Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Sempat Serang, Buaya ‘Terciduk’ Kepala Kena Ketuk Dengan Kuali

buaya kena ketuk dengan kuali
Gambar: Twitter

Belum sempat nak menyerang, seekor buaya terpaksa ‘terciduk’ malu selepas kepala kena ketuk dengan kuali oleh seorang lelaki dalam kejadian di Australia baru-baru ini, lapor Metro UK.

Dalam satu rakaman video, lelaki tersebut, Kai Hansen yang juga pemilik sebuah resort sempat bertindak pantas ‘membantai’ haiwan reptilia sepanjang 2.5 meter itu secara dekat-dekat.

Difahamkan, kejadian itu dilapor berlaku di Goat Island Lodge di Wilayah Utara Darwin, selepas buaya itu dilihat berkeliaran di kawasan rehat di halaman resort tersebut dan mula bertindak agresif.

Lantaran itu, Kai memberanikan diri menghampirinya yang berada di tepi sungai dengan bersenjatakan periuk sebelum menghentak kepala haiwan pemangsa berkenaan sebanyak dua kali.

“Saya taklah kata ia berlaku setiap hari, tapi saya kekal selamat dan melakukan apa yang saya mampu. Saya hanya bertindak mengikut naluri.

“Tiada sesiapa yang cedera dan buaya itu mendapat pengajaran yang sewajarnya,” kata Kai kepada Daily Mail, memetik Metro.

Selepas dua kali dihentak kuali, buaya itu akhirnya mengalah dan berpatah balik meluru ke dalam air semula.

Bagi Kai, menjadikan kuali di tangan sebagai senjata, perkara itu sudah cukup membuatkan buaya itu gerun.

Dia turut menjelaskan bahawa buaya itu mampu untuk membunuhnya dengan mudah jika dia lambat bertindak.

Sebelum itu, Kai juga turut pernah kehilangan anjingnya pada tahun 2018 lalu.

Sumber: Metro UK