Berita

Syarikat Produksi Dirayu Ambil Berat Kebajikan Pelakon Veteran
MELAKA, 22 Mac (Bernama) – Penerbit atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tidak terus ditindas termasuk tidak menerima bayaran seperti dijanjikan. Pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, berkata dilema tersebut sering dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya […]

Pemilik Restoran Terima Pujian, ‘Sponsor’ Makan & Hadiah ‘Birthday’ Gadis Ini
Seorang pemilik restoran, Panumas Sroitong tidak dapat menahan sebak selepas dia dan kakitangannya di restoran Halo Shabu menawarkan seorang lelaki hadiah yang tidak ternilai untuk diberikan kepada anak perempuannya pada Sabtu. Sebilangan besar warganet telah menghantar mesej penghargaan kepada pemilik restoran itu atas hadiah yang diberikannya kepada seorang lelaki dan anak perempuannya. Simbol hati dan […]

Polis Terima Enam Laporan Berkaitan Kak Long 7E
KUALA TERENGGANU, 22 Mac (Bernama) — Polis menerima enam laporan terhadap pemilik akaun Facebook Wan Nor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long 7E di seluruh negara, setakat ini. Ia susulan tindakannya yang didakwa menghina dan memperlekehkan nasib Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman […]
Nelayan Warga Thailand Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Bot
KUANTAN, 22 Mac (Bernama) — Seorang nelayan warga Thailand dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh ke Sungai Kuantan dari bot nelayan di jeti berhampiran Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa berusia 29 tahun dikatakan terjatuh kira-kira 9 pagi, semasa sedang […]
Ribut Petir & Hujan Lebat Diramal Landa 7 Negeri Ini Hingga Petang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 3:15 petang (22 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 7 negeri dan kawasan sehingga 6:00 petang ini. Antara kawasan yang terlibat dengan amaran ribut petir dan hujan lebat adalah negeri Perak, di kawan Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala bagi negeri […]

Kerajaan Panjangkan Cuti Bersalin Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari
KUALA LUMPUR – Jangka masa untuk cuti bersalin kini dilanjutkan kepada 98 hari, manakala cuti paterniti lelaki dipanjangkan selama tujuh hari. Lanjutan cuti berkenaan diumumkan selepas mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat dan diluluskan dalam Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, cuti paterniti ini hanya diberikan kepada pekerja lelaki […]

Warga Emas Hilang 10 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Dalam Peti Sejuk
Setelah 10 tahun hilang, lelaki warga emas akhirnya ditemukan meninggal dunia di dalam peti sejuk yang terletak di sebuah bangunan terbengkalai. Memetik laporan Mirror, lelaki berusia 67 tahun ketika terakhir kali ditemui itu telah hilang sejak 1 Februari 2012. Menurut Ketua Detektif dari bahagian Pakar Jenayah Polis Metropolitan, Inspektor Kelly Allen, pihaknya sedang mengumpul maklumat […]

Harga Harumanis Naik, Faktor Cuaca, Kos Pertanian – Exco
KANGAR, 22 Mac (Bernama) — Faktor cuaca yang tidak menentu dan kenaikan kos pertanian menyebabkan harga mangga Harumanis meningkat sebanyak sepuluh peratus berbanding musim lepas. Exco Pertanian dan Asas Tani Nurulhisham Yaakob berkata kerajaan negeri mencadangkan agar Harumanis gred premium A dijual dengan harga RM35.00 sekilogram, Premium B (RM30.00) dan Gred C (RM25.00–RM15.00) sekilogram. “Orang […]

Bapa Durjana, Lelaki Didakwa Rogol Anak Sendiri Hingga Sawan & Meninggal Dunia
Seorang lelaki di Bandar Semarang ditahan polis kerana merogol anak kandungnya sendiri yang berusia 8 tahun hingga sawan dan meninggal dunia. Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak itu meninggal dunia selepas dipaksa melayan nafsu bapanya, lapor Kumparan News. Timbalan Ketua Polis Semarang, AKBP IGA Dwi Perbawa Nugraha berkata, kejadian itu berlaku pada hari Jumaat, 18 Mac […]

Zul Arifin Disiasat Bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia Selepas Muat Naik ‘Teaser’ Panas
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas membuat hantaran Instagram yang menyalahi undang-undang. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter memaklumkan adegan seperti dipaparkan dalam hantaran itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan umum. “Proses undang-undang berjalan. Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak […]

Ini Sebab Kenapa Anda Kena ‘Verified’ Akaun MySejahtera Segera
MySejahtera memaklumkan bahawa tanda sah (verified) hanya akan dipaparkan pada akaun mereka yang telah mengesahkan maklumat identiti diri (MySJ) dan tarikh lahir. Menerusi kenyataan di Twitter, pihak MySejahtera berkata akaun yang telah disahkan memastikan ciri yang ada di aplikasi itu dapat digunakan sepenuhnya. Sebagai contoh, ada individu yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di […]

KKM Keluarkan Kompaun Kepada Lim Kit Siang – Khairy
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kompaun kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Twitter berkata kompaun berkenaan dikeluarkan pada 20 Mac dan beliau turut menyertakan bukti kertas saman terhadap Lim. Khairy […]

Shopee Sahkan ‘Server’ Alami Masalah Teknikal
Pelayan laman membeli belah atas talian, Shopee sedang mengalami beberapa masalah teknikal hari ini. Isu berkenaan turut dimaklumkan pihak Shopee menerusi Facebook rasmi, sebentar tadi. ”Nampaknya ‘server’ kami sedang mengalami beberapa masalah teknikal. ”Pasukan kami sedang mengusahakannya dengan segera supaya anda boleh meneruskan pengalaman membeli-belah anda tidak lama lagi,” tulis Shopee. Melalui fungsi chat secara […]

Malaysia Iktiraf Sijil Vaksinasi Vietnam-PM
HANOI, 22 Mac (Bernama) — Malaysia bersetuju mengiktiraf sijil vaksinasi Vietnam selepas mengambil kira bahawa negara itu turut menggunakan jenis-jenis vaksin diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi meningkatkan aktiviti pelancongan dalam kerjasama pasca pandemik COVID-19 kedua-dua negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Vietnam membuka sempadan antarabangsanya pada 15 Mac lepas, manakala Malaysia juga telah membuat keputusan untuk membuka sempadannya kepada kunjungan pelawat antarabangsa […]

Logo Disengetkan, Rusia Dilapor Buka Perniagaan Burger ‘Uncle Vanya’ Ganti McDonald’s
Rangkaian perniagaan burger yang sedang berkembang di Rusia iaitu ‘Uncle Vanya’ dilaporkan menjadi pengganti kepada McDonald’s. Memetik laporan New York Post, Uncle Vanya baru-baru ini mendedahkan logo yang kelihatan sangat mirip dengan “Golden Arches” iaitu logo yang digunakan oleh McDonald’s. Pemfailan tanda dagangan pada 12 Mac menunjukkan imej yang hampir menyerupai logo McDonald’s yang dipusingkan. […]

Bumi Diramal Bakal Tenggelam Menjelang 2050? Ini Perlu Anda Tahu
Beberapa tahun akan datang, kebanyakan negara di dunia ini diramal bakal tenggelam akibat peningkatan paras air laut yang kritikal termasuk di Malaysia. Malah, negara jiran kita, Indonesia turut terkesan sehingga ibu negara mereka telah dipindahkan dari Jakarta ke Kalimantan. Memetik laporan CNA, Jakarta yang mudah dilanda banjir menjadi bandar yang paling cepat tenggelam di dunia […]

Restoran Ini Tawar Perkhidmatan Layan Pelanggan Dengan Biadap
Sekiranya anda ingin menjamu selera di restoran yang menyajikan makanan yang lazat tetapi sedia untuk mendapat layanan biadap, restoran Karen’s Dinner ini mungkin boleh dikunjungi. “Makanan Sedap, Servis Teruk” merupakan moto yang digunakan oleh Karen’s Dinner, sebuah restoran makanan segera yang kini beroperasi di Australia dan United Kingdom (UK). Difahamkan, ‘Karen’ merupakan slang Amerika terkenal […]

Kantoi Berkelakuan Tak Senonoh Terhadap Anak Saudara, Wanita Nekad Potong Zakar Suami
Seorang isteri nekad menetak kemaluan suaminya selepas membongkar kelakuan tidak senonoh suaminya itu terhadap anak saudara perempuannya melalui kamera tersembunyi yang dipasang, lapor Daily Star. Wanita yang berasal dari Son La, Vietnam itu telah memasang kamera di tepi katil gadis tersebut selepas mangsa mengadu sebanyak beberapa kali mengenai tindakan bapa saudaranya. Polis berkata, lelaki tersebut […]

Negara Rekod Trend Penurunan Kes COVID-19 – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Kes positif harian COVID-19 negara terus mencatatkan trend penurunan apabila 17,828 kes direkodkan semalam berbanding 19,105 kes pada 20 Mac, menjadikan 4,010,952 kes kumulatif. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 17,828 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam, sebanyak 9,121 kes atau 51.16 peratus melibatkan kategori satu […]

Rakaman Detik-Detik Dipercayai Pesawat China Eastern Airlines Jatuh Menjunam Sebelum Terhempas
Satu rakaman yang memaparkan detik-detik dipercayai pesawat China Eastern Airlines MU5735 jatuh menjunam sebelum terhempas telah tular sejak semalam. Video yang dikongsi oleh media tempatan itu menunjukkan pesawat tersebut jatuh menjunam ke arah darat berhampiran bandar Wuzhou di wilayah selatan Guangxi. Dalam kejadian yang berlaku semalam, pesawat Boeing 737 itu telah terbang kira-kira 30,000 kaki, […]