Berita
Remaja Perempuan 15 Tahun Didakwa Di Mahkamah, Dituduh Bunuh Bayi Sendiri
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada Selas atas pertuduhan membunuh bayi lelaki yang baru lahir pada minggu lalu. Memetik dari laporan Sinar, remaja berkenaan hanya mengangguk faham sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman. Mengikut pertuduhan remaja berkenaan didakwa sengaja menyebabkan kematian ke atas bayi lelaki yang […]
TERKINI: Terus Meningkat, Kes Kembali Cecah Lebih 22k
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 22,133 kes positif harian COVID-19 yang telah dilaporkan hari ini iaitu meningkat sedikit berbanding semalam, 21,315 kes. Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 3,083,683 kes. Menurut Noor Hisham, jumlah peratus tertinggi masih lagi dalam kategori satu dan dua iaitu 99.34 […]
Bukan Saji Aksi Silat Semata-mata, Filem SYAHADAN Ke Pawagam 17 Februari Ini
SYAHADAN – dengan membawa maksud permulaan sebuah cerita merupakan filem sulung terbitan Trilion Marketing Sdn. Bhd. Filem ini membawa hasrat besar pencinta seni budaya tambah memenuhi harapan UNESCO untuk diterbitkan sebuah karya seni warisan silat untuk dihayati serta menjadi pengupaya nilai-nilai silat dalam hiburan masa kini. Ia bukan sekadar filem yang menyajikan aksi silat semata-mata, […]
Wisma Putra Gesa Rakyat Malaysia Di Ukraine Segera Daftar Dengan Kedutaan
Wisma Putra dalam satu kenytaan berkata pihaknya sentiasa memantau rapi segala perkembangan mutakhir di negara Eropah tersebut termasuklah kebajikan 20 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di sana. Ia termasuk 9 kakitangan kedutaan serta tanggungan yang beroperasi di Kyiv. Selain itu, kedutaan turut berhubung rapat dengan warganegara Malaysia di sana termasuklah dengan 2 orang pelajar. […]

FAMA Siapsiaga Pasukan Sokongan Tindak Balas Kecemasan FAMA (CDERT FAMA)
PORT DICKSON, 15 Februari 2022 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) meneruskan kursus CDERT FAMA yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bencana khususnya dalam kalangan kakitangan FAMA. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata selaras dengan Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana Tahun […]

Seekor Gajah Betina Ditemukan Mati Di Padang Terap
PADANG TERAP, 15 Feb (Bernama) – Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu di Kampung Pinang, Pedu di sini pagi tadi. Gajah itu dijumpai oleh penduduk kampung yang keluar menoreh getah sebelum menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada kira-kira 8.30 pagi untuk tindakan lanjut. Pengarah Perhilitan Kedah Jamalun […]
Dua Remaja Lelaki Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun Batu Berangkai
IPOH, 15 Feb (Bernama) – Aktiviti perkelahan sekumpulan remaja lelaki berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Batu Berangkai yang terletak di perkampungan Orang Asli, Kampar pagi tadi. Kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Fikri Adam Azmi dan Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor. Ketua Polis Daerah Kampar Supt […]

(Video) Perhilitan Perak Sahkan Video Tular Gajah Ceroboh Kem Sri Banding Di Gerik
Video berdurasi 2 minit 50 saat memamparkan seeokor gajah merosakkan peralatan dipercayai untuk mencari makanan di dalam kawasan kem milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu tular di media sosial. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak bagaimanapun mengesahkan video yang tular tersebut adalah kejadian seekor gajah menceroboh Kem Sri Banding di Gerik. Pengarah […]
Awasi Trend Jelik Media Sosial, Jangan Mudah Terjebak
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) – Bermula sebagai jaringan sosial, media sosial kini menjadi sebahagian daripada norma kehidupan masyarakat, baik untuk kegiatan sosial mahupun ekonomi. Malaysia antara negara yang rakyatnya paling ramai menggunakan medium itu, dan menurut Digital Business Lab.com, setakat Januari 2021, kira-kira 86 peratus rakyat di negara ini menggunakan media sosial, iaitu peningkatan […]

Korea Mula Beri Dos Keempat Vaksin COVID-19
Kerajaan Korea dilapor telah mula memberikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada 1.8 juta penduduknya bermula pada Isnin, lapor Korea Bio Med. “Mulai hari ini, kami tawarkan dos keempat kepada mereka yang mempunyai tahap imunisasi yang lemah atau ada mengambil imunosupresan,” kata pegawai vaksinasi mereka. Menurut Korea Bio Med, pihak berkuasa juga akan memberi dos keempat […]

KWSP Dijangka Umum Dividen Sekitar 5.2 – 6.0 Peratus — Ahli Ekonomi
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Beberapa ahli ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen lebih menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga 6.0 peratus, didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana tersebut selain prestasi pasaran modal yang positif. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata […]
Situasi Bergolak, Jutawan-jutawan Ukraine Dilapor Sewa Penerbangan Khas, Bawa Keluarga Tinggalkan Negara
Dalam keadaan bergolak diambang pencerobohan dari Rusia, orang terkaya di Ukraine dikatakan sudah ‘melarikan diri’ keluar dari negara tersebut menaiki jet peribadi dan sewa. Sekurang-kurangnya 20 penerbangan sewa dilaporkan berlepas meninggalkan Kiev pada Ahad, lebih tinggi berbanding dalam mana-mana tempoh sejak enam tahun lalu. Penerbangan keluar dari Ukraine antaranya disewa oleh dua oligarki terkaya iaitu […]

Semakin Tegang, Putin Arah Tambah Tentera Siap Siaga Di Sempadan
Presiden Russia, Vladmir Putin dilapor telah mengarah untuk menambahkan lagi jumlah tentera Russia di sempadan Ukraine buat masa ini, lapor Aljazeera. Menurut Aljazeera, makluman baharu tersebut dimaklumkan jurucakap Pentagon, John Kirby dalam satu kenyataan baru-baru ini. “Pasukan tentera ini perlu terus berkembang lebih kuat dan terus bersedia. Mereka kerap melakukan latihan, kami percaya mereka kuat […]
KFC Mohon Maaf, Akui Alami Gangguan Bekalan Sejak Pandemik & Ada Menu Utama Habis Stok Sementara Waktu
KFC atau Kentucky Fried Chicken merupakan salah satu rangkaian restoran makanan segera yang agak terkenal di negara kita. Namun, sejak kebelakangan ini, KFC sering menjadi ‘buah mulut’ masyarakat apabila banyak menu utama mereka kehabisan stok. Terbaru, dalam satu tweet yang dikirim pada 13 Februari, seorang individu di laman Twitter mengadu kepada KFC kerana menghadapi kesukaran […]

“Meninggal Dunia Dalam Keadaan Berpeluh Di…..”, Ini 10 Tanda Mati Dalam Husnul Khatimah
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kematian seorang individu dipercayai pengurus kanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meninggal dunia ketika solat sunat Dhuha. Apa yang meruntun hati, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan pergi ke Ilahi dalam keadaan sujud. Demikianlah satu-satunya cara kematian yang paling diidamkan oleh kebanyakan Muslim. Seperti yang kita faham, kematian […]
Pengurus Kanan KWSP Ditemui Meninggal Dunia Dalam Keadaan Bersujud Ketika Solat Dhuha
Seorang lelaki berusia 51 tahun ditemukan meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha di kediamannya di Segambut pada Isnin. Memetik dari laporan Utusan, lelaki berkenaan merupakan Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditemukan oleh rakan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 10 pagi. Difahamkan, arwah sangat aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti […]

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mengadili Perlawanan Bola Sepak
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Seorang lelaki tempatan meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak di Taman Berjaya, Kajang, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung lelaki berumur 50-an itu, yang tidak sedarkan diri pada 4.17 petang. “Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang […]
(Video) Terkejut Lepas Disergah, Aksi Kucing ‘Balas Dendam’ Pada Tuannya Ini Buat Ramai Terhibur
Bila dah namanya kucing, pasti akan ada saja situasi yang melucukan berlaku walaupun ketika haiwan comel itu berada dalam keadaan marah. Tanpanya, rumah mungkin akan bertukar sunyi sepi dan mungkin sudah tidak ceria lagi. Bercakap mengenai kucing, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan detik-detik lucu seekor kucing yang cuba untuk ‘membalas dendam’ terhadap tuannya. […]

Majikan Minta Pekerja Positif, Kontak Rapat Hadir Ke Tempat Kerja Berdepan Tindakan Tegas
JASIN, 14 Feb (Bernama) — Majikan di Melaka diberi amaran supaya tidak meminta pekerja mereka yang disahkan positif dan kontak rapat kes COVID-19 hadir ke tempat kerja, atau mereka akan berdepan dengan tindakan tegas. Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia susulan beberapa aduan diterima pihaknya mengenai majikan di premis […]
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Kuarantin Masuk Ke India Mulai Hari Ini
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) – Pengembara dari Malaysia yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin untuk memasuki India berkuat kuasa Isnin (14 Feb), menurut Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia. Selain itu, Ujian RT-PCR COVID-19 pra penerbangan juga tidak wajib bagi pengembara lengkap divaksin yang tiba di India dari Malaysia. “Sebagai pemacu vaksinasi terbesar di […]