Berita
JPJ Nafi Penglibatan Pegawai Dalam Sindiket Lesen Terbang
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan penglibatan pegawainya dalam sindiket ‘lesen terbang’ seperti ditularkan menerusi hantaran dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun Twitter. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata pemilik akaun berkenaan berkongsikan tangkap layar akaun Instagram menggunakan nama Smart Driving Academy dipercayai menawarkan khidmat mendapatkan lesen dengan kadar […]
Trafik Sesak 9 Kilometer, Kemalangan Di KM251.9 Arah Utara Dari Terowong Ke Kuala Kangsar
Aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak berikutan kemalangan di kilometer 251.9 arah utara dari Terowong ke Kuala Kangsar. Menerusi perkongsian daripada Plus Trafik memaklumkan bahawa kemalangan terbabit telah menghalang laluan kiri menyebabkan trafik perlahan. Status terkini, lorong kiri masih terhalang menyebabkan sesak 9 kilometer. Bagaimanapun, pengguna lebuhraya PLUS dinasihatkan untuk berhati-hati dan pandu dengan […]
Pemandu Nissan Navara Rempuh Toyota Velfire Didapati Positif Dadah
Pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang terlibat satu kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan empat sekeluarga maut di simpang empang Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) didapati positif dadah jenis opiate, amphetamine dan methamphetamine. Memetik laporan Utusan, pihak polis turut menjumpai tiub straw lutsinar pada pemandu kenderaan pacuan empat roda […]
PKPD Di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bermula Esok – MKN
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan […]
Pihak Masjid, Keluarga Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Berdamai
SUNGAI BULOH, 28 Jan (Bernama) – Kes remaja yang videonya tular di media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat mencuri tabung masjid, selesai selepas keluarga remaja itu Daniel Iskandar Mohd Nasir dan pihak pengurusan Masjid Al Islahiah, Kuang di sini memilih untuk berdamai. Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata setelah […]
Ribut Petir, Hujan Dijangka Berlaku Di Beberapa Negeri Minggu Depan – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan. Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Lim Ze Hui berkata ribut petir dan hujan pada sebelah petang itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri […]
Kerajaan Cadang Perkenal Undang-Undang Larang Jual Tembakau & Produk Rokok Kepada Individu Lahir Selepas 2005
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi komitmen untuk melaksanakan undang-undang melarang penjualan tembakau dan rokok lain kepada individu yang lahir selepas tahun 2005. Pihaknya merasakan ia memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan […]
Empat Sekeluarga Maut Dirempuh Kenderaan Langgar Lampu Merah
KUANTAN, 28 Jan (Bernama) — Kegembiraan lima beranak untuk menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi selepas empat daripada mereka maut apabila kenderaan dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu merah di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian pada 3.10 petang itu […]
Tak Boleh Guna Wi-Fi Orang Tanpa Kebenaran, Walaupun Pemilik Tak Letak “Password”- Dr. Zulkifli
Pernah tak korang terguna atau tersambung dengan Wifi yang tiada password? Mesti pernah kan? Zaman teknologi sekarang memang mudah untuk kita dapatkan sambungan internet sama ada berbayar atau percuma. Namun, jika kita terguna internet percuma tanpa pengetahuan daripada pihak lain adakah ianya haram atau sebaliknya? Jadi, bagi mengelakkan kekeliruan, Datuk Sri Dr Zulkifli al Bakri […]
Rimau Seru Semua Pihak Main Peranan Selamatkan Harimau Malaya Daripada Pupus
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Peluang sudah semakin tipis untuk menyelamatkan spesies terancam harimau Malaya daripada terus pupus. Justeru, Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (Rimau) menegaskan usaha pemuliharaan haiwan kebanggaan Malaysia itu tidak seharusnya diserahkan pada pihak kerajaan semata-mata. Presidennya Lara Ariffin berkata Rimau kini bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk menghentikan aktiviti pemburuan haram di Taman Negeri Royal […]
‘Troll’ Punca Orang Ramai Kurang Berminat Dapatkan Dos Penggalak
LUMUT, 28 Jan (Bernama) – Trend mempersendakan suntikan dos penggalak COVID-19 atau troll di media sosial dipercayai menjadi satu daripada punca orang ramai kurang berminat untuk mengambil vaksin tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata setakat ini dos penggalak adalah mencukupi namun kurang mendapat sambutan berbanding suntikan […]
PLUS Jangka Kenderaan Meningkat 1.6 Juta Musim Perayaan, Orang Ramai Dinasihat Rujuk TTA
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan, sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina bermula hari ini hingga 6 Feb depan. Sehubungan itu, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi menguruskan peningkatan trafik yang mendadak, sekali gus sebagai rujukan dan panduan orang […]
Mahkamah Benar Permohonan Siti Bainun Dapatkan Sementara Pasport Untuk Ke Filipina
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri program sukarelawan di Filipina. Hakim Izralizam Sanusi memberikan pelepasan sementara pasport itu dari hari ini hingga 11 Feb depan selepas mendengar hujahan peguam Farhan Maaruf, yang […]
Perhimpunan Serah Memorandum: Dua Pemimpin Politik Pembangkang Beri Keterangan
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah hari ini hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung perhimpunan penyerahan memorandum berkaitan dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki 20 Jan lepas. […]
Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pindah Wang Dan Invois Palsu Bernilai Jutaan Ringgit
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Seorang pengarah syarikat pembekal perkhidmatan barang elektrik dan kelengkapan rumah bergelar Datuk, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 43 pertuduhan berhubung pindahan wang berjumlah RM16.5 juta dan 75 pertuduhan mengemukakan invois palsu berjumlah RM20.7 juta. Hakim Rozina Ayob membebaskan Datuk K. Jayakumar, 47, selepas […]

Polis Pulau Pinang Jangka Pertambahan 50,000 Kenderaan Setiap Hari Musim Perayaan Ini
GEORGE TOWN, 28 Jan (Bernama) — Polis Pulau Pinang menjangkakan penambahan lebih 50,000 kenderaan masuk ke negeri itu setiap hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 1 Feb ini. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penambahan itu bukan sahaja melibatkan masyarakat Cina yang pulang untuk menyambut perayaan bersama keluarga, malah turut […]
Pertindihan Cuti Hari Wilayah Persekutuan & Tahun Baru Cina, Majikan Sektor Swasta Di Wilayah Persekutuan Dikehendaki Beri Cuti Tambahan
Ekoran pertindahan cuti bagi perayaan Tahun Baru Cina (1 dan 2 Februari 2022) serta Hari Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memaklumkan bahawa semua majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan hendaklah memberi satu hari kelepasan tambahan kepada pekerja pada 3 Februari 2022. Menurut hebahan dari Kementerian Sumber Manusia sebentar tadi, satu hari tambahan hari […]
Kebakaran Di Kedutaan Malaysia Di Seoul, Tiada Kecederaan
SEOUL, 28 Jan (Bernama) — Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul pada Jumaat berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit, lapor agensi berita Yonhap, memetik kenyataan pegawai tempatan. Kebakaran pada 9.38 pagi itu berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan, dan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan. Sebahagian daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan […]

Polis Melaka Tahan Lapan Lelaki Disyaki Ahli Kongsi Gelap
MELAKA, 28 Jan (Bernama) — Polis Melaka menahan lapan lelaki tempatan disyaki ahli kumpulan kongsi gelap, susulan penganjuran satu majlis perasmian pejabat di Bukit Piatu di sini pada 22 Jan lepas yang mempamerkan lambang pertubuhan ‘triad’ itu. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan […]
Agong Dibenarkan Keluar IJN Hari Ini
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin ketika dihubungi Bernama mengesahkan, Seri Paduka dibenarkan keluar dari IJN pada 11 pagi ini setelah selesai menjalani […]