Berita
Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s Inisiatif Ke Arah Kuala Lumpur Sejahtera 2030
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – McDonald’s Malaysia mengambil inisiatif ke arah menjadikan Kuala Lumpur bandar raya sejahtera menjelang 2030 dengan menampilkan Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s di persimpangan utama lintasan pejalan kaki Bukit Bintang di sini. Lintasan pejalan kaki di hadapan restoran McDonald’s Bukit Bintang iaitu restorannya yang pertama dibuka di Malaysia sejak 40 […]

Siren Amaran Awal Tsunami Di Besut, Terengganu ‘Bergema’ Petang Ini, Penduduk Sekitar Diminta Tidak Panik
Penduduk di sekitar Besut, Terengganu diminta untuk tidak panik berikutan siren amaran awal tsunami yang akan dibunyikan pada petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, bunyi siren tsunami tersebut sebaliknya hanyalah ujian sahaja. “MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 16 Mac, Rabu (hari ini) di Pejabat Perikanan […]

Polis Dedah Rakaman CCTV Individu Berdiri Di Belakang Bot Laju, Dakwa Peroleh ‘Bukti Baharu’
Pihak polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di belakang bot laju sebelum pelakon televisyen Thailand, Pattarathida “Tangmo” Patcharaveerapong atau Tangmo Nida terjatuh ke Sungai Chao Phraya. Menurut Bangkok Post, polis walaubagaimanapun tidak menyatakan sama sekali bahawa individu yang terlihat dalam rakaman tersebut adalah Tangmo. Pesuruhjaya Polis Wilayah […]
“Saya Tidak Akan Masuk UMNO” – Khairuddin
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan sama sekali menyertai UMNO, mahupun menubuhkan parti lain walaupun telah keluar daripada PAS. Penjelasan berkait pemberhentian beliau sebagai ahli PAS dimaklumkan beliau menerusi sesi temubual di Bernama TV pada Rabu. “Saya tidak akan masuk UMNO, selagi UMNO menjadi […]

Dipercayai Bergaduh Isu Kematian Tangmo, Lelaki Maut Jatuh Kondominum
Seorang lelaki dikatakan bertindak melompat dari balkoni sebuah kondominium selepas didakwa bergaduh dengan sahabatnya berkaitan isu kematian selebriti televisyen Thailand, Pattarathida “Tangmo” Patcharaveerapong, lapor Bangkok Post. Lelaki berkenaan yang juga seorang warga Thailand berusia 20 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku di wilayah Sutthisan pada 3 Mac lalu. Memetik laporan, […]

Cadangan IPT Tidak Adakan Peperiksaan Jumaat Hingga Ahad Akan Diteliti – Noraini
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi diminta membuat perbincangan secara terperinci dengan pihak universiti berhubung cadangan agar institut pengajian tinggi (IPT) tidak mengadakan peperiksaan pada hari Jumaat hingga Ahad. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihak kementerian membenarkan IPT melalui Senat mereka untuk merancang dan melaksanakan peperiksaan masing-masing mengikut […]
COVID: Wanita Warga Emas Meninggal Dunia Di Rumah Di Labuan
LABUAN, 15 Mac (Bernama) — Seorang warga emas wanita berusia dalam lingkungan 80an dan menghidap penyakit kronik meninggal dunia di rumahnya pada Ahad (13 Mac) lepas akibat COVID-19. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata kematian tersebut adalah kes pertama (kematian akibat COVID-19) yang dilaporkan selepas beberapa bulan. “Warga emas berkenaan mempunyai penyakit kronik […]

Gegelang Sotong Tiada DNA Babi – Timbalan KP Perikanan
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Jabatan Perikanan (DOF) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti yang ditularkan di media sosial. Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Mohd Sufian Sulaiman berkata jabatan itu melalui makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur, telah menjalankan identifikasi analisisa porsin ke atas sampel gegelang […]
Bekas Ketua Polis Negara Diminta Tampil Kemuka Bukti Isu Kartel Dalam PDRM
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan wujud isu kartel yang mencaturkan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi kepentingan peribadi. Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata adalah lebih baik untuk […]

Lelaki Pukul Teman Wanita, Naik Angin Gara-Gara Pasang Muzik Kuat
Seorang lelaki ditahan setelah bertindak memukul teman wanitanya dengan kejam, berpunca dari rasa marah dan terganggu dengan bunyi muzik yang kuat dalam kejadian yang berlaku di Atherton. Peguam pendakwa, James Preece ketika di Mahkamah Bolton Crown berkata, suspek pada mulanya merasakan teman wanitanya itu menjengkelkan kerana mangsa memainkan muzik dengan kuat ketika berada di rumah. […]

“Saya Mohon Semua Bangsa Johor Bersama Saya” – Onn Hafiz
Menteri Besar Johor ke-19, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon agar warga Johor bersatu hati bersama beliau dalam membangunkan negeri itu setelah menerima perlantikan hari ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata demikian menerusi satu hantaran di Twitternya selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada Selasa. ”Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan […]
Isu Tular Tanah Runtuh: Pegawai Kanan Kerajaan Antara Tujuh Individu Beri Keterangan – Polis
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Seorang pegawai kanan kerajaan antara tujuh pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung video tular semasa kejadian tanah runtuh di kawasan Taman Bukit Permai 2, Ampang, pada Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak dalam […]

(Video) Payung Terjun Tak Terbuka, Detik Cemas Askar ‘Jatuh’ Dari Kapal
Salah seorang penerjun anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) berdepan detik cemas apabila payung terjun yang digunakan tak terbuka dengan sempurna sejurus terjun dari pesawat. Detik cemas kejadian tersebut yang dipercayai berlaku semalam, sempat dirakam oleh warganet sebelum menjadi tular di media sosial. Dalam video yang beredar, dapat dilihat sekumpulan anggota tentera melakukan aksi terjun dari […]

Onn Hafiz Sah Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Johor
JOHOR BAHRU, 15 Mac (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lepas. Beliau yang bersongkok, berbaju Melayu Teluk Belanga berwarna hitam serta lengkap bersampin mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor […]

Cerun Tidak Selamat, Penghuni Taman Bukit Permai 2 Diarah Pindah
SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) – Cerun di Taman Bukit Permai 2 di Ampang Jaya didapati tidak selamat dan berkemungkinan menjejaskan 72 buah rumah di kawasan tersebut sekiranya berlaku runtuhan kali kedua, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata susulan itu pihak Jawatankuasa Bencana Daerah Hulu Langat akan segera mengeluarkan arahan kepada […]
Remaja Direman Bantu Siasatan Kes Kebakaran Pondok Di Marang
MARANG, 15 Mac (Bernama) – Seorang remaja lelaki ditahan reman selama dua hari sehingga esok, bagi membantu siasatan kes kebakaran di asrama Madrasah dan Pondok Al-Huda, Kampung Lubuk Perah dekat sini, petang semalam. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda setelah mendapat permohonan daripada pihak polis untuk menjalankan siasatan di […]

APMM Bantu Bawa Keluar Kanak-Kanak Sesak Nafas Di Pulau Aur
MERSING, 15 Mac (Bernama) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing membantu membawa keluar seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mengalami sesak nafas dari Pulau Aur ke Hospital Mersing, pagi semalam. Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing pada 11 […]

Dakwaan MP Jelebu Tentang Pembatalan Penggunaan Dewan Petaling Saat Akhir Adalah Tidak Tepat
Kenyataan tular berkaitan dakwaan pembatalan penggunaan Dewan Orang Ramai Petaling di Jelebu bagi program Back To School pada 13 Mac lalu adalah tidak tepat. Hal tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menerusi satu kenyataan media semalam. “Kerajaan Negeri melihat kenyataan ini tidak tepat dan mengelirukan kerana Majlis Daerah Jelebu tidak pernah meluluskan penggunaan […]

Legenda WWE, Scott Hall ‘Razor Ramon’ Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung
Legenda World Wrestling Entertainment (WWE), Scoot Hall meninggal dunia pada usia 63 tahun pagi tadi. Berita sedih tentang pemergian Scoot Hall atau lebih popular dikenal sebagai The Bad Guy itu disampaikan menerusi laman Facebook WWE dan dirasai peminatnya dari seluruh dunia. Mendiang meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa dengan alat bantuan pernafasan akibat komplikasi […]
Sembilan Penjawat Awam Sebuah Agensi Penguat Kuasa Ditahan, Jual Rampasan Dadah – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) – Sembilan penjawat awam sebuah agensi penguat kuasa antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat pengedaran syabu yang dianggarkan bernilai RM193,590. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sembilan penjawat awam itu ditahan di Putrajaya manakala seorang nelayan di Johor pada 6 Mac hingga […]