Berita

Langgar Lembu Tengah ‘Highway’, Dua Pegawai TLDM Dilapor Cedera
Dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka langgar seekor lembu, lapor Utusan. Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi semalam, kenderaan pacuan empat roda mereka melanggar lembu di Kilometer 249.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Senawang. Memetik laporan Utusan, Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) telah menerima maklumat berlaku […]

Diinspirasi Dari Plastik Tesco, Balenciaga Jual Beg Berharga RM5,113
Satu jenama mewah, Balenciaga, telah mengeluarkan rekaan beg beli-belah terbaharu yang diinspirasi dari plastik Tesco, lapor Daily Mail. Diinspirasi dari plastik Tesco Reka bentuk tersebut dilihat menyerupai beg plastik Tesco keluaran tahun 1980-an yang sudah tidak digunakan pada masa kini. Aksesori buatan Itali yang dikeluarkan sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2022 itu dijual pada harga […]

Antartika Timur Dilapor Catat Suhu Panas Lebih Tinggi Dari Biasa
Suhu di atas lapisan ais Antartika timur dilaporkan melonjak hingga 50 darjah Fahrenheit (32 darjah Celsius) melebihi kebiasaan. Keadaan itu telah mengejutkan para saintis, lapor The Washington Post. Menurut laporan, lokasi paling sejuk di dunia itu telah mengalami episod cuaca panas luar biasa pada minggu ini. Tidak pernah berlaku sebelum ini “Keadaan ini benar-benar tidak […]

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Akibat Dicekik Kerana RM4
KUANTAN (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh remaja berusia 16 tahun, dalam kejadian yang didakwa berpunca akibat wang RM4, semalam (kelmarin). Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan asnaf di […]

Polis Kenal Pasti Suspek Pukul Penunggang Basikal Guna Batang Besi Di Lampu Isyarat
Ipoh, (Bernama) – Polis telah mengenal pasti seorang lelaki yang memberhentikan kereta lalu dipercayai bertindak memukul seorang penunggang basikal menggunakan batang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung-Segari, Manjung menerusi video tular semalam. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata siasatan awal mendapati, suspek berusia lingkungan 30-an yang berasal dari Batu […]

Pemuda Tikam Rakan Sendiri, Gara-gara Rebut Parkir Kereta
Jakarta, 21 Mac 2022 – Seorang pemuda ditahan polis kerana tikam dua rakan yang merupakan jirannya sendiri gara-gara berebut tempat letak kereta. Menurut Kompas.com, suspek, 23 tahun tekad menikam dua rakan (mangsa) tersebut kerana berebut tempat letak kereta di sebuah kedai emas di Jalan Kranggan, Indonesia. Wakil polis tempatan, Dwi Perbawa Nugraha berkata, suspek merasakan […]

Lal Bihari, Pernah Dipalsukan Kematian Sebab Rampasan Harta
Lal Bihari merupakan ‘mayat hidup’ yang paling terkenal di India dan salah seorang daripada mereka yang telah dipalsukan kematian secara rasmi kerana harta. Menurut Oddity Central, membunuh seseorang di atas kertas bukanlah hal yang sukar untuk dilakukan di India. Apa yang diperlukan hanyalah wang rasuah kepada pegawai yang sanggup untuk melakukan kerja kotor itu. Pada […]

Pesawat China Eastern Terhempas Kurang Dua Minit Dari Ketinggian 25,000 Kaki
FlightRadar24 mengesan pesawat China Eastern MU5735 yang terhempas siang tadi jatuh terjunam dari ketinggian 25,000 kaki kurang dari dua minit. Menurut CNN, data pengawasan menunjukkan Boeing 737-800 telah berada pada ketinggian 29,000 kaki apabila ia mula terjunam dengan sangat laju. “Ia sempat berhenti seketika pada ketinggian 10,000 kaki sebelum terjunam semula menurut data. “Data penerbangan […]

Saham Boeing Jatuh 8 Peratus
Saham Boeing Co dalam dagangan pra-pasaran Bursa Saham New York dilapor jatuh kira-kira lapan peratus hari ini, lapor CNBC. Menurut laporan, ia berikutan tragedi pesawat China Eastern yang terhempas di pergunungan China siang tadi. Merujuk Yahoo Finance, saham syarikat penerbangan yang berpangkalan di Chicago, US itu dilapor menurun RM760.60 seunit hari ini berbanding RM810.84 ketika […]

Pemandu Ford Ranger Langgar Konvoi Kereta Mewah Ditahan
JOHOR BAHRU, 21 Mac (Bernama) – Pemandu kereta pacuan empat roda Ford Ranger yang melanggar sebuah kereta mewah di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, berhampiran susur keluar Sedenak, Jumaat lepas, ditahan awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata ahli perniagaan wanita berusia 28 tahun berasal dari Yong Peng itu […]

Perlis Benar Kehadiran Jemaah Tanpa Terikat Status Vaksinasi
KANGAR, 21 Mac (Bernama) — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah di negeri ini menyertai aktiviti pengimarahan masjid tanpa terikat dengan status vaksinasi, susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April ini. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid, […]

Lelaki Positif Dadah Methamphetamine Akibatkan Kemalangan Maut
KUALA KRAI, 21 Mac (Bernama) — Seorang warga emas maut manakala dua rakannya cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine di Kilometer 66 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Sungai Durian, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohamad lelaki berusia 31 […]

Paparan ‘Website’ China Eastern Airlines Bertukar Warna Hitam Putih
Paparan laman sesawang syarikat penerbangan China Eastern Airlines telah ditukar kepada warna hitam dan putih, lapor NDTV. Pertukaran tersebut dibuat susulan tragedi sebuah pesawatnya, MU5735 yang terhempas dalam satu kejadian sebentar tadi. Difahamkan, ia dipercayai bertujuan untuk solidariti atau ‘berkabung’ dan tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. “Laman sesawang China Eastern Airlines telah menukar warna […]

Pelajar Cemas, Jari Tersangkut Pada Lubang Botol Air
Satu video yang memaparkan seorang pelajar berdepan detik cemas apabila jarinya tersangkut pada lubang botol tular di media sosial. Sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2022/2023 telah bermula hari ini bagi semua sekolah di seluruh negara pada hari ini telah menyaksikan pelbagai ragam daripada murid-murid sekolah. Ada yang gembira kerana dapat berjumpa kawan-kawan baharu, ada […]

Pesawat China Eastern Airlines Bawa 133 Penumpang Dilapor Terhempas
Sebuah pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang membawa lebih 133 orang penumpang dilaporkan telah terhempas di pergunungan di China, lapor Mirror. Menurut laporan, pesawat China Eastern Airlines model Boeing 737 yang terbang dari Kunming ke Guangzhou itu mengalami kemalangan di Guangxi. Pesawat itu berlepas dari Kunming pada pukul 1.11 petang (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba […]

Youtuber Terkenal Malaysia Dedah Bakal Berkolaborasi Dengan Pelakon ‘Misteri’ Dari Hollywood
YouTuber terkenal, Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank96 mendedahkan bahawa dirinya bakal berkolaborasi dengan seorang pelakon ‘misteri’ dari Hollywood. Menerusi ciapan di Twitter, Sofyank berkongsikan video teaser yang memaparkan dirinya sedang menemu bual seorang pelakon lelaki yang tidak didedahkan wajahnya. Tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai kerjasama tersebut, Sofyank meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang […]

Akibat Tahan Kentut, Penyanyi Brazil Ini Dimasukkan Ke Hospital
Seorang penyanyi Brazil mengakui bahawa dia dimasukkan ke hospital untuk dirawat kerana gas terperangkap di dalam badannya akibat tahan kentut di hadapan teman lelakinya, lapor Daily Star. Viviane de Queiroz Pereira atau dikenali sebagai Pocah, telah berkongsikan gambar ketika dalam bilik rawatan akibat tahan kentut kepada berjuta-juta pengikutnya dalam laman sosial Instagram. Mengalami sakit perut […]

PRU15 Boleh Diadakan Ketika Tempoh Risiko Jangkitan COVID-19 Paling Rendah – Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh diadakan ketika tempoh risiko jangkitan COVID-19 berada di tahap paling rendah, lapor Bernama. Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membangunkan protokol selamat untuk pesakit COVID-19 keluar mengundi. “Isu kesihatan awam adalah elemen penting dalam menentukan tarikh […]

Speaker Dewan Negara Tegur Menteri, Timbalan Menteri MITI Tidak Hadir Jawab Soalan
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Persidangan Dewan Negara diminta mencatatkan ketidakhadiran Menteri serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada sesi soal jawab persidangan hari ini, sebagai tidak selaras dengan peraturan mesyuarat. Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ini kerana soalan yang dikemukakan kepada kementerian itu penting untuk diketahui […]

JAKIM Menentang Keras Program TV Dedah Adegan Tak Bermoral
Susulan tertularnya video sedutan sebuah drama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa pihaknya menentang keras dan mengambil serius mengenai isu tersebut. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff berkata pihaknya menentang keras penyiaran program seumpama itu yang jelas mempamerkan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral yang melampaui batas […]