang ramai menanam pokok ganja di rumah, kata Menteri Kesihatannya. Anutin Charnvirakul dalam pengumuman yang dibuatnya di laman Facebook pada 8 Mei berkata, beliau berharap tumbuhan akan menjadi tanaman seperti tanaman yang biasa […]
Berita
Imej Lohong Hitam Dalam Galaksi Bima Sakti Berjaya Dirakam Buat Pertama Kali
Imej lohong hitam dalam Galaksi Bima Sakti didedahkan kepada umum buat pertama kali oleh sepasukan saintis antaranbangsa, pada Khamis. Objek gergasi itu dikesan berada di tengah-tengah Galaksi Bima Sakti dan diberi nama Sagittarius A*. Imej berkenaan yang diambil menggunakan Event Horizon Telescope (EHT), merupakan visual pengesahan langsung pertama yang membuktikan kewujudan objek itu dalam galaksi […]
Berita
Matawang Kripto Luna Kini Hampir Tak Bernilai, Jatuh Dibawah 0.002 Dollar
Luna, iaitu matawang kripto kontroversi kepada TerraUSD jatuh menjunam kepada paras hampir tidak bernilai dibawah 0.002 Dollar, pada Khamis. TerraUSD, atau disebut sebagai UST, menjadi tumpuan orang ramai, khususnya pelabur matawang kripto, sejak beberapa hari lalu selepas nilainya jatuh dibawah paras USD 1, biarpun sebelum ini ia digembar-gemburkan sebagai matawang kripto stabil dan diikat one-to-one […]
Berita
Debat Anwar-Najib Berlangsung Aman, Tanpa Provokasi
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Debat Perdana antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara malam ini berjalan lancar. Bermula tepat 9 malam, program yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan […]
Berita
Budak Perempuan Maut, Ibu & Kakak Parah Dalam Nahas Kereta Bertembung Treler
Seorang budak perempuan maut manakala ibu dan kakaknya parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kereta dalam nahas di Kilometer 54.1, Jalan Kota Bharu menuju ke Kuala Krai semalam. Mangsa, Nur Faqihah Nahdrah Noorfakrumuzi, 4 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah pada bahagian dalaman badan dalam kejadian […]
Luar Negara
Mike Tyson Bebas Atas Dakwaan Cetus Keganasan Dalam Kapal Terbang
Bekas peninju lagenda, Mike Tyson bebas atas dakwaan cetus keganasan dalam kapal terbang baru-baru ini, lapor sebuah laman media hiburan TMZ. Mike boleh menarik nafas lega selepas tidak dikenakan apa-apa tindakan atas kelakuannya yang menumbuk salah seorang penumpang dalam sebuah pesawat. Peguam Daerah San Mateo, Stephen Wagstaffe berkata,”Tindakan (disyaki provokasi) yang dicetuskan mangsa (penumpang tersebut) […]
Berita
Dua Mangsa Kemalangan Tunjuk Perubahan Sikap Ketika Aidilfitri
KUALA KANGSAR, 12 Mei (Bernama) — Dua daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini malam semalam menunjukkan perubahan sikap ketika meraikan Aidilfitri baru-baru ini. Yuzambree Ramlee Mohd Yunus, 46, bapa saudara kepada Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, berkata pelajar Diploma Kaunseling Islami […]
Berita
Piala Thomas: Zii Jia Mulakan Langkah Kanan, Berjaya Tewaskan Pemain Perseorangan India
Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya menewaskan perseorangan utama India, Lakshya Sen di peringkat suku akhir Piala Thomas sebentar tadi. Dalam perlawanan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok itu, Zii Jia menumpaskan Lakshya dengan mata 21-23, 9-21. Berikutan dengan kemenangan itu, Malaysia kini sedang mendahului India 1-0. Maklumat lanjut akan menyusul. #PialaThomas: […]
Berita
Arwah Iqbal Hasnun Mahu Ikut Jejak Ibu Bapa Jadi Guru Agama
KULAI, 12 Mei (Bernama) — Seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan arah utara tengah malam tadi, Iqbal Hasnun Halimi, mahu mengikut jejak ibu bapanya menjadi guru agama selepas tamat pengajian nanti. Ibu saudaranya Siti Norassikin Paralan berkata penuntut Ijazah Sarjana Muda […]
Berita
Tarikan Baharu Menanti Penggemar Aktiviti Lasak Di Escape Penang
GEORGE TOWN, 12 Mei (Bernama) — ESCAPE Penang menawarkan tarikan pelancongan terbaharu untuk penggemar aktiviti lasak dengan pelancaran Zip Coaster, iaitu tunggangan seperti roller coaster sejauh 1.1 kilometer yang merupakan terpanjang di dunia. Zip Coaster itu turut dicatatkan dalam Guinness World Records, sekali gus menjadikan taman tema berkenaan sebagai destinasi bertema pertama dan satu-satunya di […]
Berita
Pasangan Kekasih Ditahan Bantu Siasatan Kes Penemuan Janin
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes penemuan janin di dalam tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak di sini Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata lelaki dan wanita berusia 27 tahun itu ditahan di pekarangan Hospital Tuanku Azizah, di sini […]
Berita
Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Babitkan 13 Kenderaan
NIBONG TEBAL, 12 Mei (Bernama) — Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan 13 buah kenderaan termasuk sebuah treler yang mengalami masalah brek di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata kemalangan pada kira-kira 6.20 petang itu mengakibatkan Tang Hai Kok, […]
Berita
Kata Laluan “Sayang” Paling Popular Di Malaysia, Dianggap Lemah & Mudah Diramal
Kata laluan adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian masa kini. Setiap aplikasi media sosialnya yang digunakan setiap hari misalnya, memang tidak dapat dipisahkan dengan kita. Maka tak hairanlah, memilih kata laluan untuk aplikasi atau akaun media sosial tertentu bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Ini kerana, kata laluan yang kukuh dan sukar […]