Berita

TV Alhijrah Beri Penjelasan Kenapa ‘Kak Long 7E’ Hadir Ke Studio
Kehadiran individu bergelar ‘Kak Long’ 7E’ ke studio TV Alhijrah seperti yang tular baru-baru ini adalah bertujuan untuk diberi teguran dan pengajaran dalam rancangan Trending. TV Alhijrah dalam satu kenyataan menjelaskan, teguran dan pengajaran tersebut diberikan oleh seorang agamawan yang berperanan sebagai panelis rancangan. “Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah […]
Operator Kilang Maut Terjatuh Dalam Mesin Pengisar
JOHOR BAHRU, 15 Mac (Bernama) — Seorang operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah mesin pengisar membuat mozek di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang di Iskandar Puteri, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berkenaan, Fenddy Asim, 19, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan bahu. “Ketika kejadian kira-kira […]

NATO Hantar Lebih 30,000 Tentera, 200 Kapal Ke Norway, Tidak Jauh Dari Sempadan Russia
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilapor hantar lebih 30,000 tentera melibatkan Royal Marine, pesawat, kapal tempur serta kapal selam dengan kuasa nuklear ke Norway yang bersempadan dengan Russia. Menurut Daily Mail, tentera-tentera yang terdiri daripada 28 buah negara benua Eropah dan Amerika Utara itu telah mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan selama sebulan di kawasan tersebut […]

Cium Pakaian Dalam Jiran & Onani, Lelaki Warga Emas Ditahan
Pihak polis telah menahan seorang lelaki warga emas berumur 62 tahun atas dakwaan kes viral berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, ACP Amihizam Bin Hj. Abdul Shukor berkata, aduan kes viral tersebut diterima pada pukul 2:44 petang semalam. “Seorang lelaki (terbabit) telah mengambil pakaian dalam yang dijemur […]

Padah Amal Diet Jenis Ni, Lelaki Alami Masalah Lidah Hitam & Berbulu
Seorang lelaki dilapor mengalami lidah hitam dan berbulu selepas dia menjalani ‘diet cecair’, memetik laporan Daily Star. Menurut laporan, lelaki berusia 50 tahun itu berdepan situasi berkenaan sewaktu dia menjalani diet makanan campuran dan sup selama dua bulan. Bagaimanapun, ‘hasilnya’ adalah dia mengalami masalah di mana satu lapisan tebal kulit mati dan bakteria mula tumbuh […]
Waspada Risiko Diabetes Bagi Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19
KUALA LUMPUR, 15 Mac – Sejak kes pertama COVID-19 dikesan di Wuhan, China pada penghujung 2019, lebih enam juta maut akibat virus itu yang hingga kini menjangkiti sekitar 455 juta penduduk dunia dengan 3.77 juta orang adalah di Malaysia termasuk lebih 33,800 daripadanya meninggal dunia termasuklah kanak-kanak. Dalam kalangan yang pulih pula, ada yang mengalami […]

Sehari Selepas 17 Juta Penduduk Jalani ‘Lock Down’, Kes COVID-19 Di Shenzen Menurun
China melaporkan kes baharu Covid-19 di negara mereka telah turun kepada angka 1,437 pada 13 Mac baru-baru ini selepas sehari perintah berkurung dilaksanakan. Sebelum ini, kes Covid-19 harian mereka telah mencatat sebanyak 1,938 kes, namun angka itu ternyata menurun setelah ‘lock down’ tersebut dijalankan. Menurut CNA, China telah melakukan perintah berkurung pada kesemua 17 juta […]
(Video) Tak Terima Kena Tutup, Peminat Tegar McDonald’s Rusia Gari Tangan Pada Pintu Restoran
Seorang peminat tegar hidangan McDonald’s Rusia nekad menggari tangannya sendiri di pintu sebuah restoran di Moscow dalam usaha untuk menghalangnya daripada ditutup. Lelaki tersebut telah dirakamkan mengadakan protes terakhir hanya beberapa jam sebelum semua cawangan gergasi makanan segera itu ditutup di seluruh Rusia ekoran tindak balas serangan Rusia ke atas Ukraine. Gergasi makanan segera itu […]
(Video) Pemain Bola Sepak Thailand Ditamatkan Kontrak, Serang Pemain Lawan Guna Teknik Siku Muay-Thai
Seorang pemain bola sepak Thailand telah digugurkan dari kelabnya selepas bertindak memukul lawan menggunakan teknik siku Muay-Thai ketika perlawanan, lapor Daily Mail. Pemain tersebut telah dirakam menyerang pemain lawan menggunakan pukulan siku pada minit kelima masa kecederaan dalam perlawanan liga divisyen tiga. Mangsa difahamkan telah tersepak kaki penyerang tersebut semasa dia sedang mengejar bola yang […]
Jet Pejuang Taiwan Terhempas, Juruterbang Berjaya Selamatkan Diri
Sebuah jet pejuang Tentera Udara Mirage milik Taiwan dilapor terhempas di pantai timur pada Isnin, 14 Mac. Bagaimanapun, juruterbang pesawat tersebut dilaporkan sempat melentingkan kerusinya dan terselamat dari nahas tersebut. Markas Pemerintahan Tentera Udara Taiwan menyatakan bahawa sebuah pesawat Mirage 2000-5 milik Pangkalan Udara Hsinchu telah berlepas dari Pangkalan Udara Chihhang pada jam 10:08 pagi bagi […]
Gadis 14 Tahun Dirogol Di Ladang Kelapa Sawit
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dirogol di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Kabupaten Tulang Bawang, Lampung, Indonesia. Suspek berusia 32 tahun merupakan seorang penduduk di Daerah Penawar Aji, Tulang Bawang, Indonesia. Difahamkan kejadian rogol itu berlaku di sebuah ladang kelapa sawit. Suspek dilaporkan telah mengugut mangsa untuk memuat naik video jika […]

(Video) RASMI: Khairuddin At-Takiri Umum Keluar PAS
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali secara rasminya telah keluar daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini. Khairuddin memaklumkan pengumuman sedemikian menerusi satu sidang media yang berlangsung sebentar tadi. “Maka dengan ini saya Mohd. Khairuddin Aman Razali, pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” umumnya hari ini. […]

Awas, Hujan & Ribut Petir Bakal ‘Hentam’ 11 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada petang ini telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Antara negeri di Semenanjung yang terlibat sehingga 7.00 petang ini adalah Kedah iaitu Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang; Perak iaitu Kerian, Larut, Matang […]

Pengawal Keselamatan Direman Bantu Siasatan Penemuan Mayat Wanita Rentung – Polis
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita rentung di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Izham Jaafar berkata perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam. “Hasil siasatan […]

Hadir Pengebumian Terakhir, Bekas Suami Tangmo Nida Sebak Tengok Gambar Lama
Kehadiran pelakon dan penyanyi Tono Phakin atau nama sebenarnya Phakin Khamwilaisak di hari terakhir pengebumian aktres Thailand, Tangmo Nida telah mencuri perhatian ramai. Beliau yang merupakan bekas suami kepada mendiang telah datang dengan berkemeja putih yang dipadankan bersama kot bewarna hitam. Menurut Kompas.com, matanya kelihatan sembab dan jelas ekspresi kesedihan pada raut wajahnya meskipun ketika […]

(Video) Ganggu ‘Line’ Internet & Radio, Rupanya Ini Kesan ‘Bahaya’ Ribut Solar Kepada Bumi Kita
Ribut solar merupakan suatu fenomena alam yang berlaku di angkasa raya. Tetapi mungkin tidak ramai yang dapat memahami dengan selanjutnya mengenai ribut solar ini. Jadi, berikutan laporan media baru-baru ini mengenai ‘kehadiran’ ribut solat ke Bumi, mungkin ada antara anda yang sedikit-sebanyak berasa gerun tentangnya, bukan? Bagi anda yang baru sahaja mendengar mengenai ribut solar […]

TERKINI: Polis Temui ‘Bukti’ Terbaru Kematian Tangmo Nida
Pihak polis dilapor menemui bukti terbaru berkaitan kematian aktres Thailand, Tangmo Nida baru-baru ini, lapor Bangkok Post. Pegawai polis, Leftenen Jeneral Jirapat Phumichit berkata, bukti baharu tersebut ditemui pegawai penyiasat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan di tepi Sungai Chao Phraya. Jelas polis, rakaman CCTV berkenaan menunjukkan terdapat kelibat seseorang yang didakwa sedang […]

Sultan Selangor Nasihat Kerajaan Negeri Beri Penekanan Serius Tangani Banjir
SHAH ALAM, 14 Mac (Bernama) – Kerajaan negeri dinasihatkan untuk memberi penekanan yang lebih serius terhadap usaha-usaha menangani masalah banjir dan banjir kilat yang semakin kerap berlaku di Selangor. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah kaedah terbaik menangani banjir perlu dikenal pasti segera, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran serta teknologi baharu dari dalam dan luar […]

Tular Video Pergaduhan Berkumpulan Di Tempat Letak Kereta, Seorang Lelaki Ditangkap – PDRM
Seorang lelaki ditangkap ekoran terlibat dalam satu pergaduhan di Johor Bahru seperti yang terpapar dalam video tular pada 13 Mac semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Johor, ACP Dzulkahiri Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai rakaman pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari. Jelas Dzulkhairi, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut […]

(Gambar) Detik-detik Kejadian Banjir Kilat Di Sungai Siput, Perak Awal Pagi Tadi
Banjir kilat dilaporkan telah melanda kawasan perumahan di Taman Kledang, Sungai Siput, Perak awal pagi tadi, lapor Bernama. Menurut tinjauan Bernama, mereka kongsikan foto-foto situasi penduduk taman tersebut yang bergegas keluar dari kawasan perumahan mereka. “Penduduk keluar dari kawasan perumahan ekoran kejadian banjir kilat ketika tinjauan BERNAMA di Taman Kledang, Sungai Siput, Perak awal pagi […]