Berita

Berita
Remaja Bunuh Suami Terlepas Hukuman Gantung
MUAR, 10 April (Bernama) — Seorang remaja perempuan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya, lima tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Awang Armadajaya Awang Mahmud membuat keputusan ke atas remaja yang kini berusia 22 tahun tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal […]
Berita
Bomba Tangkap Ular Sawa Seberat 50 Kg Di Lenggong
IPOH, 10 April (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berjaya menangkap seekor ular sawa yang beratnya dianggarkan 50 kilogram di Sungai Ulu Lenggong, Kampung Ulu Lenggong, kira-kira 80 kilometer dari sini, hari ini. Jurucakap jabatan itu dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong menerima panggilan telefon mengenai reptilia itu yang […]
Berita
Imam Ditahan Polis, Dikesan Berlumba Motor Bersama Rakan
Shah Alam – Seorang lelaki dipercayai imam di sebuah surau yang disyaki berlumba motosikal bersama rakannya ditahan polis di Lebuhraya Klang Baru (NKVE) pada Ahad, lapor Sinar Harian. Merujuk Sinar Harian, aksi lumba berkenaan dilakukan ketika imam tersebut masih berpakaian jubah dan baru sahaja selesai mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah surau di Klang. Menurut Timbalan […]
Berita
Kaki Kanan Kanak-Kanak Lelaki Tersepit Dalam Eskalator
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah kaki kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini hari ini. Kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika mangsa berusia tiga tahun dikatakan turun bersama ibu bapanya menggunakan eskalator dari tingkat dua sebelum kaki kanannya secara tiba-tiba masuk […]
Berita
ePemula: E-Tunai RM150 Bagi 18-20 Tahun Boleh Daftar Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula, mulai esok. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kredit e-tunai tersebut adalah melalui satu daripada […]
Berita
Apresiasi Seni Menerusi KUL Art Airport Di 4 Buah Lapangan Terbang Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 9 April 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Balai Seni Negara menganjurkan KUL Art Airport dengan kerjasama Malaysia Airports. KUL Art Airport merupakan satu inisiatif bagi merealisasikan karya seni awam di 4 buah Lapangan Terbang Antarabangsa kendalian Malaysia Airports iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Pulau Pinang (PIA), Kota […]
Berita
Keracunan Makanan: Sampel Puding Buih Dihantar Ke Makmal Untuk Siasatan
KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan makanan Rabu lepas. Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata sampel tersebut akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya […]
OP Samseng Jalanan: 30 Lelaki Ditahan, 805 Saman Dikeluarkan – Polis
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Polis Kuala Lumpur menahan 30 lelaki tempatan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan mengeluarkan 805 saman trafik dalam Operasi Samseng Jalanan yang bermula Jumaat hingga awal pagi tadi, di sekitar ibu negara. Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata operasi melibatkan 175 pegawai […]
Berita
Covid: Kes Sembuh Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu Semalam
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Sebanyak 15,132 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan semalam, lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu 10,177 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam itu, 10,124 adalah kes tempatan dengan 96.8 peratus adalah warganegara dan 26.4 peratus bukan warganegara […]
Berita
Kian Meng – Pei Jing Tamatkan Kemarau Lima Tahun Tanpa Gelaran, Juarai Terbuka Korea
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) – Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengakhiri kemarau lima tahun tanpa gelaran apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Korea hari ini. Lebih manis, pasangan Malaysia itu meraih kejuaraan tersebut selepas menewaskan gandingan tuan rumah Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam aksi final yang berlangsung selama 50 minit […]
Berita
Gempa Bumi Gegar Kepulauan Nicobar Pagi Tadi
Gempa bumi sederhana telah dikesan berlaku di Rantau India pada pukul 9.35 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Difahamkan, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher itu dikesan berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India. Pusat gempa bumi itu terletak 7.3° Utara dan 94.6° Timur dengan kedalaman 10 kilometer dalam dan 102 kilometer […]
Berita
Guru Agama Ditembak Mati Tengah Malam Tadi
Seorang lelaki dipercayai guru agama di sebuah pondok madrasah di Daerah Nong Chik, Patani ditembak mati tengah malam tadi, lapor Wartani Melayu. Mangsa, Abdul Muthalib Awang ditembak ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal dari pos kampung sekitar jam 12.30 tengah malam. Difahamkan, peluru yang dilepaskan suspek dalam kejadian itu terkena pada bahagian […]
Berita
Covid-19: MRSM Muar Ditutup Seminggu
JOHOR BAHRU, 10 April (Bernama) — Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula semalam (Sabtu) selepas 30 pelajar didapati positif COVID-19. Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang mengesahkan perkara itu berkata daripada jumlah itu, 11 […]
Sukan
Cristiano Ronaldo Mohon Maaf ‘Hempas’ Telefon Penyokong
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo memohon maaf atas insiden menghempas telefon bimbit salah seorang penyokong dipercayai kerana kalah 0-1 dalam perlawanan menentang Everton awal pagi tadi. Menurut The Guardian, rakaman yang muncul di media sosial memaparkan Ronaldo meleret tangannya ke tanah ketika dia berjalan keluar dari padang dan menuju ke terowong di Goodison Park. “Saksi […]
Berita
Penyelam Remaja Warga Belanda Hilang Di Mersing Disahkan Meninggal Dunia
MERSING, 9 April (Bernama) — Penyelam remaja warga Belanda Nathen Renze Chesters, 14, yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas, disahkan telah meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata perkara itu disahkan sendiri oleh bapa mangsa Adrian […]
Berita
Johor Minta Bantuan Indonesia Cari Penyelam Remaja Warga Belanda
PASIR GUDANG, 9 April (Bernama) — Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini kerana berdasarkan pemerhatian, mangsa, Nathen Renze Chesters, berkemungkinan dihanyutkan ke perairan […]
Berita
Permohonan PerantiSiswa Bagi Pelajar IPT Golongan B40 Dibuka Mulai 15 April Ini – Annuar
KOTA BHARU, 9 April (Bernama) — Permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40, akan dibuka mulai 15 April ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dijangka mendapat manfaat daripada program tersebut. “Mahasiswa […]
Berita
Google Sekat Berdozen Aplikasi, Termasuk Aplikasi Islamik Popular, Didakwa Terlibat Aktiviti Pengintipan
Google dilapor menyekat berdozen-dozen aplikasi di Playstore, termasuk aplikasi Islamik popular yang dimuat turun lebih 10 juta kali, selepas didapati secara tersembunyi menjalankan aktiviti pengintipan dan mengumpul data pengguna. Antara aplikasi lain yang turut disekat adalah beberapa aplikasi yang menawarkan fungsi pengimbas kod bas, aplikasi cuaca dan widget jam. Khaleej Times yang memetik laporan The […]
Berita
Penyakit Demam Babi Afrika Dikesan Di Negeri Sembilan
SEREMBAN, 9 April (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata pengesanan penyakit itu, hasil pengesahan sampel ke atas dua ekor […]
Berita
Ini Cara Mohon Bantuan Subsidi Beli Carseat Program MYCRS Keluarga Malaysia
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan satu program dimana ibubapa yang layak boleh memohon bantuan subsidi untuk membeli kerusi keselamatan kanak-kanak atau carseat dibawa program MYCRS Keluarga Malaysia. Program ini dilancarkan bagi golongan B40 demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Walaupun program ini sudah lama dilancarkan, mungkin masih ada dalam […]