Berita

Sukan SEA: Yan Yee Butirkan Emas Kelima Negara
HANOI, 10 Mei (Bernama) — Malaysia terus mendominasi sukan terjun pada Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Hari ini giliran Ng Yan Yee pula menyumbangkan kilauan pingat emas kelima kontinjen negara menerusi final 3 meter (m) papan anjal wanita. Ia adalah pingat emas kedua peribadi Yan Yee di temasya […]

Sumbang Mahram Sesama Sendiri, Keluarga ‘Pelik’ Ini Alami Muka Cacat, Masalah Bercakap & Genetik Rosak
Mengalami kecacatan muka yang teruk, pertuturan terbantut dan beberapa lagi masalah kesihatan yang lain, Keluarga Colt adalah bukti mengapa sumbang mahram adalah haram di sisi agama. Menurut Daily Star, salah seorang ahli keluarga, Patrick Stubing ketika ini sedang berjuang untuk mengubah undang-undang berkaitan sumbang mahram di negaranya, Jerman. Difahamkan, dia dikurniakan empat orang anak termasuk […]

Pelajar Lelaki Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa Di Terengganu
MARANG, 10 Mei- Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa pagi tadi. Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata dalam kejadian pada 8.34 pagi itu, pelajar tersebut, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dan pengsan. “Berdasarkan temu […]

Derma Darah 632 Kali, Lelaki Masuk Malaysia Book of Record Sebagai Penderma Darah Terbanyak
Pusat Darah Negara kagum dengan salah seorang penderma darah terbanyak di Malaysia bermula sejak tahun 1992 lagi. Susulan iti, penderma berkenaan yang dikenali sebaga Liew Chin Yap telah diiktiraf sebagai Penderma Darah Aferesis terbanyak oleh The Malaysian Book of Records baru-baru ini. Menurut kenyataan yang dikongsikan itu, setakat 18 April lalu, beliau sudah menderma sebanyak […]

MySejahtera Kini Boleh Kesan Penyakit Berjangkit Yang Lain, Penyakit Rabies, Denggi & HFMD Masuk Senarai
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengaktifan ciri pengesanan baharu untuk penyakit berjangkit menerusi aplikasi MySejahtera. Ciri baharu ini dapat mengesan penyakit berjangkit yang aktif di dalam lokasi berdekatan pengguna seperti Covid-19, Anjing Gila (Rabies), Demam Campak (Measles), Denggi dan Kaki, Tangan & Mulut (HFMD). Menurut KKM, ciri ini boleh membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti […]

Pahang Rekod 1,145 Kes HFMD Setakat 7 Mei
KUANTAN,10 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan 1,145 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga Sabtu lepas, peningkatan enam kali ganda berbanding hanya 190 kes pada tempoh yang sama tahun lepas. Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata daripada jumlah itu, 138 kes atau 12.1 peratus dikenal pasti berlaku di taska, tadika […]

Kes Cukai Tertunggak: Najib, Nazifuddin Dapat Kebenaran Merayu
PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin boleh merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak, masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta. Ini susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun […]

5 Maut Runtuhan Batu Di Barat Daya China
CHENGDU (China), 10 Mei (Bernama) — Lima maut dalam kejadian runtuhan batu di Kaunti Rongxian, Wilayah Sichuan, barat daya China, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa. Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang Isnin di sebuah kampung di Rongxian. Operasi menyelamat ditamatkan pada tengah malam selepas mayat kelima ditemukan. Siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan. — BERNAMA

PGA Rampas Rokok Tidak Bercukai Bernilai RM2 Juta
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) melumpuhkan sindiket pengedaran rokok tidak bercukai dengan rampasan 8,207 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2 juta, di Kepong Baru di sini, semalam. Komander Briged Tengah PGA Cheras SAC Zulkifli Jonit dalam kenyataan berkata susulan rampasan itu, PGA menahan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun bagi membantu […]

Ibu Tunggal Berjuang Jalani Dialisis Hampir 21 Tahun
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Bukan mudah bagi seorang ibu tunggal Noraziah Amdan mengharungi cabaran dan dugaan dalam menjalani rawatan dialisis sejak hampir 21 tahun lepas namun itu sahaja pilihan yang ada demi kelangsungan hidupnya. Noraziah, 59, mengalami kerosakan buah pinggang akibat penyakit darah tinggi sewaktu berusia pertengahan 30-an dan ia semakin kronik selepas melahirkan anak lelaki bongsunya pada awal […]

Monsun Barat Daya Dijangka Bermula 14 Mei, Banyak Kawasan Akan Terima Taburan Hujan Yang Rendah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Fasa Peralihan Monsun Barat Daya akan bermula pada 14 Mei 2022. Fasa Peralihan Monsun ini dijangka berterusan hingga pertengahan September 2022. Sepanjang tempoh ini, kurangnya pembentukan awan hujan seterusnya menyebabkan taburan hujan yang rendah di kebanyakan tempat. Menurut kenyataan MetMalaysia, kebanyakan tempat di seluruh negara […]

Dahului Kiraan Undi, Anak Mendiang Ferdinand & Imelda Marcos Bakal Ditabal Presiden Baharu Filipina
Anak kepada mendiang Ferdinand Marcos yang juga merupakan mantan Presiden Filipina dilapor mendahului kiraan undi dan bakal ditabal sebagai Presiden baharu negara berkenaan. Mengikut laporan Dailymail, hasil kiraan 90 peratus undi, Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Junior, 65, mendapat kira-kira 30 juta undian setakat pagi Selasa. Jumlah berkenaan 2 kali ganda mengatasi jumlah undian yang diraih pesaing […]

Jejak Je Kaki Dalam Rumah Terus Rasa Tak Sihat, Awas, Ini Mungkin Tanda Rumah Anda Ada ‘Penghuni Lain’
Pernah tak anda rasa tak sedap badan secara tiba-tiba ketika memasuki sesebuah bangunan, tapi terus rasa sihat lepas meninggalkan bangunan tersebut? Mungkin anda telah mengalami sindrom bangunan sakit, atau Sick Building Syndrome (SBS). Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan (KKM), sindrom ini merupakan keadaan di mana seseorang individu mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab […]

Perintah Berkurung Di Perairan ESSZone Lanjut Hingga 25 Mei Ini
LAHAD DATU 10 Mei – Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 25 Mei ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari pukul 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran. “Penduduk yang […]

Mira Filzah & Suami Timang Cahaya Mata Pertama, Selamat Lahir Anak Lelaki Pagi Tadi
Pelakon dan pengacara tanah air, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat timang cahaya mata pertama di salah sebuah pusat perubatan pada jam 3.40 pagi tadi. Berita gembira itu dikongsikan sendiri suami kepada pelakon cantik itu, Wan Emir Wan Astar Mohammad Khair-il Anuar menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi kenyataan yang dimuat naik […]

Pengguna JRTB Diminta Waspada Kehadiran Gajah, Elak Buat Provokasi
IPOH, 10 Mei (Bernama) — Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik ke Jeli diminta berhati-hati dengan kehadiran gajah yang sering berkeliaran di kawasan itu seperti yang tular menerusi beberapa rakaman video. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pengguna jalan raya perlu memperlahankan atau berhentikan kenderaan […]

Lelaki Kerah Kudrat, Kayuh Basikal 1,300 Km Balik Kampung Nak Jaga Ayah Uzur
Seorang lelaki sanggup mengerah kudrat pulang ke kampung dengan mengayuh basikal sejauh lebih 1,000 kilometer untuk menjaga ayahnya yang sakit, lapor Kompas. Lelaki berkenaan, Zulkifli Tanjung, 45 tahun dari Sumatera Barat berulang-alik dari Bukit Tinggi ke Bogor, Sumatera menggunakan basikal semata-mata mencurah bakti kepada ayahnya yang uzur di kampung. “Saya baru saja sampai dari Bogor, […]

Bekas Pemain NBA Adreian Payne Maut Ditembak
ANKARA, 10 Mei (Bernama) —Bekas pemain NBA, Adreian Payne, 31, maut akibat ditembak dalam satu insiden di Orlando, Florida pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik polis. Syerif Kaunti Orange di Orlando berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 1.37 pagi waktu tempatan (0537GMT), mangsa disahkan meninggal dunia ketika di hospital. Payne bersama NBA sebanyak empat musim dengan menyertai Atlanta […]

41 Banduan Maut, 13 Cedera Dalam Rusuhan Penjara Dia Ecuador
QUITO, 10 Mei (Bernama) — Rusuhan penjara di wilayah Pichincha, Ecuador menyebabkan sekurang-kurangnya 41 banduan maut manakala 13 lagi cedera, lapor Xinhua, memetik agensi pengurusan penjara pada Isnin. Menurut kenyataan agensi pengurusan penjara itu, rusuhan tercetus pukul 2 pagi waktu tempatan (0800 GMT) di sel kawalan ketat selepas seorang ketua kumpulan jenayah dipindahkan ke sel itu atas […]

Kuat Kuasa Peraturan Untuk Ambil Tindakan Terhadap Pengabaian Haiwan
PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) — Beberapa peraturan di bawah Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2021-2030 termasuk berkaitan pemilikan haiwan bakal dikuatkuasakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang mengabaikan haiwan milikan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata Kod Amalan Kebajikan Haiwan (KAKH) sebelum ini tidak mempunyai ‘legal binding’ atau tidak terikat dengan undang-undang untuk […]