Berita

Shanghai Laksana Lockdown, Penduduk ‘Degil’ Tak Mahu Kuarantin Terpaksa ‘Dihukum’
Shanghai laksana lockdown berikutan kes COVID-19 yang kembali meningkat, namun ada penduduk degil tidak mahu kuarantin. Peningkatan semula virus COVID-19 yang melanda China akhir-akhir ini menyebabkan negara itu terpaksa melaksanakan semula “lockdown” terhadap rakyatnya. Sehingga kini, kes COVID-19 di China menunjukkan peningkatan apabila hampir 30 juta kes direkodkan, menjadikan angka itu adalah paling teruk pernah […]

‘Glitch’ Pada Aplikasi Marrybrown Ternyata Menjadi Ganjaran Untuk Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2022 – Rangkaian restoran pantas Halal tempatan terbesar, Marrybrown telah diumumkan oleh influencer, NEYRA bahawa “glitch” yang telah viral baru-baru ini sebenarnya bukanlah satu kesilapan sebaliknya merupakan satu gimik buat penggemar Memang Best mereka! Baru-baru ini, Marrybrown melancarkan Aplikasi MB yang telah menerima sambutan yang baik untuk peminat mereka menikmati ganjaran […]

Angka Kematian Ribut Megi Di Filipina Meningkat Ke 121 Orang
MANILA, 14 April – Angka kematian akibat ribut tropika yang melanda Filipina pada hujung minggu lalu meningkat kepada 121 orang, termasuk 81 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di bandar tengah Filipina, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Khamis. Jumlah kematian itu termasuk 118 orang di tengah Filipina dan tiga di selatan Filipina – kawasan […]

Plus Jangka Dua Juta Kenderaan Pada Hari Puncak Ketika Aidilfitri
KUALA LUMPUR, 14 April – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna lebuh raya supaya membuat perancangan untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri kerana dijangkakan trafik harian boleh mencecah dua juta kenderaan sehari antara 29 April hingga 9 Mei ini. Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata jumlah trafik harian boleh meningkat sebanyak 25 peratus kepada […]

Perak Catat 1,204 Kes Kemalangan Jalan Raya Dalam Tempoh 11 Hari Ramadan
IPOH, 14 April – Dalam tempoh 11 hari Ramadan, Perak mencatatkan 1,204 kes kemalangan jalan raya yang menunjukkan peningkatan kes sebanyak 16 peratus, dalam tempoh yang sama berbanding tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Azizan Hassan berkata ia meningkat berbanding 1,039 kes, bagi tempoh yang sama Ramadan tahun lepas dan […]

NASA Sahkan Berjaya Temui Komet Terbesar Pernah Dilihat Dalam Sistem Suria Setakat Ini
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat dilapor berjaya menemui sebuah komet dengan nukleus 50 kali ganda lebih besar daripada komet biasa. Menurut laporan BBC, cerapan teleskop Hubble mendapati jisim nukleus komet berkenaan dianggarkan 500 trillion tan dengan diameter 137km. Komet gergasi yang diberi kod C/2014 UN271 ketika ini sedang bergerak pada kelajuan 35,000 […]

Sri Lanka Muflis, Rayu Rakyat Luar Negara Hantar Wang
Sri Lanka merayu rakyatnya di luar negara untuk ‘menghantar’ wang ke tanah air bagi membantu menampung bayaran makanan dan minyak selepas hutang negara mencecah RM215 bilion, lapor AFP. Gabenor Bank Pusat, Nandalal Weerasinghe berkata, beliau meminta rakyat Sri Lanka di luar negara untuk membantu negara pada saat genting ini dengan ‘menderma’ sebarang pertukaran asing yang […]
Polis Sahkan OKT Mati Mengejut Dalam Lokap Di Kajang
KUALA LUMPUR 14 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan, mati mengejut dalam tahanan di lokap Balai Polis Kajang, dekat sini, semalam. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata lelaki berusia 45 tahun itu, telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 […]

Empat Rakan Didakwa Bunuh Seorang Lelaki Di Seri Kembangan
PETALING JAYA, 14 April – Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang ditemukan mati dengan kesan tetakan di muka, leher dan tangan. Tertuduh yang berusia dari 30 hingga 40 tahun itu mengangguk faham, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol. Mereka didakwa […]

Kapal Perang Utama Rusia Rosak Teruk, Simpanan Senjata Dilapor Meletup
Kapal perang utama Armada Laut Hitam Rusia dilapor mengalami kerosakan teruk akibat daripada letupan simpanan senjata, menurut kenyataan yang diterbitkan oleh media rasmi Rusia pada Khamis. ”Akibat daripada kebakaran, simpanan senjata kapal cruiser peluru berpandu Moskva telah meletup. Ia menyebabkan kapal mengalami kerosakan yang teruk,” kata kenyataan tersebut. Kenyataan yang sama turut memaklumkan bahawa punca […]

Susu Goodday Lancarkan Kempen Goodday’s Happee PPV, Tingkatkan Semangat Kanak-kanak Di Pusat Vaksinasi
Kuala Lumpur, 14 April 2022 – Sempena pembukaan semula sekolah pada akhir Mac, Susu Goodday, salah satu jenama susu kegemaran Malaysia sejak 1968, telah melancarkan kempen Goodday’s Happee PPVs. Bertujuan untuk menceriakan pengalaman vaksinasi kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka, Goodday’s Happee PPVs ialah kempen yang diteruskan daripada kempen Goodday’s Happee PPEs yang […]

Lelaki Trauma Lidah Tertusuk Dawai Besi Ketika Makan Nasi Itik
Seorang lelaki berdepan detik cemas dan trauma apabila lidahnya tertusuk dawai besi berukuran satu sentimeter ketika sedang makan nasi itik baru-baru ini. Menurut Mothership, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chan membeli nasi itik berkenaan di Pusat Makanan dan Pasar Sims Vista di Aljuneid, Singapura. Difahamkan, ketika sedang mengunyah makanan, dia mengesan ada sesuatu yang agak […]

Cacar Air – Mengapa Pencegahan Amat Penting untuk Si Kecil
Pandemik COVID-19 telah banyak menggendalakan kehidupan sehari-hari. Sama ada dari segi pelbagai kesan buruk terhadap seseorang, misalnya gangguan pada pola tidur, tabiat makan dan kesihatan mental ataupun perubahan besar yang menjejaskan orang ramai, seperti yang dialami oleh sektor pendidikan, pekerjaan dan kesihatan awam, kehidupan kita ini tidak lagi seperti dahulu. Kanak-kanak terpaksa menghadapi dugaan emosi, […]

Instahome Bekerjasama Dengan Tune Protect Tawar Insurans Percuma Kepada Tuan Rumah, Pertama Seumpamanya
Kuala Lumpur, Malaysia — 13 April 2022 – Syarikat teknologi hartanah yang disokong oleh Kumpulan Catcha, Instahome Sdn Bhd (Instahome) mengumumkan kerjasama dengan Tune Protect Malaysia (Tune Protect) bagi menawarkan insurans percuma kepada tuan rumah untuk menyewakan aset mereka tanpa rasa bimbang. Insurans untuk tuan rumah yang baharu dilancarkan itu adalah perkhidmatan yang pertama seumpamanya […]

LTAT Perkenal Dua Kemudahan Pengeluaran Caruman Baharu Untuk Haji & Pendidikan Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 14 April – Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini boleh mengeluarkan caruman bagi tujuan mengerjakan ibadah haji dan melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan mulai esok (15 April). Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi pencarum yang ingin membuat pengeluaran haji, mereka perlu mengemukakan surat pengesahan tawaran mengerjakan haji […]

Dua Anggota TLDM Maut Dalam Kemalangan Di Sepanggar, Sabah
KOTA KINABALU, 14 April – Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sabah Port, Sepanggar, di sini malam tadi. Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu mangsa Ahmad Faiz Mohd Hanif, […]

KTMB Perkenal Tren Ekspres Khas Ke Pantai Timur Sempena Aidilfitri Pada 29 April Ini
Satu perkhidmatan tren ekspres khas ke Pantai Timur bersempena Aidilfitiri yang dikenali sebagai Ekspress Khas Keluarga Malaysia akan diperkenalkan dan mula beroperasi pada 29 April ini. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi kenyataan memaklumkan, perkhidmatan tersebut akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur yang bermula dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya. Difahamkan, sebanyak […]

Aidilfitri Fasa Peralihan Ke Endemik Bukan Tiket ‘Berbelanja Sakan’
KUALA LUMPUR, 14 April – Memasuki pertengahan Ramadan, suasana meriah untuk meraikan kedatangan Hari Raya sudah mula terasa, malah sambutan lebaran tahun ini dijangka lebih meriah berbanding sebelum munculnya pandemik COVID-19. Pelaksanaan Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu dengan banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemansuhan had waktu beroperasi bagi premis perniagaan […]

TH Kaji Keperluan Bayaran Haji Bersasar, Bantu Golongan B40
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata penstrukturan bayaran haji itu boleh membantu bakal jemaah haji, terutama golongan B40 untuk […]

Cubaan Seludup 6 Kontena Minuman Keras, Cerut Libatkan Cukai, Duti Lebih RM5 Juta
PETALING JAYA, 13 April (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup masuk enam kontena minuman keras dan cerut bernilai RM468,994 melibatkan cukai dan duti dianggarkan lebih RM5 juta menerusi dua rampasan pada Februari dan Mac lepas. Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah Mohammad Sabri Saad berkata dalam kedua-dua kes yang melibatkan pasukan […]