Siakap Keli
bintang epl ditahan rogol
Sumber: The Sun

Bintang Bola Sepak EPL Ditahan, Didakwa Terlibat Jenayah Rogol

Seorang bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) telah ditahan dalam serbuan yang dibuat polis sekitar jam 3 pagi, di Utara London atas tuduhan terlibat jenayah rogol seorang wanita.

Ketika serbuan itu dibuat, pemain berkenaan difahamkan sedang tidur nyenyak di rumah agamnya. Pemain itu diberkas selepas enam buah kereta polis tiba di pekarangan rumah mewahnya yang bernilai jutaan ringgit.

Pihak berkuasa sebelum itu menerima laporan seorang wanita berusia 20-an yang mendakwa dirinya dirogol oleh pemain bola sepak berkenaan. Malah, wanita berkenaan turut menunjukkan kesan-kesan luka serangan didakwa dilakukan oleh suspek.

Polis kemudian bergegas untuk menahan pemain itu setelah selesai wanita berkenaan membuat laporan. Jenayah berkenaan dikatakan berlaku di Kepulauan Mediterranean.

Walaupun namanya tidak didedahkan, namun pemain bola sepak berkenaan dikatan salah seorang bintang dan antara pemain terbaik kelab yang diwakilinya.

Berita penahanan tersebut nyata mengejutkan pengurusan kelab berkenaan apatah lagi mereka bakal terbang ke luar negara untuk menjalani latihan pramusim. Ekoran itu, dia telah dilepaskan olh pihak kelab untuk menyelesaikan kesnya bersama pihak berkuasa.

“Undang-undang yang akan menentukan apa nasib pemain itu. Rakan sepasukan pemain berkenaan terkedu dan kes ini memberi tamparan hebat buat reputasi kelab tetapi polis mesti membuat kerja mereka dan kelab tidak akan menghalangnya” ujar wakil kelab.

Pemain itu dikhabarkan telah disenaraikan untuk mewakili negaranya ke Piala Dunia di Qatar pada hujung tahun ini. Ramai bintang bola sepak yang lain turut terkejut dan berita mengenai kes ini telah tersebar luas di WhatsApp.

Menurut rekod, wanita itu mendakwa telah dirogol pada bulan lepas. Setelah itu, mangsa telah melarikan diri ke sebuah resort lima bintang dan sebelum terbang pulang ke pangkuan keluarganya.

Lantas, sebaik sahaja tiba di United Kingdom pada Ahad petang, wanita terus bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

BACA: Telur Sebiji Makan 6 Orang, Tutorial Abang Ni Buat Telur Mata ‘Mini’ Cuit Hati Ramai

BACA: KKM Umum Pemberian Dos Penggalak Kedua Untuk Individu Berisiko Tinggi Berumur 18-59 Tahun

Sumber: The Sun

Nurul Nazihah