Berita

Tragedi
Dituduh Curi Buah Mangga, Lelaki Maut Dibelasah Orang Ramai
Seorang lelaki dilaporkan maut dibelasah oleh penduduk kampung dalam kejadian yang berlaku di Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat selepas dituduh mencuri buah mangga. Berdasarkan kronologi kejadian, tragedi itu bermula apabila mangsa dan rakannya berteduh di rumah kosong kerana hujan sebelum ternampak pokok mangga di kawasan berdekatan. Tidak tahan melihat mangga yang ranum, rakan mangsa bertindak […]
Berita
Lelaki Dipercayai Tembak Mati Pengawal Keselamatan Ditahan
Polia berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan yang mengakibatkan seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima pada Jumaat. Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek diberkas kira-kira jam 7 petang disekitar kawasan Shah Alam. Siasatan awal mendapati […]
Berita
PLUS Nafi Beri Diskaun Tol 50 Peratus Untuk Perjalanan Ke Johor
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media mengenai pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk mereka yang pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat itu untuk mengelirukan orang ramai. Syarikat konsesi lebuh raya […]
Berita
TERKINI: India Sahkan Tak Sengaja Tertembak Peluru Berpandu Ke Arah Pakistan
India dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa berlaku satu insiden peluru berpandu miliknya tertembak secara tidak sengaja ke arah Pakistan akibat kegagalan fungsi. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2022, kejadian berkenaan berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan teknikal membabitkan aset tentera tersebut sedang dijalankan. Terdahulu, Pakistan melaporkan sebuah peluru berpandu supersonik tanpa kepala peledak […]
Berita
(Video) Tekan Butang “Test” Sebelum Guna Water Heater, Cara Nak Cek Selamat Diguna Atau Tak
Rasanya kebanyakan orang ada memasang water heater atau pemanas air di rumah kan? Paling tidak pun, pernah menggunakannya semasa menginap di hotel atau pusat peranginan. Memang selesa sangat kalau mandi dengan air suam. Tetapi, seperti alatan lain, alat pemanas air ini juga menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi. Jadi, sebelum menggunakan pemanas air elektrik ini, sangat […]
Berita
Berang Tak Dapat Anak Lelaki, Ayah Tembak 5 Das Bayi Perempuan Baru Lahir
Seorang lelaki Pakistan telah ditahan disyaki tembak bayi perempuan berusia tujuh hari semata-mata kerana mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung. Memetik daripada akhbar Dailymail, bayi bernama Jannat yang membawa maksud ‘syurga’ dalam bahasa Urdu ditembak sebanyak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan. Kata polis, suspek didakwa memasuki rumah lalu […]
Berita
Palsu, KKM Nafi Keluarkan Infografik Saran Orang Ramai Ambil Dos Vaksin Keempat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan infografik yang menyarankan orang ramai mengambil dos keempat bagi melawan varian Omicron. Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, pihak KKM menyatakan bahawa infografik berkenaan adalah palsu. Menurut KKM, bagi memastikan fasa peralihan ke endemik yang bermula 1 April ini […]
Berita
Bekalan Air Di Lima Kawasan Wilayah Kuala Lumpur Dijangka Pulih Sepenuhnya Pagi Esok – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) – Bekalan air di lima kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini dijangka pulih sepenuhnya pada 4 pagi esok (12 Mac). Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata sehingga 6 petang […]
Berita
NIKE Pertimbang Gantung Penajaan, Chelsea Bakal Rugi RM 2.49 Bilion
Syarikat pengeluar pakaian sukan, NIKE dilapor mempertimbang untuk menggantung penajaannya ke atas Chelsea yang ketika ini terpalit dengan isu sekatan oleh kerajaan United Kingdom. NIKE menandatangani perjanjian penajaan dengan Chelsea pada 2016 yang bernilai RM 4.94 bilion. Menurut laporan Sport Bible, jika keputusan berkenaan menjadi kenyataan, Chelsea berpontensi mengalami kerugian berjumlah RM 2.49 bilion. Semalam, […]
Berita
Pelancong Lengkap 2 Dos Vaksin Kini Tak Perlu Kuarantin Masuk Korea Selatan
Kerajaan Korea Selatan telah memberi kelonggaran kepada pelancong antarabangsa yang sudah lengkap dua dos vaksinasi tidak perlu menjalani proses kuarantin selepas tiba di negara tersebut. Bermula pada 21 Mac 2022 ini, pelancong yang menerima vaksin di Korea atau telah mendapat vaksin dari luar negara tetapi telah diiktiraf oleh kerajaan Korea Selatan akan dikecualikan untuk kuarantin. […]
Berita
TERKINI: Pengawal Keselamatan Maut, Seorang Cedera Ditembak Berhampiran Sebuah Bank Di Puchong Prima
Polis mengesahkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat van membawa wang tunai maut ditembak manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal keselamatan van yang membawa sejumlah wang tunai. “Setakat ini, polis masih […]
Berita
Harus Hukum Bagi Seorang Yang Terlibat Dalam Pengiraan Undi Pilihan Raya Untuk Menjama’kan Solatnya – Dr. Zulkifli
Pilihan raya merupakan proses demokrasi dimana rakyat bebas memilih wakil rakyat yang mereka rasa berkelayakan untuk menjalankan tugas pemerintahan. Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Semasa hari mengundi, ramai orang yang akan terlibat untuk menjayakan pilihan raya tersebut. Semua petugas akan dipecahkan kepada beberapa tugas seperti penyelia pusat […]
Berita
Bintang Rancangan ‘Sesame Street’, Emilio Delgado Meninggal Dunia
Terkenal dengan watak Luis dalam rancangan kanak-kanak ‘Sesame Street’, Emilio Delgado menghembuskan nafas terakhir pada usia 81 tahun di kediamannya di New York. Delgado yang cukup terkenal dengan watak Luis ini merupakan pemilik Fix-It Shop dalam program ikonik kanak-kanak itu meninggal dunia selepas menghidap penyakit kanser darah setahun yang lalu. Mendiang menghembuskan nafas terakhir di […]
Berita
Isu Tular Sotong “Ring”, Siasatan Masih Berjalan & Sampel Dihantar Ke Jabatan Kimia Untuk Analisa – Menteri Agama
Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, pihak berwajib telah mengambil tindakan awal berkait isu sotong ring yang viral baru-baru ini. “Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) yang berkaitan telah mengambil tindakan awal sebaik isu tersebut ditularkan […]
Berita
Individu Bergejala Dibenar Mengundi PRN Johor Esok – SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, individu bergejala dibenarkan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok. Individu bergejala COVID-19 dibolehkan untuk keluar mengundi di khemah khas serta dipantau dan diuruskan pegawai kesihatan. Sementara mereka yang berstatus Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) perlu memohon kebenaran keluar […]
Berita
Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka ‘Serang’ Beberapa Negeri Petang Ini
Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di enam negeri dikeluarkan melalui laporan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Menurut kemaskini yang dikeluarkan MetMalaysia setakat jam 2.50 petang tadi, negeri-negeri yang dijangka terlibat sehingga jam 6 petang ini termasuk Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di Selangor, kawasan yang dijangka […]
Berita
Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula Isnin Ini – MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan tengah hari ini memaklumkan bahawa Fasa Peralihan Monsun di Malaysia akan bermula pada 14 Mac 2022 (Isnin). Fasa Fasa Peralihan Monsun dijangka berterusan hingga pertengahan Mei tahun ini, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut di Malaysia. Menurut kenyataan MetMalaysia, rantau negara diramal menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah semasa fasa […]
Berita
PATI Boleh Balik Ke Negara Asal Secara Sukarela, Ini Cara Sertai Program Rekalibrasi Pulang
Jabatan Imigresen Malaysia melalui akaun Facebook rasmi miliknya memaklumkan berkenaan program Rekalibrasi Pulang, hari ini. Program Rekalibrasi Pulang merupakan suatu inisiatif oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk balik ke negara asal secara sukarela. JIM […]
Luar Negara
Ukraine Sahkan Terputus Hubungan Dengan Loji Nuklear Chernobyl
Ukraine memaklumkan bahawa mereka telah terputus hubungan sepenuhnya dengan loji nuklear Chernobyl yang kini telah dikuasai tentera Rusia, lapor Al Jazeera. Perkara ini turut disahkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), autoriti di bawah Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab memantau aktiviti nuklear. “Pengawal selia nuklear Ukraine memberitahu IAEA hari ini bahawa mereka telah hilang komunikasi […]
Luar Negara
Gambar Kuku Ayam Buat ‘Pedicure’ Jadi Tular
Seekor ayam jantan di Shanghai, China telah menjadi perhatian ramai warganet setelah pemiliknya bertindak melakukan pedicure pada kuku haiwan itu dan menyiarkan gambarnya di internet. Pemilik ayam yang dikenali sebagai Yi Yi itu membawa ayam jantan tersebut pergi ke salon kuku kerana merasakan bahawa kuku haiwan peliharaannya memerlukan sedikit sentuhan pedicure. Namun malangnya, pekerja-pekerja di […]