Berita

Berita
Nicky Liow Akhirnya Serah Diri – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Lebih setahun menjadi buruan polis, ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee, yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai “Geng Nicky”, akhirnya tampil menyerah diri pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain yang mengesahkan perkara berkenaan berkata Liow, 34, ditahan selepas menyerah diri secara sukarela di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah […]
Berita
Rumah Diceroboh Singa, Lelaki Nekad ‘Bertarung’ & Bunuh Guna Tangan
Seorang lelaki di Uganda nekad membunuh seekor singa dengan menggunakan tangannya sahaja sebelum menyiat haiwan itu dan memasaknya untuk makan malam. Memetik laporan Daily Star, lelaki tersebut terpaksa bertarung nyawa dengan singa itu setelah haiwan pemangsa tersebut memasuki kawasan rumahnya. Beberapa keping gambar selepas kejadian itu menjadi tular di media sosial. Menerusi salah satu gambar […]
Berita
Kos Tunai Haji Melalui Syarikat Swasta Dijangka Cecah RM50,000
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Kos menunaikan ibadah haji tahun ini menerusi syarikat pengendali umrah dan haji swasta dijangka mencecah antara RM40,000 hingga RM50,000 seorang, kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham. Beliau berkata ini berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat meliputi penginapan, makanan dan […]
Berita
Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Termasuk Yang Tidak Dapat Dos Vaksin Lengkap – PM
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lepas adalah untuk semua penjawat awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pengumuman beliau sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran […]
Berita
Sah, Duta Besar Malaysia Ke UAE Dan Konsul Jeneral Di Dubai Dipanggil Pulang
PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) — Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai telah dipanggil pulang ke Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE, akhir bulan lepas. Menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin, […]
Berita
Ras Adiba Sokong Tamat Lantikan Syed Azmi Sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-kanak KL
Senator Parlimen mewakili Orang Kelainan Upaya (OKU), Ras Adiba Mohd Radzi memberi sokongan penuh atas penamatan lantikan jawatan Syed Azmi sebagai penasihat mahkamah kanak-kanak. Maklum Ras Adiba, sokongan penamatan lantikan jawatan bagi individu tersebut turut dibawa sehingga ke peringkat Perdana Menteri. “Saya menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat […]
Lima Termasuk Anggota Polis Didakwa Miliki Air Ketum
KOTA BHARU, 11 April (Bernama) — Lima termasuk seorang anggota polis wanita berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki 2.5 liter air daun ketum, Khamis lepas. Tertuduh, Raja Rozalia Fadila Raja Mamat, 30; Wan Muhammad Alif Wan Yusoff, 20; Muhammad Faries Aizat Ruslan, 23; Anis Najiehah Muhammad Anggelan, 27; dan […]
Luar Negara
Pelajar Undang-undang Maut Makan Gula-Gula Ganja
Seorang pelajar undang-undang maut selepas makan gula-gula manis dipercayai terkandung ganja yang dibelinya baru-baru ini, lapor BBC. Menurut BBC, wanita berusia 23 tahun dari Ilford, London itu pada asalnya membeli gula-gula ganja berkenaan daripada seorang individu menerusi talian mesej. Setibanya gula-gula ganja tersebut di rumahnya, dia bersama seorang lagi rakannya memakan makanan tersebut pada malam […]
Berita
Wanita Lahir Tiga Kembar Seiras, Satu Dalam 200 Juta
London – Sepasang suami isteri dari United Kingdom merupakan antara insan yang bertuah kerana memiliki bayi kembar tiga lelaki seiras. Menurut BBC, kembar tiga dan seiras merupakan perkara yang jarang berlaku dan kelahiran unik tersebut umpama satu dalam 200 juta. Kehadiran bayi mereka yang dinamakan Jimmy, Jensen dan Jaxson tidak hanya menceriakan lagi suasana, malah ia […]
Suspek Kes Rogol 12 Tahun Lepas Ditahan Di P. Pinang Kerana Padanan 2 DNA
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Penahanan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang yang berlaku 12 tahun lepas, adalah kerana padanan dua profil Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang berada dalam sistem data DNA. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata […]
Berita
MET Malaysia Keluarkan Amaran Kategori Pertama Ribut Tropika Megi
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu. Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi ini, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Ribut tropika Megi itu berada di […]
Berita
Projek Jeti Kayu RM50,000: JKR Sarawak Jelaskan Kenapa Kos Tinggi
Projek jeti kayu sepanjang 15 meter dan berukuran satu meter lebar di Kampung Mutap, Bekenu di Sawarak yang menelan kos hingga RM50,000 adalah kerana dibuat daripada kayu belian. Pendedahan tersebut diumumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi satu kenyataan pada semalam, berikutan ia tular di media sosial berkenaan harganya yang didakwa agak ‘tinggi’. “Tular kenyataan […]
Berita
Bayaran ePemula: Hanya Transaksi ‘Offline’ Sahaja, Ini 9 Perkara Terkecuali
Seperti yang sedia maklum, golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula mulai hari ini. Sejajar dengan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF) semalam, kredit e-tunai tersebut boleh ditebus melalui […]
Luar Negara
Bangunan Hotel Runtuh, Tujuh Dilapor Cedera
Bangunan hotel runtuh dalam satu kejadian di Balearic, Sepanyol hingga menyebabkan beberapa individu cedera termasuk tukang masak. Tujuh orang dilapor cedera dan dua parah apabila siling di bahagian gimnasium sebuah hotel runtuh bersama mesin senaman yang jatuh menghempap bahagian dapur yang berada di bawah. Menurut Mirror, salah seorang daripada yang tercedera itu adalah merupakan seorang […]
Kesihatan
Lebih 132,000 Kanak-Kanak Di Malaysia Lengkap Vaksinasi Covid-19
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Sebanyak 132,390 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 1,365,915 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.4 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi […]
Berita
MET Malaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Megi
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini (semalam), MetMalaysia memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi tadi (semalam), Ribut Tropika itu dikesan di kedudukan Latitud 10.7 Utara dan Longitud 125.6 […]
Berita
Lelaki Maut Dirempuh, Digilis Lori Pagi Tadi
Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah lori dalam satu kejadian di Perak awal pagi tadi, lapor AWANI. Memetik AWANI, nahas ngeri tersebut dilapor berlaku di Kilometer 281 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sana. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pada awalnya panggilan mengenai kemalangan tersebut diterima mereka […]
Berita
RUU Anti Lompat Parti Dibentang Julai Depan
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) — Kerajaan menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sesi Parlimen Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan tidak ada niat untuk melewat-lewatkan atau tidak membentangkan Akta Anti Lompat Parti, namun ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk pindaan RUU […]
Berita
Tujuh Lolos Dari Penjara Jelebu, Seorang Sudah Ditahan, Enam Diburu
SEREMBAN, 10 April (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki dan sedang memburu enam lagi yang telah meloloskan diri dari Penjara Jelebu dekat sini kira-kira pukul 3 petang ini. Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata Sohaimi Khalid, 50, berjaya ditahan semula di kawasan kebun kelapa sawit di Kongkoi kira-kira dua kilometer dari Penjara Jelebu pada […]
Berita
Heret Anjing Dari Dalam Kereta, Polis Berjaya Kesan Suspek
Johor Bahru – Seorang lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki menarik seekor anjing dari dalam sebuah kereta telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk disoal siasat. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid berkata, hasil soal siasat mendapati bahawa kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang digunakan […]