Berita

Usul Undi Tidak Percaya Terhadap PM Pakistan Dihalang, Pilihan Raya Baharu Bakal Diadakan
NEW DELHI, 3 April (Bernama) – Timbalan Speaker Dewan Negara Pakistan pada Ahad tidak meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Perdana Menteri Imran Khan dibahaskan dan menyifatkan ia konspirasi asing untuk menjatuhkan kerajaan. Keputusan itu dibuat ketika Ahli Parlimen bersidang untuk mengundi usul bagi menggulingkan kerajaan diterajui parti Tehreek-e-Insaf (PTI). Ketika mempengerusikan sesi itu, […]

Polis Tumpas Geng Along, Tahan Lapan Lelaki Tawar Pinjaman Wang Tanpa Lesen
BALIK PULAU, 3 April (Bernama) – Polis menumpaskan geng along selepas menahan lapan lelaki kerana menawarkan pinjaman wang tanpa lesen, dalam serbuan di sebuah premis di Bayan Lepas di sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua lelaki berusia 20 hingga 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan […]

Dua Beradik Hilang Hampir Sebulan Di Hutan Amazon Ditemui Lemah
Dua beradik berumur enam dan lapan tahun yang pernah hilang dan berikhtiar hidup selama hampir sebulan secara bersendirian di hutan Amazon, Brazil ditemui selamat baru-baru ini. Mengimbas kembali, pada 18 Februari lalu, Glauco dan adiknya, Gleison Ferreira meninggalkan rumah mereka berhampiran Manicoré, Amazonas. Menurut Oddity Central, mereka berdua dikatakan pergi ke dalam hutan untuk menangkap […]

Pengusaha Stesen Minyak Jual Petrol Bersubsidi Kepada Kenderaan Asing Berdepan Tindakan Tegas
PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) – Pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari semasa ke semasa telah mengeluarkan arahan […]

Awas, 12 Negeri Ini Dijangka Bakal ‘Dibedil’ Ribut Petir Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada petang ini telah mengeluarkan amaran terkini ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Antara negeri yang terlibat di Semenanjung sehingga 9.00 malam ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, […]

Video Dan Gambar Tular Rakyat Malaysia Samun Warga Singapura Adalah Palsu
JOHOR BAHRU, 3 April (Bernama) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terdapat rakyat negara ini menyamun dan mencederakan warga Singapura seperti yang dipaparkan beberapa klip video dan gambar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata video dan gambar berkenaan adalah palsu dan Bukit Aman juga pernah mengeluarkan kenyataan […]

Belalang Goreng Sebagai Mas Kahwin, Lelaki Kahwini Wanita 19 Tahun Lebih Tua Di Gua
Seorang lelaki mengahwini isterinya yang lebih tua 19 tahun daripadanya dengan memberikan belalang goreng sebagai mas kahwin. Pengantin lelaki tersebut, Yudi Nuryanto, 29, menikahi Arismawati, 48, dalam satu majlis unik yang berlangsung di Gua Ngingkron, Gunung Kidul di Wonosari, Jawa baru-baru ini. Memetik Tribun, selain belalang goreng, Yudi juga turut menghadiahi isteri tercintanya itu hantaran […]

Cuba Larikan Diri & Rempuh Polis, Lelaki Warga Asing Berjaya Ditahan
Petaling Jaya – Seorang lelaki yang larikan diri ketika polis menahan keretanya dalam satu kejadian di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya telah berjaya ditahan. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood, suspek telah berjaya ditahan di kawasan bandar pinggiran Subang, Shah Alam. Penahanan itu dilakukan dengan bantuan Unit Rondaan […]

Aliran Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal setakat 1 tengah hari ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik menuju ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar kecuali dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua kenderaan bergerak perlahan disebabkan kemalangan di KM130. “Kita […]

Johor Benarkan Berbuka Puasa Di Surau, Masjid
BATU PAHAT, 3 April (Bernama) — Bagi mengimarahkan lagi kehadiran bulan Ramadan di Johor, kerajaan negeri membenarkan jamuan berbuka puasa, diadakan di surau dan masjid. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun berkata, hanya 50 orang sahaja dibenarkan. Katanya sekiranya terdapat lebih daripada 50 orang jemaah, pihak pengurusan masjid dan […]

Gara-Gara Ayam Peliharaan Buat Bising, Lelaki Nekad Bakar Jiran
Seorang lelaki dilaporkan telah menyimbah minyak dan kemudian membakar jirannya yang sedang berehat di atas kerusi gara-gara berang ayam milik mangsa sering buat bising, lapor The Thaiger. Saksi yang melihat kejadian itu berkata mangsa yang ‘diselubungi’ oleh api telah berlari keluar dari rumah. Melihat keadaan itu, jiran-jirannya yang lain segera mendapatkan air dan menyimbah mangsa […]

Letupan Besar ‘Musnahkan’ Sebuah Kelab Malam, Puluhan Mangsa Dilapor Cedera
Azerbaijan – Satu letupan besar dilaporkan berlaku di sebuah kelab malam di Baku hingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera, lapor Daily Star. Media tempatan melaporkan bahawa letupan yang berlaku sekitar 3.30 pagi waktu tempatan itu telah memusnahkan bangunan kelab tersebut. Pejabat pendakwa raya berkata terdapat satu kematian dan 31 orang mengalami pelbagai […]

Tumpahan Gam: Penduduk Dinasihat Tidak Gunakan Air Sungai Bariawa Dan Pegalan
KENINGAU, 2 April (Bernama) — Penduduk dinasihatkan tidak menggunakan air dari Sungai Bariawa dan Sungai Pegalan di sini susulan kejadian tumpahan gam akibat kemalangan membabitkan sebuah lori treler yang membawa muatan gam di Simpang Bariawa di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kassim berkata dalam kejadian pada 11.40 malam itu, sebuah lori treler […]

Empat Lelaki Ditahan Bersama 420 Bungkus Air Ketum Dan 75 Kilogram Daun Ketum
BALIK PULAU, 2 April (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan empat lelaki bersama 420 bungkus air ketum dan 75 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata bertindak hasil maklumat […]

342 Penguat Kuasa Kesihatan Pantau Bazar Ramadan Di Terengganu
KUALA NERUS, 2 April (Bernama) — Seramai 342 anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan digerakkan untuk memantau tahap kebersihan dan keselamatan makanan di 4,938 gerai melibatkan 59 lokasi bazar Ramadan tahun ini. Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata anggota penguat kuasa itu akan dibahagikan kepada 130 pasukan operasi bagi memastikan semua 9,666 pengendali makanan […]

Dibanjiri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun
ISTANBUL – Buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih semalam. Memetik laporan Astro Awani, detik bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir menunaikan ibadah solat terawih pada malam pertama bulan Ramadan. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah bermula 24 Julai tahun itu. […]

Anak Autisme Mampu Berdikari Jika Dapat Rawatan Terapi Awal
PASIR GUDANG, 2 April – Kanak-kanak autisme mempunyai peluang lebih besar untuk hidup berdikari sekiranya diberikan rawatan terapi secepat mungkin. Pengerusi Persatuan Kanak-kanak Autisme Negeri Johor Ruwinah Abdul Karim berkata sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak perlu lebih peka dengan tingkah laku anak-anak mereka dan segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada pakar. “Masyarakat […]

LHDN Tukar Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan
KUALA LUMPUR, 2 April – Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di semua Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini, kecuali di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi keempat-empat negeri itu, perkhidmatan bermula dan tamat […]

Banjir : Mayat Wanita Warga Emas Hanyut Ditemukan Hari Kelima
IPOH, 2 April – Mayat seorang wanita warga emas yang dilaporkan hanyut dibawa arus banjir kilat di Cameron Highlands, Pahang pada Selasa lepas ditemukan pada hari ini kira-kira 11.45 pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Mariam Bertampan, 62, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat […]

Agong, Raja Permaisuri Jalani Kuarantin Kendiri Setelah Positif Covid-19
KUALA LUMPUR, 2 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga […]