Berita

Matawang Pembayaran Gas Eropah Ditukar Kepada Rubel Russia – Putin
Matawang pembayaran bagi bekalan gas ke Eropah akan ditukar kepada rubel Russia secepat mungkin melalui mesyuarat bersama kerajaan Russia hari ini. Presiden Russia, Vladimir Putin berkata, Russia hanya akan menerima bayaran rubel untuk penghantaran gas kepada negara yang tidak mesra (kepada Russia). Ia termasuklah negara-negara Kesatuan Eropah (EU) selepas Moscow disekat dan itu tidak pernah […]

Lelaki Terkejut Ketahui Dirinya Ada ‘Empat Buah Pinggang’
Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui dirinya memiliki empat buah pinggang serentak di dalam badan, lapor BBC. Lelaki berkenaan, Stuart Middleton, 46, tersedar selepas menjalani prosedur pembedahan kedua menerima buah pinggang baharu daripada seorang penderma. “Saya terkejut apabila mendapat tahu. Saya tidak tahu mereka telah meninggalkan buah pinggang lama dalam diri saya juga. “Muatkan tubuh saya […]

Kotak Hitam Pesawat China Eastern Airlines Terlibat Tragedi Malang Berjaya Ditemui
BEIJING – Salah satu kotak hitam milik pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu berjaya ditemukan hari ini. Media Kerajaan China melaporkan kompenan penting itu ditemukan berada dalam keadaan rosak teruk. Bagaimanapun mereka tidak dapat mengenal pasti sama ada ianya merupakan bahagian perakam suara kokpit (CVR) atau perakam data penerbangan (FDR). Kotak hitam […]

Thailand Jangka Semua Pintu Sempadan Darat Thailand-Malaysia Dibuka Semula Menjelang 1 Mei
BANGKOK, 23 Mac – Dalam usaha menggalakkan industri pelancongan terutama di wilayah selatan, Thailand bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membuka semula semua pintu sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei. Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata kementerian akan mencadangkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) untuk membuka semula lebih banyak pintu […]

Polis Sahkan Laporan Kematian Lelaki Dalam Lokap IPD Seberang Perai Selatan
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) – Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan satu kes kematian seorang lelaki yang ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang hari ini. Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata mangsa berusia 59 tahun ditahan […]

Kerajaan Setuju Cadangan Perintah Perceraian, Tuntutan Nafkah Secara Serentak
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) – Kerajaan bersetuju mencadangkan supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini bagi mengelakkan masa yang terlalu lama diambil untuk menyelesaikan isu itu sehingga bekas isteri dan anak-anak tidak mendapat […]

Pautan Janji Temu Dos Penggalak, Sistem MySejahtera Alami Isu Teknikal – KKM
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) – Ibu bapa dan penjaga yang telah membuat janji temu dos penggalak bagi remaja berusia bawah 17 tahun, diminta membatalkan janji temu berkenaan dan tidak perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Unit MySejahtera Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, individu dewasa yang membuat janji temu bagi mendapatkan […]

Tradisi Buka Puasa Di Padang Mungkin Dibenarkan Tahun Ini – Majlis Bandaraya Kuantan
KUANTAN, 23 Mac (Bernama) – Tradisi berbuka puasa di padang MBK 1 di sini berkemungkinan kembali dibenarkkan tahun ini jika mendapat kelulusan kerajaan negeri, kata Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin. Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan tidak mempunyai halangan jika tradisi itu kembali diadakan selepas dua tahun tidak dibenarkan ekoran COVID-19, jika […]

SPRM: Suami Isteri Ditahan Bantu Siasatan Bocor Maklumat Tender
PUTRAJAYA, 23 Mac – Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan berkaitan infrastruktur dan suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes pembocoran maklumat membabitkan tender agensi itu bernilai lebih RM1.2 juta. Menurut sumber SPRM, wanita berkenaan yang terbabit dalam pemilihan kontrak agensi itu dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta dengan […]

Sultan Nazrin Perkenan Solat Berjemaah Di Perak Tanpa Penjarakan Fizikal Mulai Jumaat
IPOH, 23 Mac – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan membenarkan solat fardhu, Jumaat, jenazah dan tarawih dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal di negeri ini, dengan bilangan jemaah ditentukan mengikut keluasan ruang masjid atau surau, bermula waktu Subuh pada hari Jumaat ini. Baginda bertitah bagi kalangan para pelajar terutamanya di sekolah asrama penuh pula, demi melindungi […]

Sekeluarga Termasuk Bayi Maut, Terkena Renjatan Elektrik Dalam Bilik Air
JAKARTA – Sebuah keluarga termasuk bayi maut dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik alat pemanas air di kediaman mereka di Pulogadung, Jakarta Timur baru-baru ini. Menurut Kompas.com, mangsa yang maut terdiri daripada sepasang suami isteri berusia 37 dan 29 tahun; bayi berusia 11 bulan; dan seorang pembantu rumah berusia 59 tahun. Ketua Polis Pulogadung, David Richardo […]
Peniaga Didenda RM4,000 Jual Android TV Box Tidak Diperakui MCMC
KUALA LUMPUR, 23 Mac – Seorang peniaga didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjual kelengkapan komunikasi atau Android TV Box tidak diperakui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Hakim M.M Edwin Paramjothy turut memerintahkan Khor Ooi Heong, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara enam bulan jika gagal […]

RON97 Turun 17 Sen
Harga runcit bagi petroleum jenis RON97 dilapor turun sebanyak 17 sen hari ini, menjadikan harga terkini berjumlah RM3.83 seliter. Dalam pada itu, harga runcit bagi petroleum jenis RON95 pula masih kekal pada harga terdahulu iaitu RM2.05 seliter. Manakala harga runcit bagi diesel juga dilapor tiada perubahan dan kekal pada harga terdahulu iaitu RMRM2.15 seliter. Makluman […]

Pengeluaran Khas: 4 Perkara Penting Kena Buat Sebelum Proses Mohon Keluar KWSP 10k
Berikutan permohonan pengeluaran khas yang boleh dibuat tidak lama lagi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan beberapa maklumat ringkas untuk rujukan ahli. Menerusi infografik yang dimuatnaik di Facebook, KWSP mengingatkan orang ramai bahawa permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal Pengeluaran Khas. Semak empat perkara sebelum buat permohonan pengeluaran khas Selain itu, […]

Apa Kementerian Dah Buat Nak Bendung Isu Kahwin Bawah Umur?
PUTRAJAYA – Isu perkahwinan bawah umur tidak sepatutnya dimanipulasikan dan sentiasa diperjuangkan demi kepentingan kanak-kanak. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun, pihak KPWKM sentiasa komited dalam usaha menangani punca perkahwinan bawah umur. “Adalah ditegaskan, isu ini tidak wajar dimanipulasikan oleh sesetengah pihak. “Hal ini kerana Kementerian sentiasa memberikan komitmen […]

Lelaki Terperangkap Dalam Pembetung Sempit Selama 2 Hari Berjaya Diselamatkan
Seorang lelaki di California telah berjaya diselamatkan selepas dua hari terperangkap dalam sebuah pembetung ribut sempit pada Jumaat lalu. Menurut Daily Mail, lelaki yang berusia 30-an itu dipercayai merangkak ke dalam pembetung selebar 41 sentimeter itu sendiri di Antioch, timur laut San Francisco. Tidak diketahui mengapa dia bertindak sedemikian, tetapi tidak lama kemudian dia mula […]

Wanita Maut Ditetak Suami Di Segama, Sabah
KOTA KINABALU, 23 Mac (Bernama) — Seorang wanita maut ditetak selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya di bilik sewa pasangan itu di bangunan Segama di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata suspek yang berusia 31 tahun itu menghubungi talian MERS999 pada jam 11.47 malam. Beliau berkata suspek memaklumkan telah menetak […]

Ini Cara Untuk Pindahkan Data MySejahtera Di Nombor Telefon Lama Ke Nombor Baharu
Aplikasi MySejahtera kini hadir dengan ciri terbaru yang membolehkan orang ramai untuk pindahkan data di nombor telefon lama ke nombor baharu. Sebelum boleh menggunakannya, anda perlulah mengemas kini aplikasi itu terlebih dahulu. Berikut merupakan cara mudah untuk pindahkan data MySejahtera ke nombor telefon baharu. Seperti yang telah dinyatakan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan […]

Arab Saudi Mansuh Semua Sekatan COVID-19
RIYADH, 23 Mac (Bernama) — Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan untuk mansuh semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu. Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi. Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan […]

Tujuh Aset Baharu TUDM Mula Operasi Seawal 2024
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pasukan itu akan memperoleh secara berperingkat tujuh aset baharu termasuk pesawat pejuang, dengan pengoperasiannya dijangka seawal tahun 2024 bagi meningkatkan keupayaan pertahanan udara negara. Panglima TUDM Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata aset tersebut membabitkan pesawat Fighter Lead In Trainer/Light […]