Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Cecah Puluhan Ribu Kilometer, Ini Laluan Pejalan Kaki Terpanjang Di Dunia & Tak Pernah Dilalui Sesiapa
Berapa jarak paling jauh anda pernah berjalan? Rata-rata, mungkin tidak lebih daripada 10km sehari, itupun sekiranya anda mengamalkan gaya hidup sihat dan membiasakan diri dengan aktiviti bersenam kan.
Pernah terfikir, berbanding trek bersenam yang biasa dilalui seperti di taman-taman atau tasik, sebenarnya ada tak laluan berjalan kaki yang boleh dianggap sebagai terpanjang di dunia dan boleh dilalui manusia?
Jika ada, seberapa jauh laluan tersebut, berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk tiba di garisan penamat, ada ke manusia yang pernah meneroka atau mencuba jalan berkenaan?
Sebenarnya, ya ada laluan pejalan kaki terpanjang di dunia, mencecah puluhan ribu kilometer yang sehingga kini tiada manusia yang pernah mencuba untuk menawannya. Tidak, kecuali anda seorang manusia yang mempunyai stamina dan keazaman yang tinggi, selain masa terluang sekurang-kurang setahun, maka trek ini mungkin boleh ditawan.
Jarak perjalanan tersebut merupakan laluan paling jauh yang boleh dilalui dan ia merupakan jalan yang tidak pernah dicuba oleh sesiapa pun. Laluan ini boleh membawa seseorang itu dari Cape Town, Afrika Selatan sehingga ke Bandar Pelabuhan Magadan di Timur Jauh Rusia.
Laluan ini dipercayai adalah laluan yang boleh dilalui oleh manusia secara berjalan kaki yang terpanjang di dunia yang diketahui setakat ini. Namun, cabaran dan persedian yang menanti mana-mana manusia yang mahu meneroka laluan ini bukan calang-calang.
Jika anda nekad untuk menyahut cabaran ini, yang pertama anda perlulah mengemas dan menyediakan beberapa set pakaian yang berbeza kerana laluan tersebut merentasi pelbagai daerah dengan suhu daripada tanas terik membakar Bumi sehingga sejuk beku yang mencekam tulang.
Jarak perjalanan yang luar biasa ini telah diukur pada jarak 22,387 km. Tanpa tidur dan rehat selain mengekalkan rentak berjalan kaki yang konsisten, anda dijangka akan menamatkan trek ini dalam tempoh 187 hari.
Namun, sekuat mana pun seseorang manusia itu, adalah mustahil untuk tidak tidur, berehat mahupun makan. Jadi, dengan mengambil kira keperluan semula jadi manusia, tempoh masa yang perlu diambil untuk anda menamatkan perjalan puluhan ribu kilometer ini adalah sekurang-kurang selama setahun.
Sebagai bonus, anda berpeluang untuk merehatkan sementara kaki sementara kerana anda perlu menaiki feri untuk menyeberangi Terusan Suez yang ada dalam laluan ini.
Bagaimanapun, selain faktor geografi dan iklim, anda juga perlu bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang boleh meragut nyawa kerana laluan ini juga merentasi beberapa kawasan konflik.
Antaranya adalah beberapa buah negara di Timur Tengah dan Ukrain-Rusia.
Sekiranya anda berjaya menamatkan perjalanan tersebut, tahniah tetapi tiada ganjaran yang menanti ada. Cumanya, anda mungkin mendapat kepuasan diri kerana berjaya menawan salah satu cabaran yang setakat ini tiada manusia yang diketahui sudah melakukannya.
Satu-satunya yang pasti, kaki anda mungkin terasa sangat letih dan perlu berehat daripada berjalan untuk jangka masa yang panjang.
BACA: Kelibat Ibu Harimau Malaya ‘Merayau’ Bersama Empat Anak Dirakam, Beri Sinar Baharu Buat Populasi
BACA: Bintang Bola Sepak EPL Ditahan, Didakwa Terlibat Jenayah Rogol
Sumber: Unilad