Berita

Akak Solehah Dah Tiada, Meninggal Dunia 1 Syawal Lalu
Kakak Solehah atau nama penuhnya, Puteri Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee dilapor meninggal dunia pada 1 Syawal lalu. Berita pemergian arwah dikongsikan oleh ayahnya sendiri dalam satu kemas kini di laman Facebook. “Kakak meminta baju raya berwarna putih”, Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan kakak. Puteri saya, Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee disahkan meninggal dunia pada 1 […]

EU Mungkin Benarkan Beberapa Negara Eropah ‘Tangguh’ Sekatan Ke Atas Minyak Rusia
Kesatuan Eropah (EU) dilapor mungkin akan membenarkan beberapa negara Eropah menangguhkan sekatan ke atas minyak yang diimport dari Rusia. Menurut laporan The Guardian, negara Eropah tersebut adalah Hungary, Slovakia dan Republik Czech. Dibawah cadangan baharu tersebut, Hungary dan Slovakia dibenarkan untuk terus membeli minyak dari Rusia sehingga hujung tahun 2024 manakala hingga Jun 2024 bagi […]

Dapat ‘Serbuk’ Lain, 500kg Dadah Kokain Tersilap Hantar Ke Kilang Proses Kopi
Polis Switzerland merampas kira-kira 500kg dadah jenis kokain selepas ia tersilap dihantar ke sebuah kilang memproses kopi. Ujian awal yang dibuat mendapati dadah tersebut adalah 80 peratus asli dan dianggarkan bernilai kira-kira RM 221 juta. Menurut laporan The Guardian, kejadian berkenaan disedari oleh pekerja-pekerja kilang kopi yang beroperasi di Bern itu selepas curiga dengan kandungan […]

JAIS Larang Pungut Wang, Sumbangan Di Masjid Tanpa Kebenaran
SHAH ALAM, 6 Mei (Bernama) — Jabatan Agama Islam Selangor (JAlS) mengingatkan semua pihak sama ada individu atau kumpulan termasuk pemilik sekolah swasta Islam dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan atau parti politik untuk tidak memungut wang atau sumbangan lain di masjid, surau dan musolla bagi tujuan kepentingan Islam atau manfaat dan faedah bagi umat Islam. […]

Mayat Lelaki Tanpa Pakaian Ditemukan Di Tepi Sungai Golok
KOTA BHARU, 6 Mei (Bernama) — Seorang lelaki tanpa pakaian ditemukan mati di tepi Sungai Golok berdekatan Kampung Simpangan di Tumpat, awal pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Tumpat Supt Tan Seng Lee berkata mayat yang tidak dikenal pasti bangsa itu ditemukan pada 7.25 pagi oleh orang awam di tepi sungai terbabit. “Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan […]

Aliran Trafik Ke Lembah Klang Dari Utara Dan Timur Masih Sesak, Terkawal Dari Arah Selatan
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Aliran trafik menghala ke Lembah Klang dari utara dan timur masih sesak setakat tengah hari ini berikutan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Hari Raya. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dari arah utara menuju ke Lembah Klang berlaku di Bertam menuju ke Plaza Tol […]

Dua Beranak Maut, Lima Cedera Dalam Kemalangan Babit Lima Kenderaan
SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Dua beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Besar Palong 4, Gemas dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 11.50 malam itu mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Azharruddin, […]

Air Melimpah Ke Jalan, Rakaman Keadaan Banjir Di Melaka
Beberapa kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan sejak 7 pagi ini, lapor Bernama. Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah dalam kenyataanya pagi ini memaklumkan hujan lebat selama hampir empat jam itu menyebabkan tujuh kawasan terjejas di daerah tersebut. ”Laluan di Batu Hampar ditutup sementara untuk semua kenderaan […]

Bingung, Detik Gadis Nak Sambut ‘Birthday’ Diserbu Kumpulan Baju Hitam, Sebelum Hilang Tanpa Jejak
Bayangkan anda sedang bergembira untuk menyambut hari lahir dengan kawan di sebuah kafe, tiba-tiba kalian ‘diserbu’ sekumpulan individu misteri yang kemudiannya menghilangkan diri tanpa jejak. Pasti bingung, bukan? Inilah yang dilalui seorang gadis berblaus kuning dalam sebuah video tular baru-baru ini. Menerusi rakaman itu, kafe yang mereka kunjungi tiba-tiba terputus bekalan elektrik, membuatkan semua orang […]

Hanya Segelintir Salah Guna Lorong Kecemasan – Bukit Aman
TANJUNG MALIM, 1 Mei (Bernama) — Terdapat segelintir sahaja pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan sewaktu pemantauan di awal musim perayaan ini, kata Timbalan Pengarah (1) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain. Beliau berkata hasil pemerhatian pihaknya, majoriti pengguna masih menunjukkan sikap bertanggungjawab mematuhi […]

JAWI Umum Kelonggaran Baharu SOP Di Masjid & Surau
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memaklumkan beberapa ketetapan baharu berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan berkuat kuasa esok (2 Mei). Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata ketetapan baharu itu bagi menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah […]

Umat Islam Singapura Sambut Aidilfitri 3 Mei, Ini Sebabnya – Mufti
Seluruh umat Islam di Singapura secara rasminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Selasa, 3 Mei ini, umum Mufti Singapura, Dr. Nazirudin Mohd Nasir. Jelas Dr. Nazirudin, hal tersebut demikian kerana penampakan anak bulan Syawal (hilal) di negara tersebut masih belum kelihatan setakat menjelang Maghrib tadi. “Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat […]

Lee Zii Jia Juara BAC, Tundukkan Indonesia Di Final
Pemain badminton negara, Lee Zii Jia merangkul juara dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) hari ini setelah berjaya menumpaskan Indonesia sebentar tadi. Menurut laporan ringkas Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lee Zii Jia menumpaskan lawannya, Jonatan Christie dengan kedudukan 21-17 dan 23-21. “Inilah kemenangannya. Zii Jia mengakhiri penantian enam tahun Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki di BAC […]

Kelonggaran SOP: Rakyat Pilih Kekal Pakai Pelitup Muka, Imbas MySejahtera
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Berkuat kuasa hari ini, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak diwajibkan tetapi adalah atas pilihan individu dan pemakaiannya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing. Selain itu, bermula hari ini juga imbasan kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard […]

Arab Saudi & Kebanyakan Negara Arab Lain Umum Sambut Aidilfitri Isnin Ini
Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab lain dilaporkan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin ini, lapor agensi Anadolu. Dalam satu kenyataan, Istana Arab Saudi berkata bahawa anak bulan Syawal, yang menandakan bulan ke-10 dalam kalendar Islam tidak kelihatan pada Sabtu (30 April). “Oleh itu, Ahad (1 Mei) adalah hari terakhir Ramadan dan Aidilfitri pada […]

Kanak-Kanak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Saratok
SARATOK, 30 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata mayat Aleesya Mad Ali ditemukan dalam salah sebuah bilik di rumah terbabit. Menurutnya, pihaknya […]

Tragedi Menjelang Aidilfitri: Dua Beranak Maut Di Putrajaya
PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Seorang wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun maut apabila kereta jenis perodua Myvi dinaiki mereka, terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian 2.45 petang itu, Amalina Azman, 32, […]

JPJ Kenal Pasti Pemilik Toyota Vellfire Guna Lampu Strob
PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengenal pasti pemilik kenderaan jenis Toyota Vellfire yang tular di media sosial kerana menggunakan lampu strob dan membunyikan hon hingga mengakibatkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberikan laluan kepada kenderaan itu. Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata tindakan penguatkuasaan akan segera diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit […]

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Selangor, 463 Kawasan Di Lima Wilayah Terlibat
Sebanyak lima wilayah di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas sementara loji rawatan air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih), pada Selasa. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berpunca daripada insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. […]
Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dibuka Mulai 2 Mei Ini
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 2 Mei selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan […]