Seorang lelaki yang merupakan pekerja di sebuah salon dilapor maut di kediamannya gara-gara disyaki bunuh diri dengan meneguk cecair pencuci lantai, lapor Kompas.com.
Menurut laporan, kejadian tragis itu didakwa berlaku di kediaman mangsa di Kota Bekasi, Jakarta pada waktu sekitar tengah hari 18 April semalam.
Difahamkan, saksi yang juga merupakan rakan sekerja menemui jasadnya kerana curiga mangsa tidak hadir ke tempat kerja.
“Biasanya dia masuk kerja pukul 10 pagi, namun sehingga pukul 11 pagi dia masih tidak munculkan diri, jadi saya ambil keputusan untuk jenguk di rumahnya.
“Sampai di tempat kejadian, pintu sudah terbuka dan motornya juga sudah berada di luar keadaanya seperti itu,” jelasnya, lapor Kompas.com.
Menurutnya, ketika dia datang ke tempat kejadian iaitu rumah mangsa, dia terkejut melihat mangsa yang sudah dalam keadaan tertiarap bersama sebotol pencuci lantai di sebelah badannya.
Difahamkan, sebelum ditemui meninggal dunia, mangsa turut mengadu mengalami sakit perut dan batuk tidak berhenti.
“Memang dia kerap sakit dan sakit perut sejak kebelakangan ini, dia juga kerap batuk tanpa henti-henti,” tambahnya.
Dalam temu bual secara berasingan di TKP, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bekasi Utara, Iptu Haryono mengesahkan, mangsa disyaki meninggal dunia berpunca akibat meminum cecair pencuci lantai.
“Menurut siasatan, mangsa ditemui mati bersama pencuci lantai disebelahnya,” katanya, lapor Kompas.com.
Difahamkan, mayat mangsa akan terus dibawa pulang ke kampung halaman di Kabumen, Jawa Tengah dan akan segera dikebumikan tanpa melakukan prosedur bedah siasat.
Bagaimanapun punca mangsa yang tekad meneguk cecair berkenaan tidak dapat dikenal pasti setakat ini.
Sumber: Kompas.com
