Berita

Empat Juruteknik Maut Dalam Nahas Empat Kenderaan
KUALA NERUS, 4 April (Bernama) — Empat juruteknik syarikat swasta maut apabila van dinaiki mereka yang dalam perjalanan dari Setiu ke Kuala Terengganu, terlibat dalam kemalangan di Kampung Sungai Ikan, di sini petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus Azmi Omar berkata kemalangan yang berlaku pada 6.22 petang itu turut melibatkan sebuah kereta […]

Tragedi Pilu 2 Ramadan, Kanak-kanak Maut Kereta Terbabas
Seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam satu kejadian melibatkan sebuah kereta yang terbabas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) petang tadi. Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, kejadian memilukan pada 2 Ramadan itu berlaku di Kilometer 98.3 LPT menghala ke Kuantan. “Sepasukan bomba dari Balai Bomba Karak bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan jalan raya […]

12 Negeri Dijangka ‘Berhujan’ & Ribut Petir Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran terkini ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Senarai negeri yang terlibat di kawasan Semenanjung adalah Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, […]

Bapa, Anak Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik
KUANTAN, 4 April (Bernama) – Dua beranak keturunan Orang Asli maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menangkap ikan menggunakan peralatan diperbuat daripada bateri kereta di Temerloh, semalam. Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang juga seorang bapa berusia 45 tahun dan anak lelakinya berumur 16 tahun ditemukan pada 3.40 petang dalam […]

Sijil Vaksinasi, Saringan COVID-19 Malaysia Menepati Sistem Pengurusan Vaksin Kesatuan Eropah
Sijil Vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia secara rasminya diiktiraf menepati Sistem Pengurusan Vaksin Kesatuan Eropah (EU). Pengiktirafan tersebut diumumkan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula Von Der Leyen seperti yang dilapor Bernama sebentar tadi. Dalam masa sama, Duta Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas turut mengeluarkan kenyataan sedemikian di Twitter miliknya. “EU telah menerima permohonan Malaysia untuk […]

Pengeluaran Khas KWSP Boleh Mula Disemak 9 April Di Pautan Ini
Tarikh semakan status permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP )boleh mula disemak pada 9 April 2022 ini. Semakan boleh di buat secara atas talian melalui portal Pengeluaran Khas. Untuk pengetahuan anda, setiap permohonan Pengeluaran Khas KWSP hanya boleh dibuat melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my sahaja Anda tidak perlu untuk mengakses i-Akaun, mengunjungi mana-mana kios KWSP […]

Pelajar SPM Antara Dua Ditahan Terlibat Sindiket Tipu Jual Lesen Memandu
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) – Seorang pelajar sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini antara dua yang ditahan polis Sabtu lepas, kerana dipercayai terbabit sindiket penipuan menjual lesen memandu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata pelajar lelaki berusia 17 tahun dan seorang […]

Tersalah Berbuka Awal Ikut Azan Radio, Puasa Batal dan Wajib Diganti – Mufti Sabah
KOTA KINABALU, 4 April (Bernama) — Mereka yang tersalah berbuka puasa kerana mengikut azan maghrib di radio yang disiarkan awal daripada waktunya, puasanya dikira terbatal dan wajib digantikan setelah berakhirnya bulan Ramadan mengikut hukum syarak, kata Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar. Beliau berkata usaha radio mengumandangkan azan sebagai tanda masuk waktu solat dan berbuka […]

Isetan 1 Utama Bakal Ditutup Lepas 10 Tahun Beroperasi
Gedung terkemuka, Isetan akan menjalankan perniagaan mereka untuk yang terakhir kalinya pada esok (5 April 2022) selepas 10 tahun beroperasi di pusat beli-belah 1 Utama. Pengumuman mengenai penutupan itu telah dimaklumkan pihak Isetan sejak November tahun lalu. “Selepas 10 tahun yang menakjubkan di 1 Utama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan […]

Malaysia Duduki Tangga Ke-8 Dunia Dalam Senarai Negara Paling ‘Stress’ Untuk Memandu
Dalam keadaan tertentu, memandu kereta bukanlah satu pengalaman yang mengujakan dan boleh menyebabkan seseorang menjadi tertekan terutama apabila berada di atas jalan raya yang sesak Bercakap mengenainya, baru-baru ini satu tinjauan mendapati bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling tertekan untuk memandu kereta. Tinjauan yang dikeluarkan oleh portal Confused.com itu dijalankan berdasarkan pelbagai faktor yang […]

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa Beberapa Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda seluruh Kuala Lumpur. Bagi negeri Perak, daerah yang terlibat adalah di Larut, Matang Dan Selama, Kuala […]

Kadar Tol Empat Syarikat Konsesi Tidak Dinaikkan, Kekal Hingga Tamat Tempoh – PM
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Kadar tol melibatkan empat syarikat konsesi lebuh raya sekitar Lembah Klang tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat tempoh konsesi melalui langkah penstrukturan semula syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penstrukturan itu dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama kerajaan iaitu untuk mengurangkan […]

Profesor Ini Guna Semua Wang ‘Nobel Prize’ Yang Dimenanginya Untuk Bantu Pelajar
Seorang saintis yang memenangi Hadiah Nobel mendedahkan bahawa dia akan menggunakan wang hadiahnya untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik di Scotland, lapor BBC. Prof David MacMillan, 54, yang berasal dari North Lanarkshire telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang kimia bersama saintis Jerman, Benjamin List pada Oktober lalu. Beliau yang juga ahli kimia di […]

Ratusan Muslim AS Lakar Sejarah, Laungan Takbir Tarawih Bergema Di Times Square
Ratusan warga Muslim di Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah apabila laungan takbir solat tarawih berjemaah bergema di perkarangan Times Square, New York ketika malam Ramadan pertama baru-baru ini. Penganjur solat tarawih di Times Square tersebut berkata, aktiviti itu dijalankan di tengah-tengah jalan bandar raya adalah kerana sebab-sebab tertentu yang bermotifkan dakwah. Jelasnya, mesej yang ingin […]

Lelaki Nekad Suntik Vaksin Sebanyak 90 Kali, Nak Jual Sijil Vaksin Punya Pasal
Seorang lelaki Jerman didakwa nekad mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 90 kali untuk dirinya bagi memperolehi sijil vaksin yang akan dipalsukan dan dijual kepada orang ramai, lapor Daily Mail. Sijil vaksinasi yang mempunyai nombor siri itu akan dijual kepada mereka yang tidak mahu disuntik dengan vaksin COVID-19. Menurut laporan, lelaki berusia 60 tahun dari bandar […]

Jangan Bawa Anak Kecil Ke Bazar Ramadan Elak Jangkitan COVID-19
BAGAN SERAI, 4 April (Bernama) — Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak […]

Pelakon Watak Filem Toy Story 2, Estelle Harris Meninggal Dunia
Pelakon filem dan televisyen Amerika Syarikat, Estelle Harris dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 93 tahun, lapor BBC. Kematiannya itu disahkan oleh ejennya, Michael Eisenstadt pada petang Sabtu lalu. Beliau meninggalkan tiga orang anak, tiga orang cucu dan seorang cicit. Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kematiannya tidak didedahkan. Selain terkenal dengan watak Estelle Costanza dalam sitkom […]

Mindanao Digegar Gempa Bumi Tadi
Wilayah Mindanao di Filipina digegar gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher tepat pukul 11:29 malam sebentar tadi. Maklumat itu dilapor oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan. Menurut MET Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 9.1 darjah utara dan 126.8 darjah timur dengan kedalaman 58 kilometer. Dalam pada itu, ia […]

Penyampai Radio Mohon Maaf, Siar Azan Maghrib Awal 4 Minit
Seorang penyampai radio Tawau.fm membuat permohonan maaf kerana tidak sengaja menyiarkan azan Maghrib sebanyak dua kali pada petang tadi. Penyampai radio berkenaan, Mohd Safwan berkata, siaran azan berkenaan terawal kira-kira empat minit daripada waktu Maghrib yang sebenarnya. “Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal […]

Bedah Siasat Kedua Tangmo Temui 22 Luka Kecil Di Bahagian Kaki
Pakar forensik menemui 22 kesan luka kecil di bahagian kaki pelakon Thailand, Tangmo Nida berdasarkan bedah siasat kali kedua baru-baru ini. Menurut The Haiger, bedah siasat kali kedua itu telah dilakukan pada beberapa minggu yang lalu di atas permintaan dari ibunya sendiri. Walau bagaimanapun, pakar patologi tidak menemui sebarang luka pada bahagian muka atau kepala, […]